
Tular beberapa foto menyaksikan seorang lelaki berpakaian uniform anggota keselamat sedang membelai seekor haiwan dalam situasi yang meruntun jiwa.
Difahamkan lelaki berkenaan akan menamatkan perkhidmatan bermakna akan berpisah dengan anjing yang sebelum ini setia berkhidmat dengannya.
Ikuti lanjut yang dikongsikan oleh Syahril A. Kadir.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Kasih manusia dengan haiwan, tak semua orang akan dapat.
Ini merupakan tahun terakhir anjing Tentera Darat Malaysia bernama Loki ini menyertai perarakan Hari Kebangsaan bersama tuannya, Micro Junior.
Ini kerana tuan Micro Junior bakal meninggalkan pasukan tentera kerana tempoh perkhidmatan beliau akan berakhir.
Loki bakal bersama tuan barunya selepas ini, namun sudah pasti ia takkan sama lagi walaupun patah tumbuh hilang berganti…
Sumber: FB Syahril A. Kadir
📸: FB Panggilan Pertiwi
P/s: Semoga Loki dapat tuan baru yang dapat menyayangi dan jaganya sebaik mungkin
Sumber: Syahril A. Kadir
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Gara-Gara Ibu Selalu ‘Paksa’ Masuk Dapur, Farah Nabilah Jadi Minat Dan Teringin Ada Program Masakan Sendiri.

Namanya mula meniti dibibir peminat usai lakonannya dalam drama adaptasi Titian Cinta bersama aktor kacak, Zul Ariffin. Populariti mendadak itu membuatkan dia cuba untuk seimbangkan antara kerjaya, keluarga dan juga rakan-rakan.
Jujur mengakui ‘perhatian’ yang diperoleh itu sedikit sebanyak membuatkan kehidupannya sedikit ‘berubah rentak’. Namun pemilik nama Farah Nabilah, 26 menerima rezeki dengan penuh kesyukuran.
“Saya anak sulung dari enam beradik. Sejak dahulu ke mana sahaja famili pergi, pasti saya ketinggalan untuk turut serta. Kami selalu bersama baik bercuti atau keluar jalan-jalan. Namun, apabila saya terbabit dalam bidang ini, kehidupan keluarga yang sebelum ini ‘low profil’ turut menerima tempias.
“Tetapi saya selalu cakap itu adalah asam garam yang perlu kami lalui memandangkan saya sudah berada dalam bidang ini. Famili memahami dan tidak mempunyai sebarang bantahan. Sebaliknya mereka memberi sokongan sepenuhnya. Setakat ini, saya masih boleh handle situasi dan selalu cakap pada famili hati-hati dalam apa jua yang kami lakukan pasti ada mata yang memandang.
“Kalau diikutkan minat saya bukanlah dalam bidang lakonan kerana saya lihat sendiri betapa susahnya pelakon terpaksa berjaga shooting habis lewat pagi. Rumah saya pernah dijadikan lokasi shooting jadi daripada situ saya tahu betapa susahnya nak jadi pelakon. Saya lebih suka buat commercial, namun krew waktu itu selalu juga offer, dan saya pun cubalah watak sampingan untuk drama di bawah arahan Rashid Sibir iaitu tanah kubur.
“Namun, saya kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti dan fokus pada pengajian Ijazah dalam bidang Psikologi. Selepas tamat pengajian, saya mendapat tawaran berlakon dan membawa watak utama tetapi tidak mendapat tempat di hati peminat. Sehinggalah drama Titian Cinta mengubah segalanya. Selepas itu, alhamdulillah tawaran tidak putus-putus,” Ujar Farah yang memulakan langkah dalam bidang pengiklanan sejak berumur 16 tahun lagi dan antara iklan yang dilakukannya termasuklah Safi, Proton, Pizza Hut dan banyak lagi.
Kursus jangka pendek
Demi memastikan lakonannya mendapat tempat dihati peminat, Farah sanggup mengambil kursus jangka pendek. Sementelah dia pernah ‘direject’ dengan alasan perlu lebih banyak belajar lagi dalam bidang tersebut.
“Waktu itu, saya hanya membawa watak sampingan namun tidak berputus asa jauh sekali terasa dengan kritikan tersebut. sebaliknya, setiap kritikan buat saya bertambah semangat untuk perbaiki segala kekurangan. Kerana itu, saya mengambil keputusan untuk mengambil kursus singkat selama tiga hari di bawah selian Fauziah Nawi demi Titian Cinta. Waktu itu saya mahu siapkan diri memandangkan cerita ini ‘heavy’ ditambah pula berlakon dengan pelakon terkenal Zul Ariffin dan pelakon lain.
“Selain aktif dalam bidang seni, saya juga ingin membuka bisnes sendiri dalam bidang skincare. Walaupun saya tahu persaingan sengit, namun saya tahu semuanya bergantung pada rezeki seseorang. Sejak dahulu lagi sudah terdedah pada bisnes memandangkan keluarga saya berada dalam bidang yang sama. jadi, daripada situ timbul idea untuk buat bisnes bersama,”ujar Farah yang menolak anggapan kononnya dia memilih membuka bisnes semata-mata kerana populariti dan kesempatan ketika nama di atas.
Suka memasak
Status anak sulung yang disandang membuatkan dia selalu ‘dipaksa’ ibunya untuk masuk dapur. Daripada situlah timbul hobi memasak. Farah selalu mencuba resipi baru dan keluarga dan rakan-rakan menjadi ‘mangsa’ untuk merasa.
“Saya suka memasak dan kalau boleh mahu ada program sendiri dalam bidang ini. Tetapi setakat ini hanya masih dalam angan-angan belum tahu bila akan direalisasikan. Sebelum berlakon, saya bercita-cita menjadi psikitris. Kerana itu saya memilih bidang Psikologi berkenaan ketika di universiti. Bahkan, bidang ini banyak bantu saya dalam lakonan.
“Bidang ini seronok sebenarnya dan saya mahu didik orang tentang klinikal psikologi ini. Kalau di luar negara, kerjaya dalam bidang ini dibayar gaji lumayan tetapi di negara kita benda ini masih baru dan tidak ramai yang mahu terbabit dalam bidang ini,”jelas Farah yang tidak menolak andai suatu hari nanti bidang Psikologi menjadi pilihan kerjayanya.
Sumber: majalah Keluarga Jan-Mac 2018
Tip Penting Untuk Jaga Mesin Basuh, Jangan Buat Ini Kalau Tak Nak Mesin Basuh Cepat Rosak

Kini mesin basuh sudah menjadi keperluan bagi setiap rumah. Malah pelajar-pelajar pun sudah tidak membasuh baju dengan tangan sebaliknya menghantarnya ke dobi.
Walaupun harganya yang tinggi, namun ianya akan cepat rosak jika tidak digunakan dengan betul.
Kebanyakan orang selalu melakukan perkara-perkara ini tanpa mengetahui bahawa ianya akan membebankan mesin basuh dan membuatnya akan cepat rosak.
Sebenarnya cara kita menggunakan mesin basuh itu juga memainkan peranan penting terhadap jangka hayatnya. Oleh itu, jom ikuti perkongsian penulis mengenai tips jaga mesin basuh supaya jangka hayatnya lebih lama.
1. Jangan bebankan mesin dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Ikut cadangan pengeluar mesin.
2. Matikan suis soket sesekali selepas digunakan. Ini kerana apabila terlalu lama dalam keadaan standby, computer board akan menjadi semakin panas. Selain itu, selepas mengeluarkan baju, tutuplah suit soket.
3. Masukkan air panas kira-kira 5 minit dijerang ke dalam tub mesin dalam sebulan sekali. On mesin dalam jumlah mode basuhan minima untuk mencuci tub dan saluran buang air. Elak tersumbat yang boleh merosakkan injap buang.
4. Jika putaran mesin semakin lemah dari sebelumnya, ini bermakna belting telah longgar. Kalau pandai, ambil spanar tegangkan di bahagian bawah mesin. Jika tid
5. Andai kata air masuk semakin slow, buka bahagian paip air masuk. Mungkin ada filter tersumbat di situ.ak reti, upahlah sesiapa. Kos upah biasanya dalam lingkungan RM 10 – 20.
6. Namun, jika air masuk ok tapi air keluar tak boleh, ini bermakna valve buang air tersekat mungkin kerana tersangkut duit syiling, objek keras atau sebagainya. Jika semakin lama dibiarkan, ia boleh merosakkan computer board.
Jadi, cuba amalkan 6 tips di atas jika anda ingin menjimat duit daripada membeli mesin basuh baru hanya selepas beberapa tahun diguna. Penggunaan mesin basuh perlulah cermat supaya ia tahan lebih lama. Semoga Bermanfaat!
Latih Anak Lakukan Kerja Rumah. Ini Jadual Ikut Umur.

Jika anak dibiarkan menjadi “RAJA” di rumah, kelak sikap tersebut akan terbawa sehingga dewasa dan sukar untuk diubah.
Sebab itu juga masyarakat kini masih gagal menjaga kebersihan, masih membuang sampah merata dan tidak menjaga kebersihan tandas.
Kerana di rumah mereka sendiri, sikap tersebut tidak pernah diamalkan!
Latih anak untuk melakukan kerja rumah, biar mereka tahu tanggungjawab menjaga kebersihan. Ia juga penting untuk perkembangan dan peralihan ke alam dewasa apabila mereka mula hidup sendiri.
Sumber: Public Health Malaysia