“Sebaik-Baik Sedekah Pada Ahli Keluarga Dulu” Beli Kereta Baru, Dr Say Sedekah Kereta Lama Pada Kakak

Share

Amalan sedekah tidak sedikit pun mengurangkan harta yang kita miliki. Sebaliknya memang Allah SWT janjikan sesiapa yang rajin bersedekah akan terus dimewahkan rezekinya.

Berpegang kuat kepada perkara tersebut, Dr Say Shazril yang baru-baru ini berkongsi kegembiraannya memiliki kereta idaman sejak dia kecil lagi turut memberitahu kereta lama disedekahkan kepada kakaknya yang bakal menimang anak ketiga tidak lama lagi.

Apa jadi kereta lama? Saya bagi kat akak saya yang bakal menimang anak ketiganya Oktober nanti. Sekarang dia pakai Ford Fiesta moga Hyundai Tucson saya boleh memberi sedikit keselesaan kepada dia sekeluarga.

Dalam ruangan komen, ramai yang memberikan ucapan tahniah kepada pempengaruh terkenal yang sering berkongsi info kesihatan ini atas kejayaannya membeli kereta idamannya.

Ada pengikut Dr Say yang turut mendoakan dia terus dimurahkan rezeki kerana tak berkira untuk memberikan kereta lama kepada kakak sendiri.

Kereta Impian Sejak Kecil

Berkongsi tentang kereta idaman tersebut, menurut Dr Say sejak kecil lagi dia telah menanamkan impian untuk membeli kereta jenama Jaguar sejak pertama kali melihatnya di jalan raya.

 

“Masa kecik dulu saya ternampak satu kereta dengan seekor harimau melompat kat depan kereta tu maka saya tanya ayah saya “yah, kereta ape ade rimau lompat depan tu yah?”

Bukan Proton logo dia kepala harimau je ke yah?” Ayah saya reply “itu Jaguar boy”.

Terduduk saya dibuatnya walaupun saya tengah duduk dalam kereta masa tu & ye, kecik-kecil pun saya dah pandai terduduk.

Sejak tu saya berkenan sungguh dengan Jaguar for one main reason yakni YOU DONT SEE IT OFTEN ON THE ROAD. Ibarat ia melambangkan kelainan & exclusivity.

Nombor Plat Ada Makna

Setiap orang ada cara untuk menyimpan memori atau tarikh istimewa mereka tetapi yang paling popular adalah melalui nombor pendaftaran atau plat kenderaan.

Menurut Dr Say nombor plat keretanya mempunyai makna tersendiri dan sangat bermakna kepada dirinya.

Dihiasi dengan plate number atas suggestion korang yakni 55 yang bermaksud Say Shazril makes it just perfect.

UG pulak saje nak kelainan sebab jarang nampak plate number start dengan “U” kan? Kalau nak ada maksud jugak UG means U Go maka jadinya “U Go Say Shazril” 

Dari Viva Ke Jaguar

Bertatih dari bawah hingga mencapai kejayaan sememangnya satu kepuasan kepada mereka yang melalui pengalaman tersebut.

Sokongan ahli keluarga sentiasa menjadi pemangkin semangat untuk menggapai impian. Katanya jika tidak kerana sokongan keluarga mungkin dia masih lagi memandu kereta Viva sampai kini.

Mengenang kembali saat dia belum mencipta kejayaan, Dr Say turut mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarganya yang tak pernah jemu memberi sokongan dan dorongan kepadanya.

Bapa kepada dua anak ini percaya rezeki semakin luas dan dipermudah selepas mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata.

Dalam kesempatan ni saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada family saya kerana tanpa mereka, mungkin saya masih dengan Perodua Viva hingga ke harini.

Percayalah rezeki berkeluarga tu teramat luas & indah jadi kepada yg belum berkeluarga cepat-cepatlah ikat laki korang sepertimana isteri saya ikat saya dulu.

Bahkan Dr Say turut tidak melupakan sokongan daripada pengikutnya yang sentiasa memberi komen dan idea atas segala perkongsiannya di media sosial.

Tak dilupakan juga terima kasih kepada anda semua sebab saya tidak akan menjadi seperti hari ini jika tidak kerana anda semua.

Sumber: Dr Say Shazril 

Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini