Anak sulung cinta pertama kita sebagai ibu ayah, daripadanya kita cuba belajar menjadi ibu bapa yang terbaik dan kita semua akui anak sulung jugalah tempat kita bergantung harap untuk membantu menjaga adik-adiknya.
Pun begitu sedar atau tidak, dalam kita merasakan bertuahnya anugerah anak sulung ini dalam hidup kita, namun kerapkali terjadi kita jugalah yang membuatkan anak sulung merasa tersisih. Dalam diam, jiwa anak sulung ‘dilukai’ oleh tindakan ibu ayahnya sendiri.
Tak Sangup Lihat Anak Kecil Menangis
Baru-baru ini tular satu perkongsian video di TikTok yang memberi impak kepada orang ramai. Meskipun kisah ini macam biasa sahaja namun kesannya menyentuh ke hati dan menyedarkan ramai pihak terutamanya kita yang bergelar ibu dan ayah.
@faiz.hayaza #repost #childmentalhealth #siblingrivalry #hargaianak #siblinggoals #psychology #childhoodmemories #childhood #childpsychology ♬ Tertawan Hati – Awdella
Kisahnya adalah berkenaan seorang ayah dikatakan merampas belon kepunyaan anak sulung lalu diberikan kepada si adik. Jelas pemilik video tersebut, bila belonnya diambil untuk diberikan kepada adiknya, si kakak terus menagis kerana tidak rela berbuat demikian.
Sedih menyaksikan situasi tersebut, pemilik video yang juga merupakan pakar psikologi kanak-kanak terus bertindak dengan membeli belon untuk diberikan kepada anak sulung pasangan tersebut.
Lantaran tularnya video tersebut dengan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, Dr Faiz Hayaza menerangkan kembali mengapa dia sanggup membelikan belon untuk anak orang lain. Ujarnya tujuannya satu, hanya berharap belon yang diberikan hari ini boleh mengubati luka hati seorang anak.
“Di sini saya ingin menjelaskan alasan saya melakukan hal tersebut. Kerana saya melihat seorang anak yang belonnya tiba-tiba diambil ayahnya, dan belon itu diberikan kepada adiknya dan si kakak menangis.
“Seringkali kita orang tua gagal mempertahankan hal-hal kecil yang dialami anak, padahal pengaruh masa kecil boleh terbawa sampai dewasa. Saya hanya berharap belon yang saya berikan hari ini boleh mengubati luka hati seorang anak,” jelasnya lagi.
“Memang benar, sampai berbekas di hati cuma gara-gara basikal. Aku dulu dibelikan basikal lama kerana ibu ayah tidak mampu, tapi tiba-tiba adik aku dibelikan basikal baru. Bila teringat memang buat terasa hati.”
Ini antara luahan hati netizen berkongsi kenangan di zaman kecil apabila bergelar anak sulung yang dilayan tidak adil oleh orang tuanya. Siapa sangka rupanya ramai akui berasa tersisih kerana ibu ayah sentiasa akan memberi keutamaan pada adik-adik yang lain. Anak sulung hanya diminta untuk beralah.
“Hal yang masih berbekas di hati adalah ‘membandingkan’ sampai saat ini pun masih berlanjutan”
“Apa yang adik kecil itu rasakan dirasakan oleh saya sejak kecil…kesannya sampai sekarang saya selalu merasa tersisih”
“Kenapa aku pula yang menagis. Terima kasih”
“Saya anak pertama…selalu harus mengalah demi adik saya, adik yang salah pun saya harus mengalah…”
“Sangat menyentuh bagi saya yang seorang kakak”
Keluarga : Bersama kita mengambil pengajaran daripada video yang tular ini. Andai ada rasa kesalan di hati di atas tindakan kita terhadap anak-anak sebelum ini, segera perbaiki untuk kebaikan bersama. Percayalah tiada istilah terlewat untuk melakukan kebaikan dan yakinlah di hujung sana ada jalan bahagia menanti untuk kita seisi keluarga.
Sumber : TikTok @faiz.hayaza
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI