
Tentu ramai yang menggemari manisnya rasa lala yang dimasak lemak cili api atau dimasak tumis masam manis dan pelbagai menu yang lainnya. Tidak dinafikan, menikmatinya boleh buat makan berselera.
Pun begitu mungkin ada jyang pernah ‘terkena’ sedang enak makan tiba-tiba ada satu dua lala yang ingin dibuka cengkerangnya penuh dengan lumpur atau pun berpasir. Memang boleh buat kita putus selera, bahkan ada yang terus berhenti makan dibuatnya.
Tidak mahu berdepan dengan situasi tersebut, ada perkara yang perlu anda buat sebelum memulakan untuk memasak lala tersebut. Ini sebagaimana menerusi perkongsian video daripada @shira.azi di aplikasi TikTok. Dia telah berkongsi petua yang paling ringkas untuk membersihkan lala agar bahagian dalam cengkerang bersih daripada lumpur dan pasir.
Menurutnya dengan hanya direndam bersama hirisan cili padi, dan dibiarkan hingga 15-20 minit, cengkerang lala akan terbuka dengan sendirinya dan ini akan memudahkan untuk kita mencucinya dengan bersih.
Kemudian setelah dicuci bersih, bolehlah dimasak lala dengan menu yang digemari.
Menakala untuk menghilangkan bau hanyir laut pada lala, boleh juga ditambahkan garam atau daun limau semasa merendam lala.
Meninjau di ruangan komen, ramai juga yang berkongsi petua yang digunakan untuk merendam lala, dan ramai antaranya biasa menggunakan garam sahaja. Bahkan ada juga yang teruja untuk mencuba petua yang dikongsikan di dalam video tersebut yang meraih hampir 600 ribu tontonan.
@shira.azi cara basuh lala , jom try #foryoupage #MYFoodie #tiktokmalaysia #fypシ ♬ Wali Yank by Iyuz misterius – Iyuz misterius
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba.
Sumber : TikTok@shira.azi
ARTIKEL MENARIK:“Bantu Keluarga Jangan Sampai Jadi Muflis…”- Dr Ni Beri Pesan Agar Beringat Sebab Banyak Dah Berlaku!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Macam Mimpi.Malam Masih Gerak, Pagi Tinggalkan Aku.” 2 Hari Sebelum Bersalin, Ibu Ni Diuji Anak Meninggal Dalam Kandungan!

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kegembiraan bakal menimang cahaya mata bertukar duka bila mana si kecil pergi buat selama-lamanya.
Ibu muda bernama Miraa Nordin berkongsi kisah sedih apabila anak dalam kandungannya meninggal dunia beberapa hari sebelum di lahirkan sekitar penghujung Mac lepas.
Lebih menyedihkan kerana dia sedang hamil anak kembar dan keduanya tidak dapat diselamatkan selepas kandungan pertamanya gugur sebelum ini.
28 Mac 2020. Tarikh yang akan selamanya aku ingat. 😊
Btw, post ni sangatt panjang so boleh skip laju2 tau.
Setiap orang ada dugaan masing2 kan. Kami suami isteri diuji dengan sesuatu diluar jangkaan kami. Langsung tak terfikir, langsung tak terlintas. Rasa macam dunia terhenti sekejap masa tu. Rasa punah semua angan2 sekelip mata. 8 bulan mengandung, semua persiapan dah buat, tapi bukan rezeki kami lagi nak ada zuriat kali ni. In sya Allah lepas ni Allah gantikan yang lain yang lebih baik.
Kami pernah diuji dengan keguguran tahun 2018. Masa tu 11weeks. Tanpa d&c, baby keluar sendiri dekat rumah. Tak sangka 2020 kami diuji lagi. Kali ni betul2 sakit. Allah je tahu apa aku rasa. Dua kali berpantang tanpa baby. Dua kali kehilangan. Serious perit tak tipu. Tapi macam mana pun aku dah redha. Ni cuma luahan untuk aku simpan jadi kenangan.
Aku n suami tunggu lebih kurang setahun untuk mengandung lagi lepas keguguran. Bukan merancang, tapi memang takde rezeki lagi. Lepas berubat n berurut, Alhamdulillah dgn izin Allah, aku pregnant. Excited tak payah cakap lah. And mmg nekad nak jaga kandungan kali ni betul2 sampaikan aku tak jadi cari kerja sebab nak fokus pada anak. Masa tahu pregnant tu aku betul2 baru habis PSH 6 bulan. Kami anggap mmg Allah bagi tepat masanya.
So bermula lah pengalaman pregnant yg sgt2 best. First trimester langsung tak buat ape2 baring je atas katil dengan alahan yang agak teruk. Besen memang ready letak sebelah katil, minyak yuyi jadi peneman, bleeding 2 3 kali sampai ambil ubat kuatkan rahim, tak boleh jalan atau berdiri lama mesti nak pitam n banyakkk lagi.
Nak cerita mmg takkan habis. Awal2 memang teruk jugak alahan but masuk je second trimester semua jadi smooth cuma masih tak boleh berdiri atau jalan lama2 mesti nak pitam. Kalau dalam mall setiap kerusi yang ada aku akan duduk kejap ambik nafas huhu Dannnnn air manis kena sentiasa ada untuk elakkan rasa nak pitam.
Masa second trimester pernah on ubat thyroid sebab bagitau nurse nadi selalu laju walaupun tak buat ape2. Bila test darah, hormon thyroid tu ada sangkut sikit so kena makan ubat. Tapi tak lama pun dalam 2 3 weeks macam tu je. Dr kata maybe sebab pregnant twins so hormon tak stabil.
Dapat tahu twins masa 2nd scan dekat klinik. But then bila next scan Dr klinik tu nampak 1 je so dia kata maybe sorang lagi tak jadi/vanish. Masa tu suami hampa gila tp tetap berharap twins. Tup2 scan dekat KK kali pertama, suami cerita dekat Dr yang kami pernah scan dekat klinik nampak 2 fetal heart tapi dia kata vanish bla3 then Dr kata ‘ Eh memang dua lah ni. Tengok ni. Ni sorang ni lagi sorang’. Masa tu rasa nak lompat2 je happy tak pernah terbayang dapat twins. Alhamdulillah.
Sejak confirm twins tu, appt jadi 2 minggu sekali sebab dikira high risk. Twins pulak jenis MCDA, dorang kongsi uri tapi kantung masing2. Total 3 tempat appt KK IM, KK Beserah, and O&G HTAA. Tak pernah miss mana2 appt. Mmg setiap kali nak scan excited lain macam. Asyik berdebar nak tahu perkembangan dorang.
Alhamdulillah Allah mudahkan semua, berat n saiz dorang dari awal scan sampai 34weeks sangat okay. Dr selalu puji sbb twins takde TTTS(twin-twin transfusion syndrome: sorang terlebih besar/kecik) dan sangatlah aktif tak pernah duduk diam! Haha. Nurse pun selalu susah nak carik jantung baby sebab asyikkkk bergerak. Setiap kali check up mesti balik rumah dengan happy lepastu beriya cerita semua dekat Mama. 😁
Semuanya start masa kandungan makin besar. Rasanya semua yang pregnant pernah rasa baby mcm kurang gerak tetibe. Kadang2 bila fokus buat benda lain, rasa baby kurang respon. Gerak tu gerak tapi dia macam tak aktif sgt. Mmg sgt risau. Sepanjang pregnant, pernah 2 kali pergi hospital sebab kurang gerak. Sekali pergi emergency sebab belum 28weeks masa tu, sekali lagi masa 30/31weeks.
Yang pertama tak perlu warded Dr cuma kata baby dah beralih kedudukan sbb kecik lagi n kedua tu kena warded 1 hari sebab Dr kata MCDA twins sangat berisiko so kena monitor 24hours. Ayat Dr yang takkan aku lupa ‘Orang luar kalau dengar twins seronok sangat, tapi bagi kami Dr2 ni sangat risau’. Tapi alhamdulillah semua ok je masa tu. Dr siap puji sebab dia rasa aktif je dua2 so dia bg discaj esoknya.
Lepas discaj tu, semua back to normal sampailah seminggu dua sebelum hari kejadian banyak kali sangkut bila test urine. Pelik sangat sebab dari awal urine, bp, hb, gula semua okay. Memang rasa tak sedap hati tapi sebab fikir kena positif kan baru baby positif sama(ni kesalahan terbesar aku).
Kena repeat ambik sample urine banyak kali n mcm2 test aku kena ambik hujung2 pregnancy. Urine, darah, swab. Aku banyak kali tanya Dr mmg takkan affect baby ke kalau kencing kotor. Dr jawab biasanya takde so aku macam lega la. Ada jugak tanya pasal baby kurg aktif normal ke, dia jawab ‘mybe sbb space, asal rasa gerak should be ok’. Aku bertambah lega.
Padahal masa appt baby Dr lain dah pesan dekat aku kalau rasa lain je terus dtg hospital sebab ibu je tahu baby mcm mana. So obviously salah aku. Then, last ultrasound pulak Dr kata baby sorg mcm kecik but still tak jauh beza. Sorg 2.1kg sorg lagi 1.7kg. Oksigen apa semua okay Dr kata n Dr suruh ready lagi 2 weeks terus bawak baju mak n baby takut kena admit terus sebab dah 36weeks. Excited bila dengar macam tu sebab lagi 2minggu boleh jumpa twins.
27 Mac 2020.
Aku ajak suami buat kek coklat moist. Dengan alasan, nanti berpantang dah tak boleh makan so nak makan puas2. Pagi tu macam biasa rasa je dorang gerak2. Ptg bila siap buat kek, start rasa macam kurang gerak. Tapi tak fikir bukan2 n positif kan diri maybe terlalu busy buat kek so twins penat nak rehat(kesalahan besar aku 😞). Tapi bila tekan2 perut ada je respon so macam okay la. N gerak baby 10x tu cukup je cuma lambat sikit dari hari2 lain.
Malam pulak time solat mmg rasa je baby gerak tapi masih tak sedap hati. Benda mcm ni jadi banyak kali jugak tp sebelum2 ni aku bernasib baik bila check rupanya baby tukar kedudukan je n lepastu aktif balik. Sbb tu aku cuba positif. Suami ada tanya ‘ke nak pergi hospital?’. Aku jawab tengok esok macam mana sebab aku takut musim2 covid ni(kesalahan aku lagii). 😢
28 Mac 2020.
Pagi2 lagi ajak husband pergi klinik sebab fikir nak tengok jantung baby je. Mmg tak terfikir n taknak terfikir bukan2. Sampai2 klinik staf tu cakap pukul 10am baru ada Dr. Aku pun macam takpe la kita pi beli aiskrim dulu. Makan aiskrim sambil cakap dengan twins n mmg aku sangat pelik sebab baby takde gerak2 masa ni. Lepastu kami ke klinik tunggu dalam klinik.
Tak lama tu kami masuk bilik Dr dengan penuh harapan nak tengok jantung baby. Dr start check kepala dulu. Bila pergi bahagian perut, aku macam tergamam. Biasa scan akan ada denyut2 tapi pagi tu takde. Dia pergi baby ke 2 pun sama. Allahu aku taktahu nak gambar perasaan aku masa tu. Dr tu cepat2 suruh ke hospital.
Masa tu aku dah lost dalam otak macam kosong gila tapi dekat mulut tak henti2 doa semua tu tak betul, mesin tu salah. ‘Maybe Dr salah tengok lagi 2 hari kot twins dah boleh lahir’. Aku tekan2 perut suruh twins bangun n bukak zikir sepanjang otw ke hospital supaya aku boleh relax.
Sampai je hospital aku yakinkan diri twins masih ada. Aku masuk n bg surat refer dari klinik. Nurse tu terkejut n cakap dekat aku ‘Allahu dah besar dah ni. Puan sabar ye. In sya Allah ada lagi tu n banyak2 berdoa tawakal’. Aku just berharap cepat lah nak scan. And yes, Dr 2 orang plus nurse sekali ada masa scan tu mmg nampak takde degup jantung tu. Dua2. Dua dua pergi sekelip mata.
Boleh bayang? Masa ni mmg Allah je tahu macam mana aku nak meraung tapi semua dah takde guna. Aku siap tanya Dr ada tak ape2 cara sekalipun untuk dorang hidup balik atau at least sorg selamat. Rasa macam mimpi. Malam aku masih rasa baby gerak, pagi tu dua2 tinggalkan aku.
Korang maybe kata aku yang cuai tak pergi awal2 tapi serious semua jadi tak sampai 24jam. Terlalu cepat bagi aku. Tapi mmg orang yang aku salahkan adalah diri aku sendiri. Percaya baby kurang gerak sbb space dah kurang lagi2 orang kata perut aku kecik untuk twins. Benda paling bodoh aku percaya.
So please lah ibu2 yang tengah pregnant jangan sesekali percaya ‘normal la hujung2 pregnancy baby kurang gerak sebab baby makin besar, ruang takde bla3’. Jangan. Kalau kau percaya n takdir kau mmg ada lagi rezeki jumpa anak kau takpe la. Maknanya kau beruntung. Kalau macam aku? Memang orang kata aku beruntung sebab twins anak syurga tapi sakit lahirkan anak yang dah tak bernyawa tu kau tak tahu.
Belum aku cerita part dalam wad kiri kanan semua happy2 tunggu masa nak sambut baby, dengar org sebelah2 duk check jantung baby, duk tengok orang lain bawak beg baby, nurse 3 4 kali salah kejut aku nak check jantung baby tapi aku kena jawab ‘baby sy dah takde nurse’. Serious semua sakit. Sangat.
Lagi2 aku diuji masa PKP ni, takde pelawat dibenarkan melawat termasuk suami sendiri. Masa dekat wad 1 je aku doa nak cepat2 lahirkan twins so lagi cepat dapat kebumikan dorang. Aku kena induce 2x, ambik ubat tahan sakit 1x, tahan sakit teruk 5 6 jam then lahirlah dua2 puteri yang kami tunggu selama ni.
Sungguh aku dah redha n terima semua. Aku cerita hanya untuk pengajaran n sebagai kenangan bermakna untuk aku. Macam mana pun semua dah tertulis. Kita merancang, Allah pun merancang. Tapi perancangan Allah mengatasi segalanya. Kes kami twins Allah ambik tapi aku still dapat peluang tengok wajah anak2 aku walaupun cuma sekali dan dah siap balut dengan kain putih. Orang lain pula diuji dengan ibu yang meninggal dunia tanpa sempat tengok anak2. Allahuakbar 😢
Takde apa yang aku harap cuma tolong doakan kami kuat n diberi rezeki zuriat lagi ye lepas ni. N maafkan kami kalau2 sebelum ni apa yang kami suami isteri post atau share buat sape2 yang belum dapat zuriat tersinggung. Mungkin kegembiraan kami buat sape2 terasa hati kami betul2 mintak maaf. Sekian pengalaman yang nak aku kongsi. Semoga takde orang ulang silap aku.
Tolong sedekahkan Al Fatihah untuk Amina Sofya bt Aifaa Syafiq dan Aisya Sofya bt Aifaa Syafiq ya 😚
“Sara Daripada Merengek Terus Diam.” Tragedi Berlari Sebelum Terjatuh Lepas Minta Susu, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Tertusuk Pisau.

Siapa sangka dalam sekelip mata si kecil ini maut selepas terjatuh ke lantai lalu terkena tusukan pisau. Nur Qhaisara Medina Supian, 2, sebelum itu dikatakan meminta untuk minum susu dengan ibunya.
Ibu mangsa Hana Mazlan, 27, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, dia sedang tidurkan anak bongsunya di ruang dapur rumah di Kampung Teluk Pial Baroh, Kuala Kurau dekat sini sebelum didatangi mangsa yang mahu minum susu.
“Semasa minta susu saya cakap dekat dia tunggu sekejap saya tengah buai anak bongsu. Dia (mangsa) kemudian pergi ke neneknya yang juga berada di bahagian dapur sebelum terpijak pinggan.
“Dia kemudian jatuh atas pinggan itu sebelum pisau yang berada di atas pinggan tertusuk di bahagian kiri perut. Pisau yang tertusuk anak saya itu adalah pisau melapah daging lembu, namun sebelum itu anak sulung menggupas buah mempelam serta meninggalkannya atas pinggan di lantai,” katanya.
Ibu kepada lima orang anak itu berkata, dia terus memangku anaknya yang tiba-tiba menangis dan mengosok-gosok badan anaknya sebelum menyedari pisau sepanjang 15 sentimeter itu tertusuk di perut mangsa.
“Selepas ibu mentua saya tarik pisau itu dan dia tak sedarkan diri. Kami bawa dia ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Parit Buntar dan disahkan meninggal dunia,” katanya dan menambah mangsa di bawa ke HRPB untuk bedah siasat.
Menurut Hana, semasa kejadian kesemua anaknya yang berumur 9 tahun hingga empat bulan serta kedua ibu bapa mentua berada di rumah dan ketika kejadian mangsa baru sahaja mandi dan tidak berpakaian.
Sementara itu, bapa mangsa, Supian Samsuri, 42, yang bekerja sebagai pemandu jentera di Pertubuhan Peladang Negeri Perak Utara di Titi Serong berkata, semasa kejadian dia sedang bekerja dan kejadian itu dimaklumkan oleh sepupunya kira-kira pukul 10 pagi.
Beliau berkata, mangsa yang sebelum ini tidak banyak ragam, akhir-akhir ini suka menarik perhatian dan banyak ragam.
“Anak saya sebelum ini suka buat hal sendiri, tak kacau orang, tetapi sejak kebelakangan ini dia banyak ragam dan kerap duduk atas pangku saya,” katanya.
Katanya, mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Pial Baroh esok.
Sumber: Bernama
Kalau Nak Isteri Makin Sayang, Suami Kenalah Jaga Isteri Dalam Pantang. Tak Susah Pun Yang Penting Kena Ikhlas, Sabar & Gigih.

Saat menimang cahaya mata adalah momen terindah buat pasangan suami isteri. Lahirnya di kecil menambahkan lagi kemanisan rumah tangga. Saat si kecil sudah menjengah dunia baru, ibu bapa terpaksa berkorban bersengkang mata siang dalam malam demi memastikan anak dijaga dengan baik. Maklumlah dunia baru buat si kecil susah nak menyesuaikan diri kan.
Biasanya si isteri selesa memilih untuk berpantang di kampung bersama ibu ayah untuk memudahkan segala urusan. Jarang kita dengar suami yang sanggup menjaga isteri sendiri dalam tempoh tersebut. Alasannya tidka pandai dan tiada ilmu lalu isteri ‘dipos’ ke kampung.
Tetapi, kalau anak pertama mungkin alasan ini boleh diterima tapi bila anak dah masuk nombor dua dan seterusnya, suami kenalah belajar menjaga isteri dalam pantang kan?
Tempoh berpantang akan lebih indah bagi seorang isteri apabila dijaga oleh suaminya. Jangan terkejut kalau ada isteri yang menangis kerana hatinya begitu tersentuh dengan pengorbanan suami yang tidak cukup rehat dan tidur semata-mata nak pastikan isteri dan anak selesa.
Kalau nak isteri semakin sayang, suami kena sahut cabaran menjaga isteri dalam pantang. Berusahalah sepenuh hati pasti pengalaman ini mencatat memori indah dalam perkahwinan korang. Kepada encik suami, ikuti panduan ini. Tak susah pun jaga isteri dalam pantang syaratnya kena ikhlas, sabar dan gigih. nah cuba tip yang dikongsikan oleh saudara Muhammad Faizal ini.
Panduan Jaga Isteri Berpantang:
1. Mandikan Bayi
Dalam pantang kalau nak isteri berehat sepenuhnya suami kenalah belajar mandikan anak. Minta panduan daripada emak atau orang yang lebih tua. Kalau nak mudah, mandikan baby di dalam tub. Gunakan set mandian bayi jangan main bantai ja. Kena ingat ye kulit baby sensitif. Lepas mandikan baby, urut perut baby dengan minyak telon supaya perut baby tak kembung. Sapukan minyak telon pada perut, belakang betis, tapak kaki dan belakang badan baby.
2. Sediakan Air Herba Untuk Mandian Isteri
Jika mampu sepanjang 44 hari, sediakan air herba untuk mandian isteri. Sekurang-kurangnya bagi isteri mandi air herba selama tujuh hari. Air rebusan herba ini membantu menghangatkan tubuh isteri, melancarkan perjalanan darah dan menyegarkan badan. Tak payah pening-pening, suami beli sahaja set mandian herba di toko jamu. Cara nak guna pun senang, rebus set herba sehingga mendidih, lepas tu tunggu suam baru bagi isteri mandi.
3. Cari Tukang Urut
Sediakan tukang urut untuk isteri. Jika isteri bersalin normal, hari kelima isteri dah boleh urut badan. Tapi jika isteri bersalin secara pembedahan, disarankan seminggu baru isteri berurut. Hanya urut badan ye jangan bagi bidan urut perut kerana bimbang jahitan pembedahan terbuka dan dijangkiti kuman.
4. Masak Menu Pantang
Masa isteri hamil, suami dah boleh cuba memasak menu dalam pantang. Google je resipi dalam pantang dan ikuti langkah mudah memasak. Bila dah selalu cuba, insya-Allah masakan akan sedap. Pasti kan isteri diberi makan makanan yang berkhasiat, elakkan makanan sejuk dan berangin. Tak sesuai untuk wanita lepas bersalin. Menu yang paling senang masak sayur sawi, ulam pegaga, ikan bakar atau sup ayam.
5. Urusan rumah tangga
Memang sudah menjadi kelaziman aku dari anak pertama, bila wife aku bersalin sememangnya tanggungjawab urusan rumah tangga dari segi masak, kemas rumah dan membasu baju menjadi tanggungjawab aku. Sebab tu kalua wife aku bersalin aku akan amek cuti sampai sebulan lebih. Memang dari awal-awal pregnant dah bagi tau bos awal-awal yang aku akan amek cuit yang lama. Kau bayangkan 7 bulan awal dah mintak cuti, kalau tak approve jugak memang la kan. Hehehe.
6. Jangan Lupa Tungku & Bengkung Isteri
Lepas isteri diurut, bengkung isteri. Jangan lupa sapu minyak panas supaya badan isteri tidak masuk angin. Bagi isteri yang bersalin normal, suami perlu bakar tungku antara 10 hingga 15 minit supaya isteri dapat bertungku. Lapik tungku dengan daun herba seperti daun kunyit dan mengkudu. Tungku isteri sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Daun kunyit boleh dibeli di kedai runcit atau di pasar tani.
7. Bagi Isteri Makan Jamu
Bagi menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman isteri, belikan jamu atau herba. Tanya isteri atau ibu mentua agar memilih produk yang tepat. Pasti kan isteri makan jamu secara konsisten untuk kesan yang terbaik.
8. Beli Ubat Lembutkan Najis
Suami kena tahu, lepas bersalin biasanya bahagian intim isteri dijahit. Jadi ramai isteri yang fobia nak buang air besar. Bagi isteri minum air suam secukupnya agar tidak sembelit. Suami juga boleh beli ubat lembutkan najis di farmasi.
9. Pastikan Isteri Cukup Rehat & Bagi Sokongan Moral
Emosi isteri biasanya mudah terganggu dalam pantang kerana isteri penat dan melalui proses penyembuhan selepas ‘bertarung nyawa’. Jadi suami kena banyak bersabar dan bagi sokongan moral. Pasti kan isteri cukup rehat dan cukup tidur. Jika baby berjaga malam, suami kena bergilir dengan isteri menjaga baby.
Kredit: muhammad faizal