Hari Raya Aidiladha ataupun hari raya korban mungkin tidak semeriah hari raya Aidilfitri, namun suasana raya tetap dirasai. Ramai selebriti yang berkongsikan detik – detik indah hari raya mereka di akaun media sosial masing-masing sebagai kenangan.
Menerusi akaun Instagram Lisa Surihani, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Datin Lisa bersama 2 orang anaknya iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne. Datin Lisa seperti biasa tampil ringkas dan polos wajahnya tanpa solekan yang tebal.
Seperti komen warganet, paling simple tetapi terpaling cantik. Yahaira atau mesra dengan panggilan Yong juga mengenakan tudung dan kelihatan comel. Satu-satunya anak perempuan Datin Lisa ini memang sering menjadi perhatian warganet.
Tidak kelihatan Dato’ Yusry dalam gambar ini dan melihat kepada suasana sekeliling, Datin Lisa berada di tempat sembelih lembu untuk ibadah korban. Datin Lisa turut mengucapkan ucapan selamat hari raya buat semua dengan ucapan yang cukup ringkas berbunyi ‘Eid Mubarak’.
Ads
Anak dan ibu sama-sama sopan dan ayu. Tentu apabila Yong sudah meningkat remaja nanti bakal secantik ibunya itu. Tidak dinafikan anak-anak Datin Lisa memiliki rupa paras yang cantik dan handsome diwarisi daripada Datin Lisa dan Dato’ Yusry.
Untuk rekod, Lisa dan Yusry telah mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2023 dan dikurniakan tiga orang anak, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Menginjak ke usia 10 tahun, kanak-kanak perempuan mula menampakkan perubahan dari alam kanak-kanak ke alam remaja dan sekali gus menuju ke arah akil baligh. Ia merupakan kejadian fisiologi yang biasa terjadi sehingga memasuki alam dewasa, kebiasaannya proses ini mula berlaku antara usia sembilan hingga 15 tahun.
Pada waktu usia sebeginilah, darah haid yang menandakan seseorang itu telah baligh akan mula keluar. Justeru, kanak-kanak seusia begini harus diberi penjelasan yang sebenarnya. Walaupun perkara ini mungkin disentuh melalui pendidikan kesihatan di sekolah, namun penerangan dari ibu terutamanya lebih menjadikan pengalaman pertama kali datang haid ini lebih selesa untuk dilalui oleh si anak.
Begitu pun peranan bapa tak kurang pentingnya dalam hal ini. Berikut perkongsian dari saudara Firdaus Mokhtar kepada kaum bapa di luar sana tentang isu ini.
Anak yang sulong, Isymah datang haid untuk kali pertama. Ummi dia lah uruskan hal tentang pengurusan diri. Cuma lepas selesai, saya sebagai ayah panggil Isymah untuk bercakap sikit. Kita berpesan ke dia.
Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh;
1. Kewajiban atas syariat dah terletak terus atas diri dia.
Sejak umur baligh, segala syariat dah tertakluk atas diri sendiri. Dia wajib sembahyang, jaga aurat, berpuasa dan segala yang disyariatkan atas manusia.
Kalau buat dah ada pahala dan kalau tinggal dan ada dosa sendiri.
2. Maka, dosa dan pahala itu ditanggung sendiri.
Cuma istimewa sebagai anak perempuan, dosanya terkait dengan ayah. Anak buat dosa, ayah biarkan, ayah juga berdosa.
Saya pesan selalu perkara ini. Contohnya kalau dia tak jaga aurat, dia dan Walid sama berdosa kalau sama-sama biarkan.
3. Jaga pergaulan, terutama dengan kawan-kawan di sekolah.
Sebab apa? Sebab di sekolah kita tak ada nak perhatikan. Jadi dia kena pandai jaga diri. Baik dengan kawan lelaki dan kawan perempuan.
Dengan sepupu lelaki yang dah dewasa dah tak boleh bersalaman. Pakcik yang bukan mahram pun sama. Bukan semua boleh salam dan bersentuhan bertepuk tampar.
4. Batas aurat sangat penting.
Tudung, stokin tangan dan stokin kaki semua dia tahu. Sebab ummi dia memang pakai semua tu. Semuanya ada peranan. Jadi dia biasa tengok dan tahu kegunaan.
Saya pesan juga, makin besar nanti tubuh badan akan berubah ke badan dewasa, ini lagi kena jaga. Tentang pilihan baju, seluar atau kain. Dah kena belajar daripada hari ini.
5. Sifat malu, ini ada dalam Islam.
Lelaki atau perempuan kena ada sifat malu. Malu untuk lakukan dosa. Malu untuk berlebih-lebihan mengada atau menggedik depan orang lain.
Iyalah, perempuan kan. Memang ada sifat manja dan berlembut tu. Jadi kena jaga, ikut suasana dan tempat.
Sebab itu pada Islam, malu itu sebahagian daripada iman.
6. Menjaga kebersihan.
Pengurusan diri berkait dengan haid ini sangat perlu kepada ilmu kebersihan. Jadi yang ini saya pesan ke dia, belajar dengan Ummi dia.
Sebab mudah nak tunjuk praktikal dan cara yang betul.
Soal bersihkan diri, bersihkan tuala wanita yang dah digunakan dan kebersihan pakaian. Hal darah ni jangan buat main, tak bersih betul-betul sakit boleh datang nanti.
7. Teliti tentang kiraan tarikh.
Bab ini lah buatkan saya sedar, kenapa perempuan sangat teliti soal tarikh. Huhu.
Sebabnya mereka kena jaga hal yang berkait penting dengan diri mereka. Setiap kali datang bulan, kiraan hari sangat penting.
Sama ada kiraan untuk pastikan tempoh kesuburan atau soal ibadah, dua dua penting. Kalau bab kiraan ini tak jaga, boleh jadi terlanggar hari dah wajib sembahyang dan beribadah. Berdosa terus.
Sebab itu perempuan sangat mudah ingat tarikh berbanding lelaki. Haa kan?
8. Tentang mandi wajib.
Ini pun saya cuma pesan. Cuma ilmunya saya ulangkan ke dia. Saya cerita juga ada ramai pelajar saya jumpa dulu masa saya mengajar dah baligh tapi mandi wajib tak tahu.
Tak tahu kena mandi wajib pun ada. Saya pesan ke dia, ada sahaja perkara tak tahu, tanya terus ke saya atau Ummi dia.
Tekun Isymah dengar saya pesan setiap poin.
Kawan-kawan, kita sebagai mak ayah kadang bukan nak tunjuk pandai berpesan itu ini. Memang mereka dah belajar dekat sekolah tentang semua ini.
Cuma kita nak letakkan diri kita sebagai ibu bapa yang mereka boleh percaya untuk bercerita dan bertanya. Tentang semuanya termasuklah hal sistem reproduksi diri ini.
Kalian tahu berapa ramai dekat luar sana yang malu nak bercakap soal ini dengan anak-anak, maka anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?
Paling dekat dengan mereka adalah kawan-kawan. Atau entah siapa orang luar yang dia percaya berbanding kita di rumah. Moga dijauhkan.
Begitulah pesan ke Isymah. Harap ada manfaat ke kawan-kawan yang lain. Guna untuk pesan ke anak kalian juga. InsyaAllah.
Firdaus Mokhtar,
Walid.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rupanya deodoran yang selalu kita gunakan untuk bahagian bawah lengan atau ketiak ini banyak fungsinya. Mungkin ramai yang merasakan produk ini hanya
khusus dibuat untuk memastikan bawah lengan kita sentiasa kering sahaja bukan? Sebenarnya ia berfungsi lebih dari itu. Menarik!
Sifatnya yang lembap seperti jel ini berfungsi untuk mengatasi beberapa masalah lain juga. Malah ia turut memelihara kelembapan semula jadi pada kulit dan
beberapa kawasan lain juga. Sila cuba!
1. Atasi Minyak Berlebihan Pada Wajah
Menurut laman web purewow.com, kandungan bahan dalam deodoran dapat mengatasi masalah minyak berlebihan pada kulit. Katakan anda mempunyai masalah kulit wajah berminyak, anda boleh oleskan sedikit deodoran pada zon T atau sekitar bahagian yang bermasalah.
2. Mengurangkan Masalah Melecet
Dek kerana seluar yang dipakai terutamanya jika dari material yang kasar seperti jeans, bahagian paha akan lebih mudah melecet. Apatah lagi jika seseorang
itu mempunyai badan yang sedikit gempal, bahagian paha akan bergesel dan menyebabkan lecetan. Sapukan sedikit deodoran pada bahagian itu dan lecetan akan pulih dan dapat dikurangkan.
3. Mencegah Kulit Melepuh
Ini biasanya terjadi bila kita pakai kasut baru. Mulalah kaki melepuh atau ada bahagian tertentu yang melecet. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh
oleskan sedikit deodoran pada bahagian yang bermasalah. Mungkin oles sedikit pada belakang kaki atau hadapannya. Kemudian, sarunglah kasut baru anda
dengan penuh yakin!
4. Atasi Rasa Gatal Gigitan Serangga
Mungkin kedengarannya agak pelik, namun deodoran mampu menghilangkan rasa gatal yang ditinggalkan akibat digigit nyamuk atau serangga. Oleskan deodoran
pada kaki yang terasa gatal selama beberapa kali dalam sehari, rasa gatal itu akan hilang dengan sendirinya.
5. Pintu yang Berbunyi
Pintu kita adakalanya berbunyi apabila ditolak. Mungkin kerana engselnya sudah lama, berkarat atau terlalu ketat. Jika tiada sebarang cecair yang menghilangkan karat, ambil sahaja deodoran lama anda dan letakkan pada engsel pintu ini. Bunyi-bunyian kurang enak pasti tiada!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini tular kisah seorang anak dan ibu yang membuat warganet geli hati dengan tindakan anaknya yang membuat ibunya mengucap panjang. Benarlah, adik Rara ini cuma mengikut arahan ibunya saja supaya menjaga adiknya kerana ibu mahu menggoreng ikan, dalam pada itu, bapanya pergi kerja. Ibu mengarah adik untuk tengokkan adik sambil menjaga mulut adik kecilnya dari dimasuki lalat kerana adikknya yang tidur sambil terbuka mulut.
Tapi naluri ibu mana yang sedap hati apabila anaknya senyap sajakan? mesti ibu terus tengok apa yang anaknya lakukan. Apa yang mengejutkan ibu ini dia menjengah apa ang dilakukan oleh si kakak, MashaAllah! sabar jelahh anak uiii
Aku suruh dia Tengok adik dia kejap je tau …sekejap jerrr….Sebab Aku x senang duduk ada seekor lalat Berterbangan berlegar2 kat ruang tamu ni..
Baby Aurora Pulak jenis kalau Tidur Ternganga mulut dia…Risauuuu aku masuk Mulut Baby pulak Lalatnya..Yang kakak baru lepas mandi, Bebai2 lah dia sebab kena cepatkan mandian dia, Aku Jerit bagi arahan, Jaga Adikkk!!!!!….Ada Lalat!!!!!
Tengah2 Goreng ikan Hati aku dup dap je tak sedap hati….dengar Eboy Tergelak2 semacam sangat….aku ke depannnn..
Ibu:Rara!!!!!!……..Kau buat apa ni ???
Rara :Jaga Adik Lah!!!….Ibu suruh Jangan Bagi Lalat dekat kan tadi….
Pening ibunya melihat keadaan anaknya, sambil tergelak dengan tindakan anak ini. Anak-anak ini memang panjang akalnya. Mungkin adk ini dah diajar untuk tutup makanan, kalau terbiar nanti makanan itu dicemari lalat. Tapi memang logiklah kalau adik ini berfikir seoerti itu, bertindak mengikut arah kan adik? heheheh
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.