Sebak! Kapal Selam KRI Nanggala-402 Ditemui Pecah Dasar Laut, 53 Kru Kapal Disahkan Meninggal Dunia.

Share

Khabar duka di bulan Ramadan, akhirnya misteri kehilangan kapal selam KRI Nanggala-402 akhirnya terjawab ditemui pecah di dasar laut di perairan Bali.

Susulan insiden tersebut, kesemua 53 kru kapal selam telah disahkan meninggal dunia oleh Ketua Tentera Indonesia iaitu Hadi Tjahjanto.

Sejak KRI Nanggala-402 dipercayai hilang sejak 21 April lalu, seluruh Indonesia termasuk Malaysia memberi tumpuan kepada tragedi ini.

Menurut Ketua Tentera Laut Indonesia iaitu Yudo Margono mengesahkan kapal selam berkenaan ditemui pecah ke tiga bahagian.

Pihak berkuasa tempatan menerima isyarat dari lokasi pada kedalaman lebih 800 meter dengan menggunakan kapal selam penyelamat milik negara Singapura untuk mendapatkan pengesahan visual di dasar laut.

Tentera Laut Indonesia turut mengesahkan penemuan serpihan daripada kapal selam itu termasuk barangan dari dalam aset, sebuah sauh dan sut keselamatan dipakai oleh kru. Antara barangan lain ditemui adalah serpihan sistem torpedo, sebotol minyak pelincir periskop dan sejadah yang digunakan untuk solat.

Sumber: Berita Harian