“Sedap Nama, Lembut Je Dengar.”  Syida Melvin Dedah Nama & Wajah Anak Perempuan Kedua

Share

Usai sebulan melahirkan cahaya mata kedua, Syida Melvin akhirnya mendedahkan wajah penuh bayi perempuannya buat tatapan umum.

Adik kepada Syatilla Melvin menerusi laman Instagramnya,  memaklumkan dia dan suami sepakat menamakan anak mereka Sara Sajedda.

Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, nama tersebut sebenarnya merupakan hasil gabungan daripada nama-nama yang dipilih olehnya dan juga suami.

“MASHAALLAH, Assalamualaikum my second child, my princess, SARA SAJEDDA, one who is a devout worshiper of Allah.

“Cda suka nama Sara. Lembut je dengar, and nama Sajedda diambil sempena nama Aunty side daddy dia, Sajida,” tulisnya.

Jelas Syifa lagi, dia berharap agar anak keduanya itu dapat membesar menjadi anak yang solehah serta menjadi penyejuk hati buat ibu dan ayah.

“Harini Cda baru first time reveal @sarasajedda ibu ni. Muka Sara dah banyak ikut muka Pia, rasa mcm tengah berpantang kat Pia sebab muka depa sama.

“Sara ibu baru 27 hari. Semoga Sara membesar menjadi anak yang solehah, taat kepada Allah dan dengar cakap orang tua okay,” ujarnya lagi.

Sekadar informasi, Syida telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya itu pada tanggal 2 Disember lalu.

Sumber:  Shida Melvin