Sebelum Tanam Kena Buat Helah Ni. Pasti Tanah Lebih Subur!

Share

Memiliki tanah di tepi rumah walau sekadar sekangkang kera tentunya akan dimanfaatkan sebaiknya. Selain menjadi ruang untuk anak-anak bermain, turut dijadikan tempat untuk melakukan hobi bercucuk tanam.

Pun begitu, sebelum bercucuk tanam ada baiknya tanah dipulihkan terlebih dahulu agar kualiti tanah berada ditahap yang optimum dan subur. Ini penting  untuk memastikan tanaman yang ditanam dapat hidup dengan mudah.

Nak tahu caranya, jom baca perkongsian ini.

Memulihkan Tanah Tandus

Hari ni saya nak ceritakan cara mudah rawatan tanah tandus terutama nya yang banyak terjadi di rumah taman. Atau kawasan tanah yang telah di ambil topsoil.

Salah satu penyebab tanah tandus dan mati ada lah faktor banyak semut api.

Semut api ni musuh kepada cacing tanah. kehadiran semut api mengakibatkan pupus nya cacing dan tanah menjadi tandus. Cacing tanah ada lah salah satu faktor utama kesuburan tanah.

1. Langkah pertama perlu di lakukan adalah menghapuskan sarang-sarang semut api dengan kegunaan racun semut. Jangan gunakan minyak tanah sebab memberi kesan pada rawatan tanah nanti.

2. Setelah seminggu mulakan penggemburan tanah dan siraman air. Sediakan kulit-kulit telur dan nasi basi. Biasanya ini ada lah bahan buangan kita setiap hari.

3. Seterus nya taburkan kulit telur dan nasi basi tadi keats gemburan tanah dan sebatikan. Siram air supaya tanah basah kalau tiada hujan.

4. Biarkan selama seminggu supaya bakteria dalam tanah memberi tindakan. Jika ada kehidupan cacing yang berdekatan ia akan mula menghuni tanah ini kerana sudah ada makanannya.Atau jika tidak kedapatan anda perlu mengisi tanah tadi dengan cacing-cacing untuk permulaan.

Tempoh sebulan tanah tandus tadi akan menjadi tanah segar dan subur dan bersedia menjadi tapak kebun dan semaian.

Moga bermunafaat. Insyaallah

Sumber : Mahadzir Hashim

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club