Bagi yang mengenali pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin semestinya mengetahui kisahnya yang berjuang untuk mendapatkan rezeki zuriat.
Baru-baru ini, Siti Elizad berkongsi rasa gembira dan terharunya atas keprihatinan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menitipkan doa supaya dikurniakan zuriat.
Perkara ini dikongsikan olehnya di laman Instagram yang mengatakan Tuanku Azizah bukan sahaja mendoakan, tetapi turut mengusap perutnya sekali gus berkongsi berkat selepas baginda pulang dari mengerjakan ibadah haji.
“Terima kasih Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas keprihatinan dan doa indah daripada TuanKu yang tak henti-henti dari dulu lagi,” tulisnya.
Ads
Hantaran tersebut memaparkan beberapa keping gambar Siti Elizad dan baginda bertemu di sebuah acara golf amal di Impian Golf & Country Club, Saujana Impian, Kajang.
Pada masa sama, penyampai radio Sinar FM itu memohon doa orang ramai agar dirinya dapat memiliki cahaya mata selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya dan juga rakan artis mengaminkan doa berkenaan. Malah, mereka juga sempat menitipkan kata-kata positif buat Siti Elizad
Ads
Sebelum ini, Siti Elizad pernah menerima panggilan Tunku Azizah yang berkongsi pengalaman melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam usaha untuk memperoleh cahaya mata.
Difahamkan, baginda yang juga Penaung Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) menempuh perjalanan rawatan tersebut sebanyak 17 kali.
Sumber: Instagram Elizad Sharifuddin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Betul ker refinance rumah ni bantu selesai hutang tak surut-surut. Nampak ia jalan yang mudah untuk hidup bebas hutang dengan cepat.
Namun disebaliknya kena faham dengan jelas strategi refinance rumah ni. Bagi yang bercadang nak buat begini, ikuti nasihat Mentor Hartanah, Faizul Ridzuan dengan lebih lanjut.
REFINANCE RUMAH? PERLU KE?
Rumah dah beli 10 tahun lepas, value dah makin tinggi, like pun dah bukan-bukan, patut ke tidak buat refinancing?
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
First kena tahu juga, untuk apa anda nak buat refinancing ni?
Antaranya:
– Kurangkan kadar faedah dan ansuran rumah dari sebelum ni. – Untuk disatukan dengan hutang lain (debt consolidation) – Pendekkan tempoh loan – Nak dapatkan cash melalui equity semasa yang ada pada hartanah
Mungkin ada yang cakap tak perlu, bazir masa nak cari lawyer, cari banker apa semua.
Kami dulu ada klien yang terdesak sebab hutang bertimbun, hampir kena panggil AKPK, kini dapat kurangkan komitmen bulanan dengan refinance rumah.
Nak refinance ni, kita kena rajin survey pada banker untuk dapat nilai tertinggi hartanah kita tu, paling tinggi boleh dapat hingga 90% harga pasaran.
Klien yang saya maksudkan tadi, gaji not bad, tiap-tiap bulan RM6,000, tapi total hutang bulanannya sampai RM5,000 (bayar rumah, kereta, personal loan dan kad kredit). Ada RM1,000 je untuk buat belanja makan dan lain-lain.
Lepas buat refinancing, dapat loan baru dengan 90% market price, dia terus langsaikan semua hutang jahat. Sekarang dari RM5,000 sebulan, komitmen bulanan dia terus jadi RM1,700 je. Jauh kan beza?
Sebab itulah penting untuk belajar macam mana nak tutup hutang jahat dengan hutang baik. Sekarang, komitmen dah sikit, baru ada ruang sikit nak ‘bernafas’
Apa-apa pun, kena tanya diri sendiri juga, untuk apa anda nak buat refinancing ni? Kalau rasa kesihatan kewangan tu stabil, boleh bayar komitmen tiap-tiap bulan, tak buat pun takpe.
Tapi kalau rasa hutang tak surut-surut sampai efek belanja bulanan, nak tidur malam pun susah, bolehlah cuba refinance rumah tu.
Duit banyak ditambahkan hidup bahagia pasti menjadi idaman sebuah keluarga tetapi bukan semua dapat menikmati keindahan hidup suami isteri. Suami pasti ada cara untuk memuaskan dan membahagiakan hati isteri begitu juga sebaliknya.
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT SUAMI GEMBIRA :
1. Jaga makan minumnya
2. Tidur dengannya
3. Biarkan dia dengan ketenangan
4. Jangan memeriksa telefonnya
5. Jangan mengganggu ppergerakannya
CARA MEMBUAT ISTERI PUAS & GEMBIRA :
Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi..
Untuk membuat wanita bahagia, seorang lelaki hanya perlu jadi :
1. Rakan
2. Teman
3. Kekasih
4. Saudara
5. Bapa
6. Induk
7. Tukang masak
8. Juruelektrik
9. Tukang paip
10. Mekanik
11. Seorang tukang kayu
12. Penghias
13. Stylist
14. Sexologist
15. Pakar sakit puan
16. Ahli psikologi
17. Pembasmi perosak
18. Psikiatri
19. Penyembuh
20. Pendengar yang baik
21. Penganjur
22. Bapa yang baik
23. Sangat bersih
24. Bersimpati
25. Olahraga
26. Pemanas
27. Pemberi perhatian
28. Gagah
29. Pintar
30. Lucu
31. Kreatif
32. Penggoda
33. Kuat
34. Pemahaman tinggi
35. Toleransi tinggi
36. Berhemat
37. bercita-cita tinggi
38. Mampu
39. Berani
40. Pembuat keputusan
41. Berkata benar
42. Boleh dipercayai
43. Bersemangat
TANPA lupa untuk:
44. Kerap memberi pujian
45. Pergi membeli-belah dengannya
46. Jujur
47. Menjadi sangat kaya
48. Tidak terlalu menekan
49. Tidak melihat perempuan lain
DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:
50. Memberikan banyak perhatian kpdnya
51. Memberikan banyak masa kpdnya terutama masa untuk dirinya sendiri
52. Memberi beliau banyak ruang
53. Tidak pernah imbang tentang di mana dia pergi.
Namun yang paling penting.
INI SANGAT PENTING
54. Tidak pernah lupa hari lahirnya
55. Tidak pernah lupa hari ulang tahun perkahwinan
56. Mesti alim dan
57. Tolong buang sampah dan
58. Cuci keretanya
59. Bayar cukai jalan dan
60. Bawa melancong dan
61. Jangan LEBIH tidur dan
62. Makan habis2 masakan dia dan
63. Bila nak tidur cakap i luv u dan
64. Berhenti membaca akhbar @ memberi perhatian apabila dia bercerita dan beberapa lagi..
Dan oh ya anda juga perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa tertentu untuk menyelamatkan beliau…
Kepada suami yang sudah bekerja kuat jangan lupa bawa isteri pergi umrah sebagai menghargai kesetiaannya.
Sumber: denaihati.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jom berinteraksi dengan pelbagai haiwan termasuk memberi makan dan menyentuh haiwan! Bukan itu sahaja, anak-anak dapat mengenali nama tumbuh-tumbuhan! Sesuai sangat buat keluarga yang sukakan percutian berkonsepkan flora dan fauna!
Selalunya pemilihan destinasi percutian adalah pantai, tempat sejuk dan taman tema. Namun, tidak ramai yang menyedari bahawa destinasi percutian berkonsepkan alam semula jadi memberi impak yang positif pada anak dan merehatkan minda.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Sambil bercuti, anak-anak dapat banyak manfaat. Bahkan mempunyai pengaruh besar dalam perkembangan kanak-kanak dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Salah satu destinasi percutian yang kini meraih perhatian ramai adalah The Bentong Farm yang terletak di Bentong, Negeri Pahang. Destinasi percutian ini terletak hanya 8 minit dari bandar Bentong dan dalam masa 1 jam dari Kuala Lumpur.
BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN
Percutian dengan alam semulajadi pasti tidak akan menghampakan anda seisi keluarga. Persekitaran alam semulajadi dan landskap yang indah di mana seseorang dapat melarikan diri dari kesibukan bandar ke kedamaian dan ketenangan. Ladang ini dengan keluasan 27 ekar dengan air terjun, kolam dan sungai pastinya memberikan aura rasa ketenangan.
The Bentong Farm ini dikelilingi lebih daripada 60 spesies pokok buah-buahan dan sayur -sayuran tempatan. Sepanjang berjalan di sini, pengunjung pasti terpesona pelbagai jenis tanaman. Lebih teruja apabila setiap pokok ditanda dengan nama. Sesuai sangat untuk pembelajaran anak-anak.
Paling menarik, di pintu masuk terdapat replika durian terbesar mengikut buku rekod Malaysia. Kelihatan juga replika gergasi akar halia dan buah manggis. Replika buah-buahan ini menjadi tarikan utama pengunjung untuk merakamkan momen manis ketika berada di sini.
Selain pemandangan nan menghijau, turut dipamerkan objek kebudayaan Orang Asli seperti rumah tradisional yang dibina dengan buluh sepenuhnya, tanpa menggunakan sebarang paku.
HAIWAN
Terdapat lebih dari 100 spesis pelbagai jenis haiwan yang jinak dan esksotik seperti Monyet White Eared Marmoset, Kerbau berwarna merah jambu (Albino), South American Camelid Mammal-Alpaca, Pygmy Buffalo, Pygmy Donkey, friendly small Shetland Pony, Burmese Python dan banyak lagi.
Pastinya kunjungan bersama keluarga ke sini memberikan pengalaman yang cukup luar biasa. Mana tidaknya, sesetengah haiwan peliharaan di sini dilepaskan begitu sahaja, lebih dekat dengan pengunjung. Yang seronoknya, anak-anak anda boleh menyentuh, membelai dan memberi makan haiwan-haiwan ini.
ANUGERAH
The Bentong Farm adalah tempat yang ideal untuk acara keluarga, lawatan sambil belajar atau yang inginkan destinasi jauh dari dari kesibukan kehidupan bandar. Sehubungan itu, baru baru ini, ia juga memenangi anugerah itu sebagai ‘Destinasi Pelancongan Agro Terbaik’ oleh MATA dan Santai Travel. Juga juga diakreditasi oleh Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA)
WAKTU OPERASI
Ramai yang suka bawa anak-anak ke sini kerana harga tiketnya yang sangat berpatutan dan murah berbanding tempat lain. Untuk pemegang MYKad, harga promosi untuk dewasa RM48, kanak-kanak RM38 dan warga emas RM38. Harga biasa dewasa RM68, kanak-kanak dan warga emas adalah RM58. Waktu operasi hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Hari Sabtu & Ahad, cuti umum dan cuti sekolah bermula 9.30 pagi hngga 6.00 petang. Tutup setiap hari selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah.
Tunggu apa lagi, jom datang ke sini bawa seisi keluarga! Nak tahu info lebih lanjut ikuti FB: The Bentong Farm Malaysia, Insta: The Bentong Farm Malaysia & TikTok: TheBentongFarmMY
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...