Sebelum Jadi Apa-apa, Persiapkan Agar Keluarga Yang Ditinggalkan Senang. Ni Perlu Buat!

Share

Membicarakan dengan pasangan andai salah seorang pergi dahulu mengadap Ilahi, itupun seakan tidak sanggup rasanya membayangkan detik itu. Sebolehlah biarlah hidup mati bersama.

Namun apa daya kita, sedangkan kematian itu adalah pasti. Lantas atas sebab kita sayangkan pasangan dan anak-anak yang akan ditinggalkan, kita perlu buat sesuatu sebelum saat itu tiba.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Saudara Azizul Azli di akaun fbnya tentang apa suami perlu buat sebelum meninggal pergi. Ayuh baca perkongsian penuh daripadanya.

SEBELUM SUAMI MENINGGAL PERGI?

1. Sediakan satu dana hibah buat isteri sebelum apa apa terjadi.

2. Didik isteri urus kewangan dan belanja keluarga. Ceritakan bagaimana kita urus belanja bayar semua.

3. Maklumkan isteri semua hutang yang ada. Hutang kereta berapa, Hutang rumah, hutang budi dan pembiayaan peribadi.

4. Ceritakan pada isteri simpanan yang ada juga. Tabung ASB ada berapa dan hibahkan pada siapa? KWSP kita letak siapa penama. Begitu juga Tabung Haji ada berapa, saham apa kita ada.

5. Sediakan Dana Kecemasan 6 bulan gaji kita. Dan pastikan jika apa apa berlaku, isteri boleh guna dana kecemasan ini.

6. Ambillah Takaful Perlindungan Pendapatan. Saya bukan agen takaful tetapi saya galakkan semua suami kacak dan seksi ada perlindungan ini. Bayaran serendah RM50-RM150 sahaja sebulan.

7. Tulis senarai daftar, apa yang harus dilakukan “Jika Saya Meninggal?”. Bagaimana urus dana pancen, lapor pada siapa, dana KWSP perlukan salinan apa, siapa penama dan sebagainya.

Ada isteri hilang punca bila tiba tiba suami dijemput pergi. “Saya tak tahu nak buat apa apa”.

8. Sediakan Dana Pendidikan Anak dan Pelaburan. Ceritakan tabung mana kita simpan dan dana apa kita ada dalam pelaburan.

9. Hitung dan senaraikan Aset yang ada. Setahun sekali tulis beli saham apa, tanah dimana, rumah sewa dan berapa kereta yang ada.

10. Ajar Isteri sejak sekarang guna perbankan online untuk semua urusan. Jika semua urusan kewangan kita uruskan. Apa salahnya maklumkan pin bank, kata dah sayang.

11. Jangan harapkan sesiapa akan bantu dan urus keluarga kita. Yang namanya duit ini berhantu, sanggup telan dan hina saudara demi duit sahaja.

Tinggalkan keluarga kita dalam keadaan berharta. Bila miskin dan ada hutang, keluarga pun sanggup buang.

sumber : Azizul Azli Ahmad.