Beli roti kononnya penyelamat la kalau anak mengadu lapar tak ada makanan, boleh makan just sapu mentega ke kaya je atasnya. Tup tup, tak ada sorang pun nak usik, terbiar je kat meja!
Dah satu hal mak-mak nak fikir pula apa nak buat dengan roti tu. Nak buat dessert, lagi lah anak tak makan! Dah alang-alang nak buat sesuatu guna roti, jom transform jadi pizza! Confirm anak-anak dari jeling je roti tu, terus dicapainya silap-silap diorang yang bagi habis! Ye dak? Jom try buat pizza resipi dari Suzana Othman ni, siap bagi step lagi nak buat!
Hai mommies gojez sekalian alam.
Selalunya bila nak buat pizza homemade yg paling bercinta sekali nak uli doh utk base pizza kan? Kalini kita shortcut aje guna roti sandwich cepat dan mudah. Jom tengok macamana cara nak buat pizza shortcut.
Resepi Pizza Shortcut 🍕
Bahan-bahan:
Roti sandwic
Cheese slice
Beef papperoni
Sosej
Crabstick
Tomato cherry
Mixed herbs
Parsley kering
Sos prego
Cara-caranya:
1) Sapu sos prego atas roti
2) Letakkan cheese slice
3) Susun topping ikut kreativiti
4) Taburkan cheese yang diparut.
5) Tabur mixed herbs dan parsley kering
6) Bakar pada suhu 150°c selama 10minit menggunakan oven
7) Atau 180°c selama 3minit menggunakan Airfryer
8) Dah siap bakar
9) Potong menggunakan pizza cutter
10) Sedia dinikmati
Belado Ayam. Walau Satu Menu Je, Dah Cukup Buat Makan Berselera!
Keluarga yang suka makan lauk berasaskan ayam, pasti mempunyai pelbagai menu yang telah dicuba.
Mungkin salah satunya Belado Ayam yang begitu ringkas penyediaanya namun punya keistimewaan rasa yang digemari ramai.
Rasanya yang pedas, ayamnya garing, kering tidak berkuah dan citarasa ini menjadikan walau sekadar ada satu menu sahaja terhidang sudah memadai untuk makan bertambah.
Jika anda tidak percaya, elok dicuba untuk sediakan menu ini untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Jom semak bahan-bahan dan cara penyediaan yang dikongsikan oleh puan Nana Sabrina.
Ini perkongsiannya.
Hari ni masak simple-simple, Balado ayam, cukup dengan 1 lauk ni jer bole buat selera makan menjadi-menjadi,macam sayalah, kata diet bila jumpa ayam balado ni, diet buat-buat lupa.
Ada yg nak resepi tak?
Ok memandangkan ramai yang nak, so saya sedekahkan resepi Balado Ayam resepi sangat-sangat mudah tak perlu banyak bahan.
Ayam, perap dengan kunyit dan garam.
Kemudian goreng hingga garing.
*Gunakan minyak yang sama, kurangkan sedikit,tumis bahan-bahan kisar ni,hingga terbit minyak,kalau kurang minyak, tambah lagi, pastikan terbit minyak ok, masukkan garam,sedikit gula dan 1/2 inci asam keping, asam keping jangan banyak nanti masam pula, kemudian masukkan ayam dan bawang yang dhiris..kacau hingga bawang layu, siap.
Penyediaan bahan kisar
*Kisar kasar bahan-bahan ni (saya kisar basah jer, kisar kejap cukup setakat cili tu hancur)
Bawang merah bombay 1 biji
Bawang putih 2 ulas
Cili merah 15 batang
Cili padi hijau 10 batang
*Klu nak buat banyak, cili pun kena banyak juga ya,jangan risau tak pedas sangat pun, pedas lagi samyang tu
sumber : Nana Sabrina Sarsan via MAHN
Nak Mudah Masak Nasi Ayam Singapura. Buatkan Dulu Pes Homemade Ni. Memang Terbaiklah!
Sesekali ubah selera dengan menikmati Nasi Ayam Singapura yang istimewa ini. Memandangkan anak-anak memang suka makan nasi ayam, jadi sangat berbaloilah kalau kita buat pes ini di rumah. Bukan sahaja boleh disimpan lama, malah apa yang lebih penting lagi cepat dan mudah untuk kita sediakan menu yang special ini.
Pasti anda tidak sabar ingin mengetahui ramuan untuk membuat pes tersebut bukan? Jadi jom kita lihat perkongsian daripada Paan Selamat ini. Jadi bolehlah dicuba ye.
Salam kengkawan MAHN, Paan nak tanya sape yang pernah buat macam ni kalau memasak nasik ayam? Hanya standby ready made chicken rice instant paste & kalo nak guna kite bubuh paste ini ke dalam air rendaman beras ketika menanak nasik ayam. Ditambah juga selai daun pandan serta sesudu marjerin! mudah & jimat masa.
Nak buat paste ni pun too easy!
.
Hanya bahan asas diperlukan
1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Halia
4. Serai
5. Garam
6. Minyak masak yang banyak
Minyak yang ade kat paste ni kita boleh camporkan sikit kat kuah cili untuk nasik ayam, serta boleh dicamporkan juga pada kuah kichap sebelum kite tuang ke atas ayam sebagai pengganti untuk minyak bijan.
Selain itu ia boleh digunakan untuk sup ayam dengan cara meletakkan 1 1/2 sudu paste ini ke dalam sup. Kalau nak tau my friend dari Singapura pun selalu suruh paan buatkan chicken rice instant paste ni kalau datang KL. Sekali dia request sampai berbotol-botol, katanya all her friends kat Singapura suke bebeno sebab terasa dah macam makan kat restaurant je if guna paste nie. Pernah beberapa kali juga her bawak this paste ke US & Europe untuk bagi kat kengkawan dia yang ade menetap di negara sebelah sana.
.
Langkah 1 : Sediakan bahan-bahan:
1-Cili merah 11 batang
2-Bawang besar 1/2
3-Bawang puteh 7 ulas
4-Halia 3 inchi
5-Serai 3 batang
6-Limau kasturi 8 biji
7-Gula 4 sudu
8-Garam
9-Minyak dari paste nasik ayam
10-Cuka puteh 2 sudu
Langkah 2
.
Basuh bersih untuk semua bahan yang akan dikisar & masukkan ke dalam blender. Isikan suku air ke dalam bekas blender & di kisar sehingga lumat.
Langkah 3
.
1-Tuang bahan yang telah lumat dikisar ke dalam periok, masak dengan nyalaan api yang sederhana. Tujuannya adalah untuk mengeringkan air daripada cili yang dimasak.
2-Bila air cili telah kering boleh masukkan gula dalam anggaran 5-6 sudu makan, serta sedikit garam sebagai mengimbangi rasa.
3-Perahkan 8 biji limau kasturi kedalam kuah cili & kacau rata. Jangan campurkan biji limau ketika masak kuah cili kerana dikhuatiri menjadi pahit.
4-Selepas memerahkan limau kasturi, baru dimasukkan cuka puteh dalam sesudu & dikacau lagi hingga sebati.
5-Masukkan lebihan minyak dari home made chicken rice instant paste kedalam kuah cili. Masak lagi sehingga pecah minyak dengan api yang sederhana. Nak guna minyak masak biasa pun okey jerrr.
6-Sebelum mematikan api periok, perlu kita rasakan dulu kuah cili. Kalau masam boleh tambah gula, kalau nak extra pedas masukkan lagi cili, @ touch-up ikut selera kita.
Langkah 4:
Apabila kuah cili sudah sejuk, masukkan dalam balang/bekas yang bersih. Simpan dalam peti sejuk agar tahan lebih 7+ bulan lamanya.
Hii… telupa lak paan nak share sama u orang tips how to goreng ayam for singapura chiken rice style. Kalau nak potongan gorengan ayam tu kelihatan cantik selepas digoreng, kite boleh guna kaedah hot oil bath in wok. Maksudnya kita perlukan 2 sudip, sudip pertama untuk diletakkan ayam manakala sudip yang kedua untuk cedok minyak panas bagi menyiram permukaan atas potongan ayam. Perlu ingat ayam pada sudip pertama harus direndam separuh ke dalam minyak yang banyak kendian sudip kedua adalah untuk menyiram minyak kat atas.
.
Cara pemerapan:
*Kichap pekat 4 sudu
*Lada sulah sikit
*Potongan ayam half@whole yang kita half boil terlebih dulu
.
Kalau nak buat madu style jangan campor madu sebelum menggoreng yer? kalo tak habis melekat pada kuali tu! bercapuk-capuk kulit ayam yang digoreng tu. Seeloknya diletakkan madu semasa ayam tengah panas yang baru diangkat dari kuali.
sumber : Paan Selamat
Rindu Nak Makan Mee Kari Mak, Wanita Ni Buat Sendiri. Nasib Baik Rasanya Hampir Sama & Ni Resipinya!
Rata-rata apabila ditanya, masakan apakah yang paling sedap dan selalu membuatkan kita rindu untuk menikmatinya berulang kali. Pasti jawapannya adalah masakan daripada air tangan ibu.
Berkongsi kisah tentang kerinduan merasa makasan ibu, wanita ini turut murah hati berkongsi resipi mee kari sebagaimana yang sellu dimasak oleh ibunya untuk jualan di kampung.
“Mak ceq memang niaga mee kari….orang kat kampung panggil mee kari cik ross bila orang tempah kami adik beradik seronok sebab mak akan buat lebih untuk anak-anak…
“Bila dah dok jauh ni rindu nak makan mee kari mak…tapi terpaksalah buat sendiri walaupun rasa hampir sama tapi nak jugak air tangan mak kan…..jom sapa nak lunch mai lah makan mee kari kami”-momverlouzdish Aliaa
Jadi buat anda penggemar mee kari, bolehlah mencuba sendiri menyediakan menu ini mengikut resipi yang diberikan ini.
Ni saya bagi resepi kuahnya ya….mee dan bahan celur lain rasanya semua dah tahu
(untuk 10 orang)
Rempah kari daging ayam faeza 2 bungkus kecik
Rempah kari ikan 1 bungkus kecil
*Bawang 1 labu besar
*Bawang putih 4 ulas
*Udang kering sikit sahaja….kalau tak ada boleh ganti ikan bilis
*cili kering yang sudah direbus
-blend bahan yang bertanda ***
-Bancuh bahan blend dengan 3 paket rempah tu
Caranya:
-Tumis daun kari,3 beradik dan serai yg di ketuk,lengkuas pon ketuk dan tumis sekali….
-masukkan bahan bancuhan td…
-sampai dh naik minyak masukkn ayam yg dipotong kecik2
-bila ayam dh empuk rempah kari pon dh garing….masukkn air….
-masukkn santan….ikut sy 2 kotak kecik santan tu elok dah….
-masukkn fish cake dan kerang yg dh dikukus
-dh rasa semua elok masukkn tauhu kering yg dipotong…
Siap utk kuahnya…
Turut dikongsi cara menyediakan bawang goreng
Bawang kecil potong menegak nipis-nipis. Panaskan api betul-betul terus masukkan bawang tadi tu. Selalu kacau supaya perang sekata. Bila sudah nampak perang tu terus tutup api….kacau-kacau lagi sikit terus angkat…..bawang ni kena control api je….hangus pahit pulak, tak masak kang lemau.
sumber : Momverlouzdish Aliaa via MAHN