Sebelum Masak Lala, Letak Dulu Cili Padi Ni Dalam Rendaman. Baru Keluar Semua Pasir & Lumpur!

Share

Tentu ramai yang menggemari manisnya rasa lala yang dimasak lemak cili api atau dimasak tumis masam manis dan pelbagai menu yang lainnya. Tidak dinafikan,  menikmatinya boleh buat makan berselera.

Pun begitu mungkin ada jyang pernah ‘terkena’ sedang enak makan tiba-tiba ada satu dua  lala yang ingin dibuka cengkerangnya penuh dengan lumpur atau pun berpasir. Memang boleh buat kita putus selera, bahkan ada yang terus berhenti makan dibuatnya.

Tidak mahu berdepan dengan situasi tersebut, ada perkara yang perlu anda buat sebelum memulakan untuk memasak lala tersebut. Ini sebagaimana menerusi perkongsian video daripada @shira.azi di aplikasi TikTok.  Dia telah berkongsi petua yang paling ringkas untuk membersihkan lala agar bahagian dalam cengkerang bersih daripada lumpur dan pasir.

Menurutnya dengan hanya direndam bersama hirisan cili padi, dan dibiarkan hingga 15-20 minit, cengkerang lala akan terbuka dengan sendirinya dan ini akan memudahkan untuk kita mencucinya dengan bersih.

Kemudian setelah dicuci bersih, bolehlah dimasak lala dengan menu yang digemari.

Menakala untuk menghilangkan bau hanyir laut pada lala, boleh juga ditambahkan garam  atau daun limau semasa merendam lala.

Meninjau di ruangan komen, ramai juga yang berkongsi petua yang digunakan untuk merendam lala, dan ramai antaranya biasa menggunakan garam sahaja. Bahkan ada juga yang teruja untuk mencuba petua yang dikongsikan di dalam video tersebut yang meraih hampir 600 ribu tontonan.

@shira.azi cara basuh lala , jom try #foryoupage #MYFoodie #tiktokmalaysia #fypシ ♬ Wali Yank by Iyuz misterius – Iyuz misterius

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba.

Sumber : TikTok@shira.azi

 

ARTIKEL MENARIK:“Bantu Keluarga Jangan Sampai Jadi Muflis…”- Dr Ni Beri Pesan Agar Beringat Sebab Banyak Dah Berlaku!

LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club