Anak perempuan adalah ibarat permata buat ibu dan ayah. Perlu dijaga dan disayangi sebaik-baiknya agar hidup anak-anak sempurna dan bahagia.
Merialisasikan impian, kita sebagai ibu ayah kenalah terlebih dahulu mendidik anak-anak perempuan ini dengan adab dan akhlak.
Selain itu, Dr Taufiq Razif turut kongsikan 5 perkara penting yang perlu diajar pada anak perempuan sebelum mereka masuk ke alam remaja.
Ajarkan 5 Perkara Ni Secepatnya Kepada Anak Perempuan Kita Sebelum Mereka Masuk Ke Alam Remaja
1. Ajarkan anak perempuan kita SIFAT MALU
– kerana sifat malu itu nanti akan menjadi benteng pertahanan maruah & harga diri mereka
2. Ajarkan anak perempuan kita BATAS AURAT mereka
– kerana batas aurat anak akan menjadi bebanan kita di akhirat nanti jika tidak dijaga dengan betul
3. Ajarkan anak perempuan kita tentang tanda & persiapan AKIL BALIGH mereka
– kerana anak kita perlu mempersiapkan diri secara mental, fizikal dan spiritual untuk melalui umur yang mana mereka ‘ditaklifkan’ segala syariat agama
4. Ajarkan anak perempuan kita KELEMBUTAN & KASIH SAYANG
– tunjukkan pada anak perempuan kita macam mana cara menyalurkan kasih sayang dengan cara yang betul & bagaimana untuk berlemah lembut terhadap orang yang mereka sayang kerana ianya adalah fitrah sebenar mereka
– ceritakan kepada mereka juga tentang kasih sayang Pencipta kepada mereka. Anak yang rasa disayangi akan mudah menyayangi
5. Ajarkan anak perempuan untuk MERASA CANTIK & BERHARGA DARIPADA DALAMAN
– Penting untuk anak perempuan kita merasakan bahawa mereka cantik secara dalaman supaya mereka tidak haus pujian daripada orang luar
– itulah kenapa mak ayah juga perlu maniskan mulut kita dengan pujian dan kata kata penghargaan terutamanya kepada anak perempuan
– Ingat, jiwa anak perempuan tersangat lah sensitif, lembut dan rapuh kerana mereka dicipta untuk dibimbing, dilindungi dan disayangi
sumber : Taufiq Razif
Abi Maryam Soolihah & Aesya Soolihah