“Sebelum Tidur Semua Mesti Ambil Wudhu’.” Ustazah Ni Kongsi Amalan, Elok Sangat Diikuti!

Share

Tidurkan anda dengan diiringi selawat dan zikir jangan ingat kelaziman untuk mendodoi anak kecil agar terlena dibuai dengan bacaan yang merdu.

Pun begitu tahukah anda, ustazah Nazirah ada berkongsi telah bersekolah rendah atau pra sekolah berkongsi amalan yang sering dilakukan olehnya. Jom semak.

Antara amalan ustazah sebelum tidurkan anak dan selepas anak tidur. Amalan ini berbeza dengan 7 tahun lalu, 5 tahun lalu. Hatta berbeza dengan tahun lalu.

Ustazah sering share tips tidurkan anak kan sejak awal #hijrah ustazah. Moga moga Allah berkati kita ibu ibu.

Sebelum tidur semua mesti ambil wudhu’.

Baca doa
Ikrar tauhid
Baca Ayatul kursi
Selawat pada Rasulullah s. A. W

Dan lepas itu

1. Mesti sapukan badan anak #minyakzaitunterapialquran urutan dan bonding keberkahan Al Quran dengan anak anak dengan amalan Terapi Al Fatihah dibibir.

Kadang anak dah tertidur. Ustazah tetap akan sapu badan anak minyak zaitun walaupun dh tidur.

Amalan menidurkan anak anak dengan didikan Al Quran

2. Lepas anak anak tidur. Atau lepas siap sapu minyak Ustazah akan baca Al Quran sehingga anak anak tidur. Anak anak akan tidur dengan alunan amalan bacaan ummi. Dulu mungkin 7 tahun lalu kita guna radio al Quran.

Usaha jadikan bibir kita radio anak anak dan inilah jalan hijrah Yang kita sama berjuang insyl izin Allah akan sampai ke tahap lebih tinggi

Bila anak anak dah tidur.. Sambung amalan amalan berzikir dan amalan amalan diri serta amalan2 ustazah sebagai perawat .

Dulu anak tidur kita tidur… Atau buka hf main hf.

Elakkanlah.. Tidurkan anak anak dengan kelalaian. Kesian anak anak.

Esok bangun tidur saksikan… Macam macam masalah anak nak ke sekolah.

Apatah lagi jika anak memang bermasalah… Lagi makin parah masalah anak dek kerana kita ibu bapa kurang amalan didikan amalan Islam sebelum anak tidur.

Berpesan pesan pada keimanan

Bukan amalan mudah. Insyl pelan pelan amal, doa pada Allah dan istiqamah pasti sampai kita pada titik ketenangan Yang dicari dengan izin Allah

Sumber : Ustazah Nazirah Abd Rahim 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club