Sebelum Bercuti Balik Kampung, Ini Keperluan Travel Kit Anak Yang Perlu Ada. Wanita Ini Kongsikan Caranya. Mudah & Sistematik!
Oktober 25, 2021
Share
Excited nak balik kampung, maklumlah hampir dua tahun tak dapat menjengah insan tersayang kan. Selain membuat pemeriksaan kendiri bagi bebas dari wabak covid-19, ibu-ibu jangan lupa keperluan keluarga. Terutama nNak bawak anak anak berjalan jauh.
Barangan keperluan yang paling penting adalah ubat. Mana tahu berlaku kecemasan tiba-tiba anak demam atau tak sihat kan.
Sebelum ini admin pernah kongsikan cara puan Hazirah Maulana ini. Mungkin dapat membantu ibu-ibu yang lain supaya memastikan barangan ini mesti ada dalam medical kit anak anak.
Pernah pengalaman time travel, anak demam panas tapi satu pun tak prepare. Sejak tu terus belajar dari pengalaman. Bukan ape, kadang kadang kita ni tak boleh nak elak dan tak expect anak tetibe demam, batuk, selsema dan sebagainya. . Nak nak kalau insiden tu berlaku tengah-tengah malam, atau pun time kita pergi travel jauh-jauh. Nak cari ubat-ubat ni, bukan boleh main beli je, especially bayi.
. Kalau ade yang nak tgk checklist boleh refer gambar. Ade description untuk setiap gambar. Boleh share untuk panduan ibu ibu nak nak tgh musim musim cuti cuti ni.