Setiap ada manusia mempunyai kepayahan dalam hidupnya. Bagi yang diberikan kesenangan, masalah kewangan tidak menjadi masalah utama. Bagi yang sukar hidupnya, tentu masalah kewangan cabaran untuk kehidupan.
Begitulah yang dialami oleh Doktor ini, secara tak sengaja beliau melalui pengalaman apabila wang ringgit walaupun sedikit begitu bermakna untuk seseorang itu meneruskan kehidupannya walaupun hanya RM20!
Sebak kisah ini. Ikuti perkongsian ini.
Gambar hiasan
Beberapa hari lepas, saya makan mi goreng di sebuah restoran berhampiran klinik saya. Entah kenapa hari tu tukang masak tu buat pedas sangat. Meleleh air mata, hidung pun jadi berair.
Saya toleh kiri kanan, cari tisu. Tak ada pula tisu atas meja. Nasib baik ada penjual tisu sedang berlegar sekitar meja di luar restoran. Saya terus panggil.
“Seringgit,” kata dia sambil letak sepeket tisu atas meja.
Saya keluarkan dompet dan lihat hanya ada duit RM20 dan RM50. Periksa duit syilling, ada 20sen sahaja. Jadi, saya hulur RM20.
“Ada duit kecil tak? Saya ada 3 ringgit je ni” ujar si penjual.
Alamak! Macam mana ni? Nak beli ke tak nak?
Ads
Oleh kerana dan panggil penjual tisu tu, saya rasa bersalah pula nak cakap tak jadi beli, lagi pun dah tak selesa sangat dah hidung saya ni. Hingus dah meleleh.
Dengan berat hati, saya hulur RM20 pada dia dan kata “tak payah pulang baki.”
Dia nak beri saya semua tisu yang dia ada. Ada dalam 10 peket yang dia bawa. Saya kata saya perlu 1 sahaja. Kemudian dia beredar.
Saya sambung makan. Masa makan tu, rasa macam rugi pula. Sepatutnya saya bayar mi goreng, bakinya nanti bayarlah tisu tu. Entah kenapa kalut sangat tadi.
Ads
Tak pasal-pasal penjual tu dapat RM19 gitu sahaja.
Hati jadi tak tenang fikirkan benda tu. Makan pun jadi tak best. Sempatlah terfikir ni semua salah tukang masak tu sebab buat mi pedas sangat.
DUIT DERMA TADI BUAT BELI UBAT ANAK
Selepas habis makan saya balik ke klinik. Jalan kaki sahaja. Dekat sangat. Sampai klinik, saya lihat penjual tisu tu sedang beli ubat di klinik saya.
Saya tegur dia “Siapa sakit?”
Ads
“Anak saya. Dah 3 hari demam dan batuk. Terima kasihlah beri saya duit tadi.
Dapatlah saya beli ubat untuk anak saya. Allah je dapat balas,” jawab dia.
Zas! Masa tu rasa macam hati saya kena cili. Pedih! Tak sepatutnya saya tadi menyesal halalkan duit saya, kerana ia hal yang baik.
Hanya kerana RM20, saya telah buruk sangka pada penjual tisu dan marah pada tukang masak. Tuhan tunjuk betapa mudah hati dihitamkan oleh duit.
Perbuatan baik yang kita buat, tapi kalau dengan hati yang hitam, hasilnya mungkin sia-sia. Saya dapat balik duit saya, tapi mungkin tiada pahala saya bersedekah.
Itulah dia, nak sangat duit, maka dapatlah duit. Hanya ada nilai di dunia. Jika saya ikhlas tadi, pasti dah dapat sesuatu yang ada nilai di ‘sana’.
“Umur 29 anak 7 orang. Alhamdullah rezeki kahwin muda.” Sebuah perkongsian menarik sebuah keluarga yang mempunyai anak seramai tujuh orang. Malah, menurut puan Anna Mukhtar menerusi grup Kami Suri Rumah, beliau melahirkan rasa syukur dapat mendirikan rumahtangga pada usia yang muda iaitu ketika berusia 16 tahun, manakala suami 24 tahun.
Malah beliau juga tidak menolak jika dikurniakan zuriat lagi pada masa akan datang. Nyata mempunyai anak ramai bukan satu perkara yang sukar. Apa yang pasti anak yang ramai itu bukan suatu bebanan tetapi itulah sebenarnya ia memartabatkan sebuah keluarga itu.
Ikuti perkongsian mengenai keluarga besar beliau.
Gambar kenangan masa kawin dlu..masa ni umo baru 16 thun suami 24
Ada ka dalam grup ni sama macam Anna. Meh share sikit. Anna umur 29 anak 7 orang. Alhamdulillah rezeki kawin muda. Tak pernah rasa mnyesal kawin muda.
NAK TAMBAH LAGI ANAK
Kadang ada orang tanya tak rugi ka muda-muda anak dah ramai. Tak dah enjoy la apa. Hihi bagi Ana kehidupan sekarang lebih bahagia dari sebelom berkahwin dulu.
Happy bahagia sangat dengan anak-anak ramai macam ni.
Kalau boleh nak cukupkan 10 org. Tapi insyAllah kalau ada ada rezeki doa-doa kan amin..
ANAK BUKAN BEBAN TAPI REZEKI
Setiap anal ada ada rezeki dia. Insyallahh aturan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Percaya yakin dengan ketentuan. Pedulikan apa orang kata. Biasalaa anak kecil memang penat sikit kan tapi InsyaAllah senang dihari tua. Yang penting mental fizikal kena kuat. Jangan pernah mengalah. InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita.
Umpama dibadai Tsunami, begitulah yang dapat digambarkan keadaan kira-kira 100 buah rumah atas air di Kampung Forest, Sandakan, apabila musnah selepas dipukul ombak ekoran fenomena air pasang besar baru-baru ini.
Memetik laporan Bernama, difahamkan lebih 100 buah rumah musnah dan dianggarkan 500 buah rumah lagi terancam dipukul ombak berikutan air laut pasang besar malam tadi di kawasan setinggan di Kampung Forest, Sandakan, Sabah.
Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan hari ini, sebanyak 29 keluarga melibatkan 162 orang termasuk 53 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2.
Jumlah mangsa dijangka meningkat memandangkan proses pendaftaran masih dijalankan.
Rumah Tempat Belajar Al Quran
Susulan berita yang mendukacitakan ini, turut terpanggil saudara Muhammad Ruslee berkongsi kisah tentang sebuah rumah yang masih tegak berdiri meskipun rumah sekelilingnya banyak yang musnah.
Siapa sangka rupa-rupanya rumah yang ditanda dengan anak panah ini adalah rumah tempat anak-anak kampung tersebut belajar mengaji.
“Rumah yang ada anak panah itu adalah rumah akak abang ipar ana. Yang mana rumah ni adalah tempat anak-anak kampung kat situ datang untuk mengaji iqro & al-quran itulah rutin anak-anak kampung setiap hari.
“Ana terdiam , abang ipar ana dari semalam bertungkus lumus sampai kesiang bantu family ..akak nya adalah seorang guru ugama yang siang malam mendidik anak-anak kampung yang tinggal kat situ ngaji iqro sehingga naik Al-quran,” jelas Muhammad Ruslee di akaun facebooknya.
Tambahnya lagi, “Disekelilingnya habis bersih rosak akibat dipukul ombak semalam .Dan satu-satunya rumah kat tengah² tuh masih macam tuh…
“Ya Allah pelihara keluarga ni kerana siang malam mendidik ummah terutama anak-anak tanpa ada bayaran ….Ya allah ampuni keluarga ni..luaskan rezeqi mereka yang diuji saat ini ….Ya allah ampuni mereka campakkan kesabaran di atas ujian mu ini dihati semuanya..”
Siti Sarah semalam selamat melahirkan bayi lelaki pramatang secara pembedahan petang. Dalam perkongsian terbaru, Shuib Sepahtu berkata mereka sepakat memilih nama Ayash Affan untuk cahaya mata keempat itu.
Shuib turut meminta orang ramai mendoakan agar bayi mereka itu terus sihat dan dapat bertahan dalam masa dua bulan ini. Katanya, isterinya yang mahukan anak mereka itu diberi nama tersebut.
“Alhamdulillah sedikit perkembangan terkini untuk Ayash Affan. Dr Faiz dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagitahu, pagi ini dia dah buka mata, kaki dah menendang-nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan baby stabil.
“Sarah yang nak sangat beri nama Ayash Affan. Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh. Doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini,” katanya.
Dalam masa sama, Shuib juga memanjatkan rasa syukur atas perkembangan tersebut dan mengucapkan terima kasih untuk doa-doa yang dikirimkan orang ramai kepada isteri dan anaknya.
“Ya ALLAH syukur. Ini juga berkat doa anda semua yang tak henti-henti mendoakan kesihatan Ayash.
“Saya balikkan doa-doa kalian. Semoga anda juga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik dan terhindar dari segala kemudaratan. Insya-ALLAH,” katanya.
Mengakui dia hampir hilang pertimbangan di atas apa yang berlaku, bagaimanapun, Shuib berkata dia reda di atas segala kemungkinan dan ujian.
“Tipu la kalau cakap saya ni okay… 10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya, dia banyak mendoakan saya.
Kini saya sangat berlapang dada, tadi saya almost lost dan tercari-cari. Saya reda dengan ujian Allah ni, akan ada kebaikan nanti.
“Saya buka mata, buka hati saya untuk apa saja yang berlaku lepas ni… walaupun benda itu tidak baik tapi itu adalah yang terbaik buat keluarga saya,” ujarnya.
SUMBER: MSTAR ONLINE
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini mengumumkan bantuan tunai RM10,000 kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya dalam tragedi letupan paip gas di Putra Heights pada 2 Syawal lalu.