Bila hadirnya bulan Ogos, diakui ianya cukup bermakna dan istimewa untuk kita semua. Bulan Ogos kita juga namakan sebagai bulan kemerdekaan, bahkan pada bulan ini lazimnya kita akan melihat jalur gemilang dikibarkan dengan penuh kemeriahan. Pada bulan ini juga lagu-lagu patriotik dinyanyikan sebagai salah satu cara meniupkan semangat cintakan negara pada seluruh warganya.
Nyata, pelbagai lagi cara dilakukan oleh anak bangsa untuk menzahirkan semangat patriotik. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Harian Metro berkenaan gelagat seorang warga emas yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada tarikh 31 Julai 2021, lengkap berbusana Jalur Gemilang.
Pesara tentera Md Rahim Maskop, 52, berkata, dia nekad menggayakan pakaian itu sambil mengibarkan Jalur Gemilang ketika menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19, sekali gus mahu meniupkan semangat patriotik.
Semarakkan Bulan Kemerdekaan
Katanya, setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menzahirkan semangat patriotik termasuk dia yang memilih untuk mengenakan busana yang diperbuat daripada Jalur Gemilang.
“Jika sebelum pandemik, setiap tahun pada bulan kemerdekaan saya akan mengayuh basikal di kawasan sekitar Alor Gajah dan Tampin, Negeri Sembilan namun disebabkan keadaan tidak mengizinkan, saya ambil peluang hari ini mengenakan busana ini.
“Saya tidak sangka akan menjadi tumpuan di PPV, bukan hanya ada yang minta bergambar malah saya turut mendapat tepukan daripada petugas serta penerima vaksin,” katanya ketika ditemui, selepas menerima suntikan vaksin, hari ini.
Ads
Kenangan Seumur Hidup
Katanya, dia tidak mahu disebabkan Covid- 19 yang melanda kini, masyarakat hanya terarah kepada wabak itu dan ‘menyambut sepi’ kehadiran bulan kemerdekaan.
“Walaupun kita sedang bergelut dengan pandemik ini namun sebagai rakyat Malaysia kita mempunyai banyak cara untuk menyatakan rasa cinta terhadap tanah air.
“Sekurang- kurangnya apabila saya berpakaian seperti ini, ia secara tidak langsung memupuk rasa cinta kepada negara terutamanya untuk generasi muda serta ,” katanya.
Ads
Menurutnya, sambutan kemerdekaan yang tidak lagi seperti kelaziman sebelum ini menyebabkan dia cuba menyerapnya ketika mengambil suntikan vaksin dan dikenang sebagai kenangan yang berlaku sekali seumur hidup.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Bila bercucuk tanam tentu hadapi masalah serangga/ulat perosak. Daun bergulung, kerinting, berlubang, layu, buah dimakan ulat dan sebagainya.
Apa kata cuba pula semburan yang menggunakan air rebusan cengkih. Boleh bantu suburkan tanaman.
Ikuti perkongsian ini.
Cara buat air rebusan bunga cengkih utk tanaman Fungsinya adlh utk mematikan hama,semut, aphid dan sbgainya selain mmpercepat pucuk pucuk baru.Air rebusan bunga cengkih ni yg paling kerap saya guna utk semua tanaman saya selain air kunyit+cili padi + bawang.Kekerapan sembur, seminggu 3 kali, waktu ptg sahaja.Cara ada di bawah.
Saya guna 2 paket bunga cengkih.
Rebus dgn 8 gelas air sehingga mndidih.
Air rebusan bunga cengkih yg tlh siap disejukkn.
Masukkn ke dlm botol spray. Jgn tambah air lagi.
Spray pada pokok cili atau lain lain pokok yg brmasalah. InshaAllah sihat dan subur.
Pernah dengar dan makan ikan rebus tak? Kalau di sebelah pantai timur pasti menu ini sangat popular. Bukan saja boleh dimakan begitu saja, malah boleh digoreng dan dimakan bersama nasi panas serta budu.
Memang sedap! Tak cukup sepinggan nasi kalau dapat menu begini. Jom cuba cara buat Ikan rebus ini. Cukup mudah. Resipi ini dikongsikan oleh puan Dior Sarah. Haiii semua…Saya nak share resepi ikan rebus Thai sedappp tau resepi keturunan keluarga kami..bila berkumpul wajib buat..dia Tak sama dengan singang..ikan rebus ni lagi sedap digoreng dan makan dengan nasi panas² pulak mmg umphhh..lepas masak anda boleh makan terus dengan kuah2nya skali letak pulak Cili padi sambal belacan atau budu Dan ulam² an mmg perghhhh.. selamat mencuba yer
Saya kongsikan resepi masak disetiap pic.
Ikan sardin atau selayang 1kg basuh dan susun
Jika nak kuah lebihkan air dari ikan..jika Tak nak masukan air hampir2 tengelam ikan
Gula melaka
Asam keping
Serbuk perasa Tak nak letak terpulang
GARAM Saya letak 2 sudu besar ..klu anda takut masin letak sikit nanti mendidih rasa Tak cukup rasa nanti tambahkan
Air asam jawa 2 sudu besar pes asam jawa
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ada sesetengah wanita memang ter-over dan gila-gila luar biasa. Betulke? Senang cakap, siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya. Dan jika dibaca artikel yang ditulis oleh Abdul Jalil Ali di dalam Majalah Keluarga edisi Julai-Ogos 2018 ini, memang menarik!
Dan ini antara pandangan dan luahan hatinya sebagai seorang suami dan lelaki dalam melihat ‘kegilaan’ minat wanita. Jom baca.
Perihal beg tangan dan tudung bawal
Tanpa prejudis, memang selalu ada andaian bahawa isteri saya berlebih-lebih, sehingga ke tahap membazir. Saya bercakap mengenai tudung bawal!
Seingat saya, sejak mula kahwin, hingga sekarang – sudah lebih tiga dekad berkongsi tilam – perihal kain penutup kepala itu kerap menjadi isu. Ada ketikanya isu tersebut berlarutan sehingga dia tidak bercakap dalam kereta, dan menunjukkan muncung ikan todak di meja makan.
Saya ada sebab tidak suka dia melebih-lebihkan tudung. Sebenarnya bukan sahaja tudung bawal, tetapi ada macam-macam design tudung lagi. Antara yang saya ingat ialah tudung ‘awning’, tudung belit leher, tudung bonjol unta, tudung layang-layang. Nama-nama ini saya beri mengikut cara tudung itu dipakai.
Bagi saya semua tudung itu, tidak kira apa material, design, warna atau corak, fungsinya hanya satu: menutup aurat seperti yang diwajibkan.
Mengapa perlu ada bawal, pari, awning dan semua itu? Tidakkah lebih mudah sekiranya ada dua, tiga atau lebih-lebih pun lima helai?
Saya membandingkan diri sendiri. Tidak pernah saya ada lebih dari dua helai singlet. Basuh satu, pakai satu lagi. Jika sudah koyak dan berlubang di perut, saya pakai untuk berkebun. Selagi tidak berlubang sana-sini seperti roti jala, saya tidak akan beli yang baru. Betul-betul menepati pepatah ‘alah membeli, menang memakai’.
Tetapi, dia pun ada alasan. Katanya, orang lelaki tidak sama dengan orang perempuan. Orang lelaki tidak kira ‘trendy’, main bantai sahaja, asal boleh pakai.
“Tetapi kita orang perempuan lain,” katanya. Lain itu ertinya cara berhias dan berfesyen wanita tidak semudah sarung dan sangkut. Mesti ada tema. Kalau baju biru muda, tudung mesti biru tua. Kasut, beg tangan dan lain-lain aksesori pun mesti sesuai dengan tema.
Kalau tema merah, semua kena dekat-dekat dengan merah. Demikian juga jika kuning, kelabu tahi anjing dan sebagainya, mesti bertema. Katanya: “Kalau tidak bertema, nampak loklak!”
Saya memang tidak ambil kisah bab tema-tema. Seluar coklat, kemeja biru, stokin hijau tua pun kira okey. Loklak-moklak, apa yang penting selesa. Sebab hendak bertema-tema itulah yang pantang tengok tudung bawal, dia akan sambar. Hendak ke majlis rasmi, cari tudung baru. Makan kenduri kahwin, tudung baru.
Cari awning baru juga jika ada acara-acara tidak rasmi seperti kenduri masuk rumah baru, majlis berkhatan sepupu, hatta panggil kawan pejabat minum petang di rumah. Selalu dia bertanya pandangan saya – agaknya untuk mengambil hati – jika berkenan dengan satu-satu bawal: “Sesuai tak yang ni dengan saya?”
Tidak kira apa warna, apa jenama, jawapan saya sama dan selalu selamba: “Biasa jer…” Cuma sekiranya yang dia berkenan itu di luar kemampuan dompet, saya akan komen: “Tak sesuai langsung, loklak semacam!”
Dulu-dulu memang saya selalu membebel setiap kali dia merengek minta tudung baru. Tetapi sekarang sudah tua, saya mengikut sahaja, biar dia puas sanubari. Lagi pun tudung bawal adalah satu-satu kesukaannya sejak zaman asmaradana. Dia tidak pernah minta banglow mewah siap kolam renang, tidak juga emas berlian. Tambahan pula si bawal yang dia suka bukanlah dari jenama yang harga RM ribu-ribu. Waktu mula-mula kahwin dia sudah puas hati dengan tudung berharga RM10 atau RM15 sehelai.
Sekarang oleh sebab ada rezeki sikit, dan anak-anak sudah bekerja, dia memilih bawal atau l atau awning RM60 – RM70, lebih-lebih pun RM100. Ada juga pada hari-hari tertentu, seperti hari jadi atau hari ulang tahun perkahwinan, sengaja saya suruh dia sambar emak bawal RM300 sehelai. Katanya: “Tak mahal sangat ker?” Pulak!
Oleh sebab terlalu banyak, saya sendiri tidak pasti apakah dia ada masa dan kesempatan untuk memakai semua tudung-tudung yang beraneka itu.Apa yang saya pasti ruang baju saya di almari besar itu semakin sempit, sebab lebih banyak ruang digunakan untuk menggantung bawal. Sebab itu saya kata dia sudah terlebih!
Sesetengah wanita memang ter-‘over’ dan gila-gila luar biasa
Tetapi, rupanya bukan dia sahaja yang berlebih-lebih. Saya berbual dengan rakan-rakan sekerja wanita, dan rata-rata mempunyai perangai ter-‘over-over’.
Dalam kalangan wanita bekerja, ramai yang terlebih-lebih baju. Kalau boleh setiap hari dalam sebulan pergi ke pejabat dengan baju baru. Tidak mahu ulang pakai baju yang sama.
Maka saya tidak terkejut apabila seorang rakan wartawan memberitahu isterinya mempunyai tiga almari baju; boleh buka butik sendiri, dan boleh adakan SALE sendiri di rumah.
Alkisah ada juga wanita yang gila-gilanya pada pinggan mangkuk. Pantang ada ‘rumbungan Cik Kiah’ ke Langkawi dia mesti ikut sebab di Pulau Mahsuri itu dikatakan pinggan mangkuk memang murah. Ada macam-macam set minum petang, set makan malam, set sarapan, dan set-set makan lain. Tidak muat lagi untuk disimpan dalam almari, dia membuat satu stor khas hanya untuk menyimpan pinggan mangkuk yang bertimbun itu.
Minat paling teruk lagi menyeramkan yang pernah saya dengar, dan lihat sendiri, ialah kegilaan mengumpul pisau. Saya pernah berkunjung ke kediaman opah bercucu sembilan ini dan ditunjukkan satu lemari penuh dengan pisau.
Hatta, ada juga wanita yang tahap ‘ovr’-nya melampaui paras normal, hingga sukar untuk diterima akal. Dia memiliki sejumlah kira-kira 300 beg tangan. Dia mungkin boleh dimasukkan dalam ‘Book of World Records’ sebagai wanita paling banyak memiliki beg tangan. Dengan hanya dua tangan yang dikurniakan Allah, ramai tertanya-tanya bagaimana dan bila beg-beg tangan tersebut dapat digunakan.
Tambahan pula beg tersebut semuanya berjenama supermewah, harganya setiap satu bukan RM ribu-ribu,tetapi RM puluhan, dan RM ratusan ribu. Malah, ada yang harganya mencecah RM 1 juta.
Selain beg tangan yang nilainya jutaan RM itu, wanita ini juga meminati intan berlian, berkotak-kotak disimpan di dalam rumah. Setakat rencana ini ditulis, belum diketahui berapa nilai sebenar berlian yang banyak itu. Isteri saya memiliki 300 tudung bawal, harganya tidak lebih RM100 sehelai. Sedangkan ada orang memiliki 300 beg tangan mewah yang harganya setiap satu RM100,000.
Betullah, sesetengah wanita memang ter-‘over-over’!
sumber : Majalah Keluarga Julai-Ogos 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...