Sebelum Settle Down, Nak Ada Sebiji Rumah Idaman. Lelaki Ni Kongsi Cara Mudah Dapatkannya!

Share

Membeli dan memiliki rumah sendiri pastinya menjadi suatu perkara yang amat menggembirakan hati sesiapa pun. Apatah lagi jika rumah tersebut merupakan rumah idaman yang selesa untuk didiami oleh kita seisi keluarga.

Bercakap lanjut tentang membeli rumah idaman ini, apa kata kita baca perkongsian daripada Harith Faisal yang sudi berkongsi info untuk manfaat bersama. Rumah yang dibeli bukan sahaja untuk tujuan dihuni malah boleh juga dijadikan aset untuk membeli rumah yang lebih bagus.


TIP BELI RUMAH IDAMAN

1. Sebenarnya, nak beli rumah pelaburan, lagi murah dan mudah daripada kau nak beli rumah duduk sendiri. Kalau nak beli rumah untuk settle down lagi 10 tahun, mesti kita nak beli rumah idaman terus, kan.

2. Rumah idaman kita semua biasanya nak yang besar, yang moden, yang selesa. Tak sesuai dengan gaji kau sekarang. Entah-entah harganya boleh sampai RM600K. Kalau dapat RM300K pun jauh ya amat dari bandar.

3. Kalau beli untuk pelaburan, kau cari rumah dan hartanah harga bawah RM200K pun dah okay. Market penyewa lebih luas. Senang nak sewakan. Kau belilah sebijik tahun ni.

4. Lepas tu, jangan biar kosong. Kau sewakan bagi positive cashflow dalam 6 bulan dengan tenancy agreement. Lepas tu, beli lagi satu. Kemudian beli atas nama isteri kau lagi 2 bijik.

5. Sementara nak tunggu kau finalize nak settle down kat mana, kau dan isteri dah boleh ada 2 bijik rumah sorang. Total 4 bijik rumah. Ikay sangat dah tu. Bukan biasa-biasa.

6. Nak finalize tu mungkin makan masa 5-10 tahun. Dah tahu nak settle down kat mana, kau jual rumah sorang satu. Guna duit untung tu bayar sebahagian besar harga rumah idaman.

7. Bila kau dah bayar sebahagian besar pakai cash, pembiayaan akan jadi lebih kecik, instalment bulanan pun rendahlah. Harga rumah naik, kau tungganglah sekali sebab kau ada 4 bijik rumah pelaburan. Takdalah sakit hati tengok rumah orang lain makin mahal.

8. Jadi, kalau gaji kau cukup-cukup makan, lupakan dulu nak beli rumah duduk sendiri. Perbaiki kewangan, biar dalam akaun nampak macam orang kaya. Lepas tu, beli rumah pelaburan sampai puas dulu.

9. Lepas puas, kau belilah rumah untuk duduk sendiri pula. Buat betul-betul bagi jadi. Jangan asyik takut je. Dah kau tak mula simpan duit, memanglah kau takut je. Ha! – HF

sumber : Harith Faisal