Sebelum Anak Jadi ‘Tuan’ Begini Amalan Yang Ibu Ayah Kena Alert.

Share

Tidak dinafikan memang mencabar menjadi ibu ayah kepada anak-anak supaya mereka mendengar kata dan hormat kita sejak kecil lagi.

Namun kita alpa, sehingga ada anak menjadi ‘tuan’ hingga tidak menghormati kita.

Tentu ada caranya, begitu juga dengan perkongsian guru ini yang sungguh inspirasi.

Sebelum anak menjadi “TUAN” kepada ibu ayah, amalkan tip ini.

1. Control anak, sebelum mereka control ibu, ayah

Sediakan batas dan had yang perlu anak patuhi. Malang nasib ibu ayah jika hidup mereka dikawal oleh anak-anak.

Ibu ayah terpaksa hidup susah, menderita, kepenatan kerana memenuhi kehendak anak yang berlebihan. Hakikat yang perlu kita faham, bila anak menjadi raja.. Pasti ibu ayah dianggap seperti hamba. Allahu.. Minta di jauhkan.

Bijaklah melayan karenah anak, semoga mereka membesar bagai juara.. Membela kita, menjaga kita dan hadiahkan syurga buat kita.

2. Yang nie berat…

Didikan melalui teladan. Apa ibu ayah buat, cakap, lazimi dalam kehidupan, itulah contoh dan disiplin yang akan anak-anak ikut.

Nak anak pandai menghormati, ibu ayah mesti saling menghormati dan hadam dengan tanggungjawab.

Nak anak sopan dan beradab, ibu ayah mesti kawal segala sifat mazmumah, kata-kata kesat dan perbuatan mencarut.

Ada ibu ayah cakap.. Kami manusia, bukan malaikat.. Pasti buat silap… Kadang-kadang bergaduh depan anak.. Marah isteri, pukul isteri. Isteri pula lawan cakap suami.

Betul, semua orang buat silap.. Tetapi sebaik-baik Kesilapan adalah ungkapan maaf.. Bergaduh depan anak.. Bermaafanpun depan anak.

3. Tegas tapi ada batas, bukan macam gangster cari gaduh. Kelak anakpun jadi macam gangster dan suka buli kawan.

Kurangkan jerit pada anak, ia menyebabkan ibu ayah stress. Suara yang perlahan dengan intonasi yang bermakna itu lebih anak-anak faham dan respect.

4. Wujudkan Sunnah dalam keluarga, dekati Al-Qur’an, ajar anak hidupkan Sunnah Nabi. Cara makan, minum, tidur dan segala rutin harian yang diajar oleh Rasulullah SAW.

5. Lazimi bacaan ma’thurat pagi petang sejak anak masih kecil. Anak akan membesar sebagai seorang yang berjiwa kental, berani, rohani yang terisi, cenderung melakukan kebaikan.. Paling penting melaksanakan solat tanpa disuruh.

6. Ajar sebanyaknya skill dan kemahiran kepada anak, bukan sekadar teori. Anak yang tidak miliki kemahiran dalam ikhtiar hidup akan selamanya bergantung harap pada ibu ayah.

7. Berpada-pada bila bagi kesenangan

Biar anak belajar hidup susah, merasai betapa sukarnya untuk dapatkan sesuap nasi. Ia akan mendidik mereka supaya lebih pandai menghargai dan berusaha untuk hidup berdikari.

Kemewahan hidup yang tiada batasan hanya merosakkan. Menjadikan anak manja, sombong, ego, tiada hati perut dan melawan cakap ibu ayah

Sabar, tidak pernah merasa penat dan sentiasa istiqamah mendidik anak-anak itulah kunci kepada ibu ayah yang berjaya. 🌷

Aminah Mat Yusoff –
#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaDhati