‘Sebijik Gaya Emma.’ Video Suami Emma Maembong Tiru Gaya Isteri Undang Tawa Netizen

Share

Jika sebelum ini, kita melihat suami kepada pelakon terkenal Emma Maembong sebagai seorang yang serius, ternyata ianya silap.

Menerusi perkongsian di TikTok @themariposa7, suaminya Emma telah meniru cara percakapan serta gaya Emma berjalan.

Di dalam video tersebut, Shazli telah melakonkan semula beberapa babak yang selalu dilakukan Emma dalam kehidupan seharian seperti mendukung anak, pergi ke salon rambut, makan telur separuh masak dan memesan makanan dengan keluhan sama yang Emma sering lakukan.

Ingatkan hanya Emma Maembong sahaja yang pandai berlakon, rupanya suami Emma iaitu Muhammad Shazli Azhar pun turut memiliki bakat yang sama.

[TRENDING] Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Buat Mak Dan Ayah Di Semenanjung

[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL

Memang real lakonan tersebut. Gaya dan cara bercakap semuanya serupa.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang tidak tahan gelak apabila menonton video tersebut dan tidak menyangka suami Emma rupanya seorang yang kelakar.

“Masuk air juga laki mu mek oi.

“Biasa aku tengok senyap je. Hari ni baru tahu macam ni rupanya laki Emma Maembong ni.

“Dah lama sangat dia pendam ni,” komen netizen.

@themariposa7Masuk air juga laki Emma Maembong ni, bini siapa macam ni juga?🤣🤣

♬ original sound – mariposa

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club