Beli roti kononnya penyelamat la kalau anak mengadu lapar tak ada makanan, boleh makan just sapu mentega ke kaya je atasnya. Tup tup, tak ada sorang pun nak usik, terbiar je kat meja!
Dah satu hal mak-mak nak fikir pula apa nak buat dengan roti tu. Nak buat dessert, lagi lah anak tak makan! Dah alang-alang nak buat sesuatu guna roti, jom transform jadi pizza! Confirm anak-anak dari jeling je roti tu, terus dicapainya silap-silap diorang yang bagi habis! Ye dak? Jom try buat pizza resipi dari Suzana Othman ni, siap bagi step lagi nak buat!
Hai mommies gojez sekalian alam.
Selalunya bila nak buat pizza homemade yg paling bercinta sekali nak uli doh utk base pizza kan? Kalini kita shortcut aje guna roti sandwich cepat dan mudah. Jom tengok macamana cara nak buat pizza shortcut.
Resepi Pizza Shortcut 🍕
Bahan-bahan:
Roti sandwic
Cheese slice
Beef papperoni
Sosej
Crabstick
Tomato cherry
Mixed herbs
Parsley kering
Sos prego
Cara-caranya:
1) Sapu sos prego atas roti
2) Letakkan cheese slice
3) Susun topping ikut kreativiti
4) Taburkan cheese yang diparut.
5) Tabur mixed herbs dan parsley kering
6) Bakar pada suhu 150°c selama 10minit menggunakan oven
7) Atau 180°c selama 3minit menggunakan Airfryer
8) Dah siap bakar
9) Potong menggunakan pizza cutter
10) Sedia dinikmati
Viral Resepi Jus Minuman Lidah Buaya Ni. Rupanya Mudah Aje Buat Kat Rumah Untuk Seisi Keluarga
Sememanggnya aloe vera atau lidah buaya telah sejak lama dimanfaatkan dalam pengubatan tradisional. Malah untuk kecantikkan wajah, daun lidah buaya ni, bukan aje sapu dimuka, banyak manfaatnya termasuk boleh dimakan. Pastinya pelbagai khasiat yang diperolehi jika diamalkan. Perkongsian puan Nur As Shifa Halim ini pastinya membuatkan ramai teruja, terutama yang ada pokok lidah buaya ni di rumah. Ikuti perkongsiannya untuk mengetahui cara-cara bagaimana beliau melakukan proses memasak lidah buaya sehingga menjadi jus minuman yang berkhasiat.
Resepi Aloe Vera Jelly ala-ala Nata De Coco
Kami share step by step kat gambar la kan senang nak terang. Sedap angpa oii sejukk ja masuk tekak (sis buat sirap limau). Sebelum ni tak lalu jugak nak makan, byk buang ja aleo vera yg tua2 tu sebab bau dia Allah tak lepas nak piiii.
Baru ni, suami sis try buat ehhh sedap pulak, masuk harini kali kedua lah ni try selepas adjust semua and google resepi bagi puas hati. Finally sedap rupanya Aleo Vera ni
Nak lagi bagus boleh makan mentah2 gitu, lagiii banyak khasiat, tapi pastikan cecair kuning (Aloe Vera Latex) boleh rujuk gambar dibawah kena buang dulu bagi bersih2 supaya tak gatal dan selamat dimakan.
Cara-cara membuatnya
Minuman yang pastinya menyegarkan badan dan berkhasiat. Selamat mencuba!
Kek Karamel Alunan Kasih, Cantik Kejadiannya & Rasanya Memang Superb! Ni Resipi Boleh Cuba
Bila sebut sahaja Puding Karamel tentu sudah ada yang membayangkan kemanisan rasa adunan gula hangus yang ada di atas puding, rasanya cukup enak bersatu dengan puding yang lembut dan gebu.
Pun begitu, kali ini Kek Puding Karamel yang dikongsikan oleh Nor Al Fatihah di group facebook MAHN ini cukup cantik kejadiannya. Setiap lapisan terlihat beralun dan nampak cukup menyelerakan untuk dirasa.
Tulis Nor Al Fatihah di dalam posting tersebut, “Kek Karamel Alunan Kasih nama diberi, lembut dan gebus lagi sedap makan sejuk-sejuk. Dah boring wat belang-belang pelangi. Buat style alunan kasih pula.”
Jadi buat anda yang teruja untuk mencuba membuatnya sendiri, di sini dikongsikan resipi untuk membuatnya. Selamat mencuba!
Langkah Demi Langkah
Karamel/gula hangus
21/2 sudu besar gula
tabur gula di dalam loyang 9 inci. Masak di atas api kecil sehingga gula cair dan bertukar keperangan muda. Senget-sengetkan loyang supaya karamel rata. Sejukkan.
Puding
2 biji telur (putih & kuning)
3 biji kuning telur
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu teh esen vanila
Cara buat :
Kacau semua bahan-bahan dengan garfu hingga sebati sahaja. Jangan sampai berbuih. Tapiskan ke dalam loyang berisi karamel.
Meringue
6 biji putih telur (pastikan tiad abercampur kuning telur dan air)
3/4 cawan gula
1 sudu teh cream of tartar
Cara buat :
Pukul semua bahan-bahan dengan high speed hingga kental dan bertanduk. Bila terbalikkan bekas, adunan tidak tumpah.
Kek
3 biji kuning telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
1/4 cawan minyak
1 sudu teh esen vanila
11/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik
Pewarna pink dan hijau
Serbuk koko/milo secukupnya
Cara Buat :
1. Pukul telur, gula, air, minyak dan esen vanila hingga berkrim.
2. Masukkan tepung gandum dan sebuk penaik hingga kembang.
3. Kemudian masukkan meringue secara 3 peringkat. Kaup balikkan dari bawah ke atas perlahan-lahan hinggas ebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, 2 bahagian campur dengan pewarna dan satu bahagian lagi dibiarkan dibiarkan warna asal. Masa ini boleh [panaskan oven dulu pada suhu 170C.
5. Dengan menggunakan sudu, tuang adunan hijau ke atas dan sekeliling puding secara perlahan. Adunan akan terapung ye. Tak perlu ratakan untuk dapatkan corak yang beralun.
6. Kemudian masukkan serbuk koko/milo ke dalam penapis dan ayak secara nipis memenuhi lapisan hijau tadi.
7. Ulang proses yang sama dengan dua lapisan lagi.
8. Lapisan terakhir tidak perlu tabur serbuk koko/milo.
9. Kaedah bakar cara ‘water bath’ -letak loyang ke dalam loyang 10×10 dan isi air panas hingga loyang kek tenggelam sedikit. Bakar selama 1 jam api atas bawah, kemudian 15 minit terakhir api atas sahaja. Bergantung pada oven masing-masing.
10. Setelah kek masak, sejukkan selama 20 minit sehingga tepi kek lekang daripada loyang. Terbalikkan eprlahan-lahan ke atas pinggan.
Sumber : Nor Al Fatihah via MAHN
ARTIKEL MENARIK: Tak Perlu Beli Dah, Mudah Sangat Nak Buat Kek Coklat Moist Guna Resipi Sukatan Cawan Ni!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Owning Lutsinar, Bukan Je Nampak Moden Malah Sesuai Sangat Untuk Ruang Tepi Rumah!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Wanita Ini Buat Kuah Kacang Ikut Resipi Arwah Maknya. Patutlah Kawan-Kawan Puji Sangat Enak Siap Minta Jual!
Kuah kacang sememangnya cukup digemari terutama sekali apabila dimakan bersama nasi impit, cucur udang dan pelbagai hidangan lain. Namun tidak ramai yang tahu cara-cara yang betul memasak hidangan ini supaya ia enak, pekat dan lambat basi walaupun menggunakan santan.
Menerusi perkongsian Ruziati Amat Sarbini ini katanya diperoleh dari arwah ibunya. Bahkan, rakan-rakan turut mengakui akan keenakannya sehinggakan ada yang memintanya menjual kuah kacang. Betapa hebatnya penangan resipi arwah ibunya itu.
Disebabkan itu, Ruziati tidak lokek untuk berkongsi resipi kuah kacang tersebut. Yang nak cuba jom baca ni:
Kawan kata kuah kacang saya sedap… siap pujuk saya jual kuah kacang ni resepi kuah kacang saya..
bahan-bahan
1 kg kacang tanah (goreng)
800 gm gula
2 setengah sudu garam
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Segenggam asam jawa (bancuh pekat)
4 btg serai
Seinci lengkuas
Minyak masak
Air
Udang kering (ikut selera)
Rm3 cili kering ( kalau rasa nak lebih pedas boleh tmbh cili)
Cara
- Tumis bahan kisar tadi.
- Kemudian, masukkan semua bahan, tambah air.
- Biarkan mendidih sehingga agak-agak pekat (sambil tu kacau selalu untuk elak hangus bahagian bawah).
- Kecilkan api dan renihkan kuah sehingga naik minyak sambil kacau sesekali.
Tips Extra:
1). Kacang yang disangai tu nak kena betul-betul masak
2) Apabila tumis cili, itu pun nak kena betul-betul masak juga. Agak ambil masa tapi insyaAllah berbaloi. Hasilnya kuah kacang yang dihasilkan akan lebih tahan lama dan rasa yang sedap. Insya Allah.
3). Apabila dah masukkan santan, kena santan betul-betul masak juga. Baru boleh masukkan kacang. .Ada sebabnya tapi mokcik dah terlupa..Kalau tak silap supaya kacang tadi tak mendap dan terpisah.
4). Dah masuk kacang yang dikisar, kena selalu dikacau supaya ia tidak cepat hangus di bawahnya.
5). Dari segi rasa pula..kena cukup masin, manis dan masamnya. Insya Allah kuah akan rasa ummpphh.
Tip oleh