Secawan Ice Latte Kos Bawah RM3, Begini Wanita Ni Kongsikan Cara Buat Untuk Dapatkan Rasa Setanding Minuman Berjenama!

Share

“Serious sedap tak tipu”, “Daripada tak suka kopi jadi suka kopi…” Itu antara komen yang diberikan oleh warganet bila mencuba menyediakan minuman yang viral ini.  Bukan sahaja rasanya dikatakan sedap malah kos untuk menyediakan minuman bercitarasa mewah ini dapat dinikmati dengan serendah RM3 sahaja.

Mungkin ada yang tidak percaya, tapi itulah yang dikongsikan oleh Nur Leayanna Juan di dalam group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official yang mendapat perhatian warganet.

Bahkan menurutnya, rasa minuman ini setanding Starbuck dan McCafe dan bahan yang digunakan pun tidak banyak

Jadi usah tunggu lagi, jom kita buat untuk dapat dinikmati bersama seisi kelaurga.

Bahan-bahan :

Full cream milk
1 sachet frenche roast ice latte
50ml air panas
Ais
Air 2 sudu besar makan

Cara penyediaan :

Langkah 1 : Letakkan 1 sachet ice latte dalam cawan lain yang dicampurkan dengan sedikit air panas (asal serbuk tersebut tenggelam) atau anggaran 50ml.

 

Langkah 2 : Pukul serbuk ice latte seperti kacau telur jadikan berbuih.

 

Langkah 3 : Kemudian sediakan cawan yang berisi ais dan susu full cream. Kemudian campurkan dengan ice latte yang telah dikacau hingga berbuih tadi.

 

Langkah 4 : Tuang semua ke dalam cawan.

 

Bila sudah campur serbuk ice latte kemudian masukkan 2 sudu makan air gula dan kacau sebati untuk sedia dinikmati.

Sumber : Nur Leayanna Juan