“Sebelum ni Macam Kucing Nak Beranak, Tapi Kini Allah Ganti ‘Resah’ Dengan ‘Syukur’ Dan ‘Lega'”- Norman Hakim

Share

Bergelar bapa untuk kali keenam, nyata riak gembira dan syukur jelas terpancar di wajah aktor kacak bernama Norman Hakim ini. Semalam, isteri kesayangannya, Memey selamat melahirkan bayi perempuan.

Akui duta produk makanan kesihatan ini, beberapa minggu kebelakangan ini dia tidak tentu arah, tetapi isterinya relaks sahaja.

“Honestly for the past few weeks saya yg rasa mcm ‘kucing nak beranak’,tapi the real person yg nak beranak relax je.Sama je feeling saya ni mcm suami2 yg wifey dia dah hujung2 nak bersalin.

“Handphone memang kat tangan je dengan ringing volume paling loud. Setiap kali phone berbunyi atau message masuk,seriau panik dia lain macam.Dari sebulan yang lepas saya dah standby bags dalam keta incase ‘masa dah time’.

Menurut Norman, dia tidak menyangka isterinya akan bersalin semalam kerana masih selamba mahu pergi beraya.

“Pagi semalam, dia mcm selamba je gosok baju nak pergi beraya walau dia dah bgtau ada mild contraction.Siap ajak pergi beraya dulu baru ke klinik.

“Saya terus guna veto speed up momentum to ‘gear 7’ bersiap dan terus angkut wifey ke hospital .

“Ramalanku benar belaka,sampai klinik check2 dah bukak 5 cm.Kalau pergi beraya dulu tadi,rasa2 baby terberanak dlm keta jugak mcm @marissadania_ ?

“Alhamdulillah hari ni Allah ambil balik rasa ‘resah’ selama sebulan yg lepas,diganti dgn rasa ‘syukur & lega’.Terima kasih Allah utk susun atur yang terindah ni...

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Untuk Memey selamat berpantang ye.

Sumber: IG normanhakim_786 & memeysuhaiza