Pengorbanan dan usaha gigihnya dalam membantu mereka yang memerlukan bukan sahaja dipuji masyuarakat, bahkan mendapat perhatian pihak berkuasa.
Terbaru dalam satu perkongsian, Pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew, 36 menerima Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020.
Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Liew menerima anugerah tersebut susulan usaha keras beliau yang bergerak ke seluruh pelusuk tanah air menghulurkan bantuan semasa #COVID19.
Terharu dengan penghargaan tersebut, akui Ebit lew sumbangannya kepada golongan belia adalah kecil namun sangat menghargai anugerah yang diterima.
“Saya sedar tidak layak kerana lebih ramai yang berkorban serta berjuang. Saya hanya usaha kecil dikalangan orang ramai tetapi saya sangat bersyukur dapat bersama dengan anak muda pada hari ini.
“Kita harus mewariskan anak muda dengan perkara baik, selalu bimbingan, mendoakan dan menggalakkan anak muda buat kebaikan puji mereka.
“Nasihat kepada golongan belia kena berjuang niat kerana Allah, dan tanamkan keikhlasan. Ia tidak akan berhenti bila diri dihargai, dipuji atau dikeji, disukai atau tidak kita akan terus buat baik sehingga kita bertemu dengan Allah supaya sentiasa mendapat keredaan,” katanya.
Tiadalah yang lain hanya Redha Allah kita inginkan. Allah pemilik segalanya.