“Sebesar Mana Kejayaan.. Jangan Sesekali Meninggi Diri”- Shila Amzah Pesan Hargai Waktu Bersama Ibu Bapa

Share

Bila dah meningkat usia, terdedah pada dunia sebenar, kebanyakan anak remaja akan jumpa keseronokan sendiri bersama rakan-rakan hingga mengabaikan orang tua.

Memetik dalam laporan Media Hiburan, penyanyi, Shila Amzah menyeru kepada seluruh anak muda untuk sentiasa menghargai waktu-waktu bersama ibu bapa dan jangan terlalu leka mengejar urusan dunia.

Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, perkara seperti ini sering kali dipandang remeh oleh segelintir anak muda kerana mereka merasakan waktu mereka sangat panjang. Katanya lagi, perkara seperti ini juga sering kali dia ingatkan kepada adik-beradiknya.

“Saya ingin menasihatkan terutamanya buat anak-anak muda ketika ini, kadang kala kita merasakan kita punyai waktu yang sangat panjang. Misalnya bila kita lakukan sesuatu di luar, kita tak fikirkan apa yang berlaku di rumah.

“Saya tak perlu pergi jauhlah. Adik-adik saya sebagai contoh. Kadang kala mereka juga terlupa sampai saya kena telefon ingatkan mereka. ‘Korang dekat mana? Kenapa biar mak sorang-sorang?’ Perkara-perkara yang macam itulah.

“Kita kena berbalik kepada tujuan asal. Apa sebenarnya tujuan kita di dunia ini? Siapa yang bawa kita ke dunia ini?” katanya.

Anak kepada penyanyi senior, ND Lala ini turut mengingatkan walau sebesar mana pun kejayaan kita di muka bumi ini, jangan pernah sesekali meninggi diri terutama dengan orang telah berkorban jiwa dan raga membesarkan kita.

“Kita kena selalu ingatkan diri untuk sentiasa bersyukur dan merendah diri sebab pucuk pangkalnya kita tidak akan ada di sini tanpa ibu bapa kita.

“Ibu bapa kita ini ada satu je. Mereka tiada galang gantinya. Tiada dijual di Shopee atau Ali Baba. Layanlah mereka dengan elok sementara masih ada,” ujarnya lag.

Malah, penyanyi lagu Bahagiakan Dia turut menyifatkan berbalahan diantara ahli keluarga merupakan sesuatu yang normal namun, ia tidak harus dibiar berpanjangan.

“Bagi saya sendiri, dalam apa jua keadaan sekali pun, sebagai anak beranak, kita tak boleh lari daripada perselisihan faham sebagai keluarga.

Pada akhirnya nanti, apa sahaja perselisihan faham tersebut, saya selalu melihat seandaikan berlaku apa-apa keesokkan harinya, sempat tak untuk saya berbakti kepada orang tua saya.

“Perkara macam ni yang selalu budak-budak muda terlepas pandang. Mereka tak nampak sebab mereka merasakan mereka seperti hidup lama di dunia ini dan momen-momen berharga ini boleh dikembalikan” akhirinya.

Dalam perkembangan, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36 ini baru sahaja melancarkan single duet terbarunya hasil kolaborasi bersama penyanyi, Liza Hanim yang berjudul Bahagiakan Dia.Bahagiakan Dia juga merupakan lagu ost bagi drama Cinta Hilang Kata.

Sumber : Media Hiburan, Instagram Shila Amzah

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini