Sebak Lihat Sekumpulan Pelajar Kongsi Makanan, Tindakan Cikgu Ini Buat Warganet Meruntun Jiwa

Share

Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Itulah perumpamaan yang paling sesuai dalam menggambarkan jasa dan pengorbanan guru untuk memastikan pelajarnya berjaya.

Biarpun pandemik yang melanda, mereka tetap berusaha memberikan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dengan sempurna. Bahkan begitu juga menjaga kebajikan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama.

Terdapat pelajar yang tinggal di asrama menghadapi masalah kewangan setelah ayah dan ibu kehilangan pekerjaan.

Situasi itu turut dialami oleh seorang guru, Mohamad Yusof Sulehin dari Sekolah Menangah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor yang sebak melihat sekumpulan pelajar berkongsi makanan.

Atas kesedaran itu, beliau mengambil inisiatif  dengan mewujudkan tabung makanan atau Food Bank di asrama sekolah berkenaan bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan. Biarpun asrama menyediakan makanan mengikut jadual yang telah ditetapkan, namun bank makanan ini sebagai makanan tambahan buat pelajar yang kurang berkemampuan.

______________________________________

SEBAK LIHAT PELAJAR YANG SUSAH

Masa saya naik round asrama, saya tengok ada 4-5 orang budak tengah berkumpul dalam gelap. Saya ingat dorang tengah buat apa. Geram juga saya. Rupanya dorang tengah berkongsi makan maggi. Mula-mula saya nak marah juga sebab dah malam-malam tak tido lagi tapi kesian pulak saya tengok anak-anak murid saya ni. Kadang tak boleh nak salahkan dorang jugak. Yelah, budak nak membesar memang cepat lapar.

Budak asrama saya ni bukan semua datang daripada keluarga kayangan. Ada budak yang ayahnya kerja bawa teksi, ada budak yang mak ayah bercerai, ada budak yang ayahnya kena buang kerja. 

Kadang bila ada budak yang kaya sikit bawak makanan sedap-sedap, terliur jugak anak-anak yang kurang berkemampuan ni. Dulu saya pun pernah melalui kenangan ni

Jadi, atas niat nak membantu tercetuslah idea ‘Food Bank’ ni. Tujuan saya ialah anak orang kaya ke, anak orang miskin ke, semua boleh makan makanan bersama-sama. Pada saya, sekolah/asrama bukanlah tempat untuk murid berlapar.

SEKOLAH ASRAMA BUKAN TEMPAT MURID BERLAPAR

Bila dah start projek ni, saya ada tanya respon anak murid saya. Dorang kata; ‘cikgu buat sama macam idola kami, Ebit Lew la cikgu..’. Bahkan ada budak yang berminat nak bincang dengan keluarga nak buat food bank kat rumah dorang.

Terharu juga saya  Saya doakan semoga bila dorang dah besar nanti tak kisahlah dorang kerja apa sekalipun, biar dorang jadi manusia yang menyumbang sesuatu untuk masyarakat. Tak banyak, sikit pun jadilah. Sebab mentaliti nak tolong sesama manusia ni kalau dipupuk daripada awal mungkin lepas ni susah dah kita nak jumpa orang susah. Sebab bila ada orang susah je semua pakat nak bantu. Biar semua orang ada mentaliti nak tolong orang lain macam Ustaz Ebit Lew. Ni yang saya cuba pupuk pada anak-anak murid saya.

Saat ada orang kondem cikgu-cikgu makan gaji buta, sebenarnya saya nak bagitau ramai je cikgu-cikgu yang bantu bagi makan budak-budak susah yang takde duit nak makan kat kantin, bayarkan yuran asrama budak-budak susah, belikan peralatan menulis percuma untuk budak SPM, bahkan ramai juga yang aktif bagi bantuan buat keluarga yang terkesan masa PKP ni. Contoh terbaik ialah Cikgu Mohd Fadli Salleh.

Hanya yang kenal siapa ‘cikgu’ sahaja tahu macamana baiknya ‘cikgu-cikgu’ kat Malaysia ni. Kalau betul dorang kenal cikgu, takkan ada yang sampai hati nak ketawakan cikgu dia

Nak minta rakan-rakan bantu saya share status ni supaya lebih ramai orang sedar apa sebenarnya yang cikgu buat masa PKP ni bukan just makan gaji buta. Dan, semoga lebih banyak sekolah/asrama boleh laksanakan idea ‘Food Bank’. Saya ulang sekali lagi; ‘sekolah/asrama bukanlah tempat untuk murid berlapar!’.

WARGANET SEBAK

Dalam pada itu, warganet meluahkan rasa sebak dan menyokong usaha murni guru berkenaan.

“Terharunya..kalau lh pd zaman sy ada mcm ni kn best..pernah merasa ikat perut zaman asrama dulu..duitpun cukup2 je nenek bekalkn utk tambang pergibalik dgn keretapi.

“Saya pun baru tahu..cikgu kelas anak saya share2 bayar prepaid untuk pelajar yang tak  berkemampuan untuk online.

“Teringat duduk asrama..malam memey lapar..biskut kering pun habis licin.

“Teringat zaman sek dok asrama. Bila kawan-kawan family datang bawak makann sedap kita yang tak da family ni rasa tepinggir sesangat. Faham sangat perasaan anak-anak ni.

Sumber: Muhammad Yusof