Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin meluahkan rasa syukur dan terharunya apabila anak sulungnya, Syeriv mengimamkan solatnya.
Menerusi Instagramnya, isteri kepada Shaheizy Sam ini meluahkan rasa syukurnya yang tidak terhingga malah teramat berbangga melihat pencapaian anak sulungnya itu.
Akui ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, dia sebak dan menangis kegembiraan bila mana Syeriv memintanya untuk menjadi imam ketika bersolat bersama.
“Sekadar berkongsi. Anak bubu bapak dah boleh jadi imam😭. Ya allah sebak tak habis lagi bila teringat dia mintak nak jadi imam bubu bulan lepas.
“Merambu ayaq mata kita dalam semayang bila dengaq anak kita baca bacaan dalam solat,” tulisnya sebak.
Tambahnya lagi, dia tidak pernah memaksa anak lelakinya itu untuk berbuat demikian namun berbangga Syeriv melakukannya dengan rela hati.
Ads
“Tak sangka sungguh dia betul-betul boleh lead bubu solat maghrib dekat surau foodcourt! Bubu takkan lupa surau tu sampai mati.
“Tiada paksaan, dia sendiri mau. Sekarang aku paham erti bangga yang sungguh bangga.
“Doakan Syeriv jadi anak soleh dunia akhirat, dapat jaga bimbing adik-adik buat kebaikan🤍 @syeriv_samheizy,” tulisnya berkongsi.
Ads
Rata-rata pengikut Syatilla turut berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan Syeriv malah mendoakan yang terbaik buat perjalanan anak kecil ini.
Terdahulu, Syatilla dan Shaheizy Sam mendirikan rumahtangga pada 8 Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
“Zaman sekarang anak-anak kena terlibat dengan gajet supaya tidak ketinggalan. Cuma sejauh mana kita kawal supaya tidak keterlaluan sehinggakan makan minum tidur dengan benda tersebut,” demikian pandangan Ustaz Don mengenai hal ini.
Tindakan ibu bapa yang memberikan gajet kepada anak dengan alasan tidak mahu bising menyebabkan mereka mula ketagih bermain gajet. Jika tidak diberikan mereka memberontak. Walaupun mungkin ini adalah salah satu bentuk penyelesaian tetapi dari segi jangka masa panjang pasti memberikan impak negatif kepada anak-anak terbabit.
Noor Afidah Abu Bakar menerusi laman facebook Parent Connect , berkongsi pandangan mengenai hal tersebut.
ROBOT DI MEJA MAKAN.
Anak kecil itu diam tanpa sebarang pergerakan. Dia juga langsung tidak bersuara. Matanya memandang tepat ke hadapan tanpa berkelip. Dia terpaku dengan apa yang dilihatnya. Segala yang berlaku di sekeliling seolah-olah tidak memberi makna apa-apa kepada anak itu. Sebarang bunyi, sebarang pergerakan mahupun sebarang keajaiban yang berlaku di sekelilingnya seperti tidak langsung menimbulkan tanda tanya dalam dirinya. Perkara yang menjadi tumpuan utama dalam hidupnya dan dalam dunianya ketika itu hanyalah apa yang sedang ditonton di hadapannya.
Sudah berkali-kali saya melihat anak-anak yang diprogramkan oleh skrin yang berada di hadapan mereka ketika waktu makan. Anak-anak ini seumpama robot yang mengunyah, tanpa menunjukkan sebarang emosi dan tanpa interaksi. Mereka dinafikan hak untuk menjadi kanak-kanak yang memerlukan didikan dan bimbingan oleh orang dewasa ketika waktu makan.
Mungkin anak-anak kecil ini diharapkan lahir dalam keadaan sempurna akhlaknya tanpa bimbingan yang mengambil masa. Mungkin anak-anak kecil ini diharapkan agar berupaya untuk memenuhi harapan dan jangkaan orang dewasa dengan serta merta. Mungkin anak-anak kecil ini diharapkan agar berupaya menyuapkan makanan dengan sendiri tanpa mensepahkannya. Mungkin anak-anak kecil ini diharapkan agar dapat memberi tumpuan pada makanan tanpa mengganggu. Mungkin anak-anak kecil ini diharapkan agar melekat di tempat duduk mereka tanpa berganjak. Mungkin anak-anak kecil ini diharapkan agar dapat membisukan mulut mereka dari bersuara.
MUSTAHIL.
Kata si Ibu “Jika saya tidak beri skrin kepada anak saya, anak saya tidak mahu makan.”
Persoalannya siapakah yang mula memberikan anak skrin? Siapakah yang tidak melatih anak makan tanpa kebergantungan pada skrin dari awal lagi?
Waktu makan yang sepatutnya menjadi: momen yang mewujudkan perhubungan yang rapat antara ibubapa dan anak, momen penerapan adab dan akhlak, momen berinteraksi dan bergurau senda antara ahli keluarga, momen memerhatikan persekitaran yang menimbulkan sifat ingin tahu, momen memahami emosi, momen memahami komunikasi verbal dan tidak verbal, momen memantapkan skil motor halus dan motor kasar, momen mengembangkan skil bahasa dan menambahkan kosa kata, momen memahami nilai dalam keluarga dan masyarakat, kini hanya menjadi momen mengisi perut dan membasahkan tekak sambil dihiburkan oleh watak-watak yang ditonton di skrin.
Tiada latihan pengucapan Bismillah, dan tiada doa di awal makan untuk diamalkan anak kerana anak-anak ini terlalu asyik dihiburkan. Tiada ucapan penghargaan dan terima kasih yang diucapkan anak kepada ayah atau ibu yang berusaha menyuapkan makanan dengan penuh kasih sayang kerana anak-anak ini terlalu leka. Tiada senyuman di antara ibu atau ayah yang menyuap dan anak yang disuap. Tiada pandangan mata diantara ayah atau ibu dan anak, Tiada ekspresi wajah yang menggambarkan kegembiraan, kekecewaan dan tegahan daripada ayah atau ibu untuk difahami oleh anak. Tiada luahan emosi di antara ibubapa dan anak. Semuanya menjadi hambar tanpa sebarang keintiman dan emosi sesama manusia. Sedangkan perkara yang diabaikan inilah yang membezakan di antara MANUSIA dan ROBOT.
Anak-anak yang menyentuh, melihat, merasa, menghayati dan menikmati setiap butir dan suapan makanan yang masuk ke mulut mereka lebih mudah untuk mempelajari erti bersyukur akan nikmat rezeki yang dilimpahkan ke atas mereka oleh Allah SWT. Apabila tontonan skrin dipaksakan ke atas anak ketika waktu makan dari usia awal, seluruh sensori yang melahirkan rasa kesyukuran ini akan mati kerana fokus mereka bukannya pada pengalaman menghayati rezeki yang disuapkan ke mulut mereka tetapi fokus mereka kepada pengalaman menghayati skrin.
Latihlah anak menjadi manusia yang memuliakan adab dan akhlak ketika makan, menghargai ibubapa atau orang dewasa yang menyuapkan mereka makanan, memahami bahasa kasih sayang ibubapa, menghormati perhubungan sesama manusia, peka dengan sekelilingnya dan mensyukuri rezeki pemberian Allah kepadanya walaupun anak mungkin kurang menggemarinya.
Anak-anak kita dilahirkan sebagai manusia. Usah diubah mereka menjadi robot tanpa kerelaan mereka hanya kerana kita sangkakan itu lebih mudah.
Dalam gambar adalah anak kembar yang tidak diberikan skrin oleh ayah dan ibu mereka ketika waktu makan. Saya sendiri kagum dengan usaha ayah dan ibu ini untuk memanusiakan anak mereka walaupun sudah tentunya mencabar.
Syabas diucapkan kepada ayah dan ibu lain yang turut sama berusaha.
Noor Afidah Abu Bakar Parent Connect Consultancy
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai yang sayangkan ‘Abah!’ Ramai yang mahukan beliau menjadi pemimpin negara ini. Malah dilaporkan, 20 Ahli Parlimen BN yang menang PRU-15 didakwa menyatakan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri ke-10.
Kesemua Ahli Parlimen tersebut sedia menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menyokong ”Abah” menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
BAPA KEBAJIKAN RAKYAT
‘Abah Muhyiddin’. Gelaran sedemikian sebenarnya sudah cukup menunjukkan penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) ini.
Beliau menjadi Perdana Menteri ke- 8 di kala negara terkesan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.
Masih ingat lagi, hanya selepas 16 hari menerajui pentadbiran negara, beliau mengambil langkah drastik mengisytiharkan PKP bagi mengekang penularan COVID-19 dan 11 hari kemudian mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang menawarkan pelbagai bantuan kepada rakyat dan pihak industri yang terkesan dengan COVID-19 termasuk Bantuan Prihatin Rakyat.
Memetik laporan Bernama, penganalisis politik Md Shukri Shuib pernah menyifatkan Parlimen Pagoh itu sebagai Bapa Kebajikan Rakyat, dek pelbagai bantuan diberikannya kepada rakyat bagi membantu mereka menongkah arus kemelesetan ekonomi ekoran COVID-19 yang sedang melanda negara.
Bahkan beliau beranggapan Muhyiddin sebagai ‘man of actions’, iaitu pemimpin negara itu mempamerkan personaliti yang bijak dan lebih banyak bekerja daripada bercakap kosong menyebabkan beliau disenangi rakyat, apa lagi dengan perwatakan sebagai ‘figura bapa’.
INI 21 MANIFESTO PN ADA KELEBIHAN TERSENDIRI UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT
Kolam takungan Taman Seri Alam pecah lagi, limpahan air masuk dalam rumah. Penduduk di Taman Seri Alam, Saujana Utama sekali lagi dikejutkan dengan kejadian kolam takungan pecah yang berlaku untuk kali ketiga pada awal pagi Rabu.