“..Oh berdebar-debar hati nya. Kali pertama bertentang mata. Inilah pengalaman. Harus ditempuhi tiap insan..”
Kalau baca dari ayat ini terus teringat lagu yang cukup sinonim dengan filem Ali Setan lakonan siapa lagi kalau bukan pelakon veteran, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy.
Melayari hidup sendirian selepas bercerai dengan aktor Eman Manan pada tahun 2003, kisah kekuatan Ogy cukup menjadi inspirasi. Biarpun hampir dua dekad hidup solo, ‘pengganti’ yang datang jauh lebih bererti.
Kehadiran anak angkat beliau, Nur Aminah Aishah bukan saja meraih perhatian, malah wajah gadis cantik itu menyerupai kecantikan ‘Azura’, watak ibunya ketika remaja.
Sering hadir menemani ibu tersayang, Aminah yang kini berusia 16 tahun tampak cukup manja dan pintar. Persis sahabat karib, ikatan mesra ibu dan anak itu pastinya mengisi jiwa Ogy selama ini.
Dalam hantaran terkini Ogy, penghibur terkenal ini dilihat memuat naik gambar-gambar mereka.
“Keluarga bahagia ‘Singer’. Besar dah anak umi..” Tulis Ogy Ahmad Daud.
Berkongsi peribadi permata hati kesayangannya, Ogy yang menyapa Nur Aishah Aminah dengan panggilan Aminah menyatakan perangai anaknya itu saling tak tumpah seperti arwah ibunya yang juga seniwati terkenal, Allahyarhamah Hajah Saadiah Baharom yang begitu lemah lembut orangnya.
“Lahirnya 9 November 2007, Nur Aminah Aishah cinta hatiku. Saya panggil Aminah, dia bahasakan diri dia Aishah. Perangainya persis arwah mak saya, lemah lembut orangnya. Beza sungguh dengan umi dia ni opposite attract. Maka itu Allah berikan Aminah pada umi tau.” Ogy Ahmad Daud
Sekadar mengimbau kenangan, Ogy yang kini berusia 60 tahun mula memelihara Aminah sedari sejak bayi lagi. Menyifatkan kesibukan mengurus anak sebagai caranya meneruskan hidup, Ogy mengakui bahawa anak adalah segala-galanya selain kerja. Walaupun bermata sepet, namun peminat teruja melihat muka Aminah yang hampir seiras muka Ogy.
Betullah kata orang, apabila hati ikhlas menjaga anak angkat, mukanya akan mengikut muka kita.
Tambahan pula Aminah mewarisi bakat seni dalam diri Ogy. Pandai berlakon, menari dan menyanyi. Bertuah Aminah dapat ibu hebat ini! Bukan sahaja penghibur serba boleh malah merupakan anak kepada seniman Allahyarham Dato’ Ahmad Daud dan seniwati Allahyarhamah Datin Saadiah.
Sumber: Majalah Nona