Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Itulah situasi yang dapat digambarkan bila melihat ujian yang dilalui oleh seorang ibu tunggal ini. Apatah lagi dengan kudratnya yang semakin lemah seiring usia yang semakin meningkat, pun begitu Rosanani Salleh tetap gagahkan juga menjaga empat orang anaknya yang lumpuh.
Memetik kisah keluarga ini yang dikongsikan BERNAMA, difahamkan keempat-empat anaknya bukan lumpuh sedari lahir namun keadaan itu berlaku secara tiba-tiba ketika anaknya meningkat dewasa.
Difahamkan juga ibu tunggal berusia 62 tahun itu cekal menguruskan anak keduanya, Mohd Amerizam Razali, 42; anak kelima Mohd Marsudi, 36; dan anak keenam Mohd Aismuddin, 33; yang memerlukan penjagaan rapi.
Anak sulungnya Rozanariah, 43, yang turut menghidap penyakit sama tinggal berasingan memandangkan sudah berkahwin dan dijaga suami serta tujuh anaknya yang berumur antara 20 hingga lima tahun.
Tiada Simptom Jelas
Rosanani yang bekerja sebagai penjual lemang berkata, dia tidak menyangka akan ditimpa nasib sedemikian memandangkan keempat-empat anaknya itu secara tiba-tiba diserang penyakit saraf ketika berusia antara 20-an hingga 30-an.
“Sebelum ini mereka normal dan menjalani kehidupan seperti biasa. Masing-masing sudah bekerja, namun tiba-tiba sakit. Tiada simptom jelas.
“Malah ada daripada mereka tiba-tiba bangun tidur tidak boleh berjalan dan lama-kelamaan lumpuh seluruh badan,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Teluk Kalung, di sini.
Ads
Episod duka keluarga Rosanani bermula apabila arwah suaminya, Razali Othman yang meninggal dunia pada 2009 turut menghidap penyakit saraf semasa berusia 20-an.
Beli Lampin & Ubat Setiap Bulan
Rosanani berkata, dengan pendapatan menjual lemang hanya sekitar RM1,000 sebulan menyebabkan dia agak tertekan kerana pengurusan dan pengubatan anaknya yang kurang upaya itu memerlukan belanja tinggi.
“Mereka semua dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 seorang, namun jumlah itu tidak cukup memandangkan kos membeli lampin pakai buang dan ubat-ubatan sahaja melebihi RM1,000.
“Mak cik pun tidak dapat jual lemang dengan lebih banyak kerana hanya sekitar 11 pagi baru mak cik boleh ke gerai untuk persiapan membakar lemang dan berniaga. Pada sebelah pagi, mak cik perlu uruskan anak terlebih dahulu,” katanya sambil memberitahu pergerakan anaknya itu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan kerusi roda.
Ads
Menurutnya, empat empat anaknya yang lain hanya bekerja biasa dengan pendapatan tidak seberapa dan tidak dapat banyak membantunya.
Katanya, walaupun pakar perubatan di hospital memberitahu anaknya itu tiada harapan untuk sembuh, dia sentiasa berdoa semoga satu hari nanti mereka dapat berjalan dan menguruskan diri sendiri.
“Siang malam mak cik berdoa semoga sekurang-kurangnya mereka boleh berjalan. Mak cik sangat risau kalau mak cik sudah tiada nanti siapa akan menjaga mereka.
“Mak cik sudah biasa ‘memekakkan’ telinga menghadapi pelbagai tohmahan masyarakat sekeliling mengenai nasib keluarga kami ini,” katanya sambil menahan sebak.
Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibubapa. Setiap ibu bapa pastinya keterujaan untuk mendidik anak supaya membesar dengan cemerlang.
Terdapat pelbagai cara dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan anak menjadi seorang yang pandai. Ikuti perkongsian Pengiran M. Nizam Rahman yang menyentuh mengenai amalan kakaknya agar anaknya menjadi seorang yang bijak.
Hajat pada anak…
Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.
Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kau malas memang tak kemana laa.
Caranya:
Setiap pagi kau baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. “INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”
*Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.
Bila sampai part “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kau apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUUN”.
Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.
Kalau kau rasa tips ni bermanfaat, silakantekan butang share tu ya. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat pahala amal. Aameeen.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kuasa baja kulit udang
————————————-
InshaAllah semua berebut nak mengeluarkan pucuk baru.
1. Kulit udang, ketam dan kerang kerangan mempunyai sejenis zat yang dikenali sebagai Chitosan.
2. Chitosan atau chitin ini memberikan banyak kebaikan kepada tanaman kita. Antara manfaat chitosan kepada tanaman kita ialah ia merupakan baja semulajadi kerana tumbuhan menyerap zat nutrien tanpa unsur baja kimia yang lain.
3. Chitosan digemari oleh organisma organisma baik di dalam tanah seperti cacing dan bakteria.
4. Tanaman disifatkan lebih kuat melawan jangkitan fungus dan membolehkan pokok hidup lebih subur kerana kadar pertumbuhan pokok lebih positif.
5. Baja chitosan ialah baja semulajadi yang amat mudah untuk disediakan.
Cara membuat baja kulit udang.
————————————————— Kulit udang atau ketam dan kerang hanya perlu direbus dan air rebusan boleh disejukkan dan disiram ke tanaman. Kulit yang direbus boleh dijemur dan ditumbuk atau dikisar dan bolehlah ditaburkan ke tanaman kita.
Kalau rasa tak rajin dan nak senang- boleh beli di kedai pertanian.
Jom kita ke kebun
xoxo
#jomtanamsayur #ediblegarden #kebunbandar #kebunrumah #abah_umarediblegarden
Kuasa di hujung jari zaman masa kini. Apa yang kita nak, semua ada di internet. Kadang kita tak search pun akan keluar di social media kita, dari yang baik dan sebaliknya.
Begitu juga anak-anak yang masa kini lebih ada perasaan ingin tahu. Jadi ibu ayah, jangan terleka dari pantau anak-anak. Jangan sampai mereka terjebak dengan perkara yang tak diingini.
4 perkara yang perlu diperhatikan supaya anak tak terjerumus dalam “barah” pornografi:
1. SEARCH HISTORY
Semak history youtube/google pada device yang anak guna. Walaupun hanya kartun, pastikan kartun tu bukan versi porno (walaupun di youtube kids!)
Tapi kalau tetiba check history—
EH KOSONG?
That’s a HUGE REDFLAG!
2. WAKTU ONLINE
Ingat, anak perlukan 10-12 jam waktu tidur setiap hari, pada WAKTU MALAM.
Screentime pada waktu malam akan merembeskan hormone dopamine yang menyebabkan anak lagi susah nak tidur. So please, no screentime 1-2 jam sebelum tidur.
Dan kalau anak suka screentime bersendirian pada waktu malam, lebih2 lagi bila semua orang tidur— itu ada REDFLAG.
3. ANAK UBAH / ALIH SKRIN BILA DIDEKATI
Kalau suami tetiba alih/tutup skrin pun kita dah suspicious, inikan pulak anak. 😂 Ia tanda jelas bahawa anak sedang menonton sesuatu yang tak sepatutnya.
Sesekali cuba tanya anak: “Tengah tengok apa tu?” atau “Tengah berbual dengan sesiapa tu?” atau “Boleh mama join sekali?”
4. TINGKAH LAKU ANAK
Menurut kajian, anak yang mula terdedah kepada pornografi (sengaja atau tidak) akan berubah tingkahlaku. Ini termasuk ledakan emosi seperti suka marah2, memukul, menumbuk, bercakap kasar, menyindir.
Ia tanda bahawa ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku pada psikologi anak.
Cuba tanya anak, ada tak apa2 yang dia experience recently sama ada masa online / masa tengok TV / kat sekolah / kat rumah yang buat dia keliru, kecewa, takut, tak selesa, malu atau terkejut?
TAKUT, MALU, KELIRU—
adalah faktor utama anak menyembunyikan sesuatu daripada ibu bapa dan pilih untuk pendam, menipu atau berpura2.
Semoga Allah jaga keluarga dan anak2 kita sepertimana Dia menjaga orang2 soleh. Aminn. 🙏🏼
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...