“Sedap Namanya, Hadiah Hari Ibu Buat Tya.” Cucu Sulung Perempuan Keluarga, Azzahra Jiwa Pilihan Asyraf & Tya Untuk Bayi Kedua.

Share

Hari keempat umat Islam berpuasa, pasangan ini berkongsi berita gembira dengan keluarga apabila Tya Ariffin selamat melahirkan anak keduanya.

Kehadiran puteri yang diberi nama Azzahra Jiwa binti Muhammad Asyraf, nama seindah orangnya melengkapi keluarga bahagia Tya Ariffin dan Asyraf Khalid.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 November 2015 dan dikurniakan cahaya mata pertama yang diberi nama Ariff Jiwa Asyraf.

Anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berkongsi khabar gembira dengan memuat naik foto bersama isteri dan anak kedua mereka.

“Alhamdulillah, anak kami lahir secara normal dengan berat 3.6 kilogram.

“Sangat mudah dan sekejap proses kelahiran puteri kami. Doktor juga sangat profesional.

“Tya sekarang sihat dan sangat positif,” katanya.

Menerusi Instagram, Asyraf turut mengumumkan nama si comel itu.

“Kami sepakat memberi nama Azzahra Jiwa Asyraf. Ia membawa maksud perempuan yang cemerlang dan bijak.

“Kami juga sudah mewujudkan akaun Instagram rasmi Azzahra bagi mendokumentasi perjalanan hidup serta momen istimewa.

“Semoga dia menjadi anak yang solehah… Selamat datang ke dunia Azzahra,” katanya kepada Berita Harian Online.

Lebih manis lagi, Azzahra Jiwa merupakan cucu perempuan pertama bagi keluarga ini. Di Instagram Dato’ Siti juga meluahkan rasa syukur di atas kelahiran Azzahra, malah di ruangan bekas isteri Dato K, Tengku Zawiyah juga kelihatan teruja menimang seorang lagi cucu.

Selain berkongsi khabar berita tersebut, pasangan ini juga turut memuat naik  satu akaun Instagram khas buat anak kedua mereka.

Rupa-rupanya, akaun tersebut sudah dibuat ketika bayi masih di dalam kandungan lagi. Walaupun baru, akaun tersebut kini sudah mencecah seramai 5,803 pengikut.

Rata-rata mengucapkan tahniah kepada Tya dan suami atas kelahiran cahaya mata kedua mereka.

hanaalmauzah Subhanallah alhamdulillah congrats to my favorite beautiful family on IG. Selamat berpantang Tya! Cant wait to meet baby Zahra

deaagustri Arif dah jadi abang, congratulation ibuuu ❤❤

mizzsu_98 Thniah tya and family. Nice name azzahrah

nisabakriofficial_ Ya Allah tahniah… So sweet!!

7liyananatasha Sedap namanya. hadiah hari ibu buat @tyaarifinnw ?

shaklee_cikpanda ❤️? tahniah kak tya ! azzahra sedap nama tu suka sgt..

lienaliciousdelite Tahniah sis @tyaarifinnw …sudah sepasang anaknya..bole kawan sama @sitiAafiah

Berita tersebut turut mendapat reaksi daripada selebriti lain. 

lisasurihani Syukur Alhamdulillah adikku Tya and Asyraf! Cantik diaaaa! And congratulations juga pada Abang Arif!

laudyacynthiabella MashAllah selamat sayang❤️❤️❤️❤️

samtilla Yeayyy sama birthday syeriv?tahniah tyaa syg♥️

profmuhaya MasyaAllah syukur Alhamdulillah Tya dan Asyhraf

elizadsharifuddin Congrats adik ❤️❤️❤️ syukur Alhamdullillah

eina_azman Alhamdullilah congratulations beautiful ❤️

deenaemir Alhamdulillah tahniah Tya & hubs. Selamat berpantang

catrionabrianross Syukur Alhamdulilah Tya & family ❤️❤️❤️❤️ Congratulations to all of u

mawarashid Syukur Alhamdulillah sayang ❤️

syamimfarid Alhamdulillah. Congratulations Tya syg!

Sumber: IG tyaarifinnw asyrafkhalid