Sebelum Anak Perempuan Capai Remaja, Pastikan Sudah Lakukan Ni Untuk Didik Mereka!

Share

Sepanjang masa kita hidup bersama dengan anak-anak, sejak dilahirkan hingga kini membesar di depan mata. Sikit pun kita tidak sedar begitu cepat masa berlalu.

Pejam celik pejam celik, anak yang kita lahirkan sudah besar panjang.

Pun begitu, sebagai ibu ayah tumpuan perlu lebih diberikan dalam mendepani anak-anak meningkat remaja. Terutamanya anak perempuan, cabarannya cukup berbeza.

Untuk itu sebelum anak menginjak ke usia remaja, persiapkan mereka dengan didikan yang sempurna sebagaimana yang dikongsikan ini.


​​​​​Anak-anak ni cepat betul besar kan? Sedar tak sedar, masa nak bergambar baru perasan dia sama tinggi dah pun dengan kita.

Kalau anak perempuan ni, sampai je usia remaja, kita akan nampak dia kadang-kadang dilanda keliru.

Kejap-kejap nak mengikut kita. Kejap-kejap nak mengikut orang. Kejap-kejap nak mengikut dia.

Dan sesungguhnya tidaklah boleh kita benar-benar mengawal keadaan itu, kecuali dengan menyediakan ruang lingkup yang sesuai untuk dia membina personaliti sepanjang alam remaja. Dan mendepani kekeliruan itu dengan sabar, faham dan sayang.

Kata Ustaz Khairul Anuar Basri, ada 5 ciri didikan yang perlu dicapai pada anak perempuan.

1. Hatinya lembut.
2. Percakapannya baik.
3. Auratnya terpelihara.
4. Pergaulannya terjaga.
5. Berbakti pada orang tua.

Saya tambah sikit disini.
6. Masa yang bermanfaat.
7. Akal fikir yang matang.

Untuk mencapai 7 perkara itu, yang susahnya bukanlah untuk mendidik anak. Tapi yang lebih susah lagi, adalah untuk mendidik diri kita sendiri.

Begitu kan.

Kita ingat Tuhan hantar kita untuk mendidik dia. Tapi disebalik itu, Tuhan sebenarnya hantar dia untuk mendidik kita.

sumber : Siti Suryani Yaakob