Diakui penggunaan media sosial kini sudah menjadi keutamaan, bahkan setiap orang dalam ahli keluarga kita sendiri pun telah memiliki sekurang-kurangnya satu akaun di media sosial.
Ia dianggap penting dan menjadi tempat untuk berkongsi cerita apa yang berlaku di dalam kehidupan hinggakan perkara yang didedahkan di media sosial sebenarnya sesuatu yang patut dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain.
Umpamanya buat si isteri yang terasa teruja menceritakan tindakan dan sikap suami yang baik serba serbi. Hal ini walau nampak berkongsi rasa bahagia dikurniakan suami yang terbaik untuk dirinya, namun sebenarnya boleh mengundang masalah lain pula.
Ini sebagaimana yang dikongsikan melalui tulisan Tuan Ahmad Saifuddin Yusof yang juga merupakan seorang penyelidik dan penulis buku tafsir di media sosial. Ini perkongsiannya.
Sembunyikan Amal Suami
Setiap kebaikan yang kita lakukan secara ikhlas tanpa mengharapkan balasan manusia adalah ibadah kepada Allah.Terbaca dan tertonton para isteri bercerita kebaikan suaminya kepada umum. Di pelbagai medium seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya.
Kita tahu para isteri itu sangat gembira dan bahagia berkahwin dengan seorang lelaki yang baik hati. Sehingga tidak sangka suaminya sebaik itu. Seeloknya, kita sebagai isteri. Sembunyikan amal suami kita kepada umum. Tidak perlu diceritakan segalanya kepada awam. Mengapa?
1. Dibimbangi timbul rasa riak dalam hati suami itu apabila ramai yang memujinya. Sedangkan amal kebaikan yang dia buat itu dalam keadaan tersembunyi tanpa pengetahuan orang. Hanya keluarga sahaja mengetahuinya.
Apabila kita sebagai isteri meenceritakannya. Dirisaukan timbul rasa riak dalam hati suami sehingga merosakkan amal kebaikannya yang bernilai tinggi di sisi Allah.
Cukuplah kita berkata, “Alhamdulillah, syukur dapat suami yang baik.”
Tanpa diperincikan segala kebaikan suami lakukan.
2. Ada kemungkinan akan timbul rasa suka dan berkenan oleh wanita-wanita yang ‘single & available’ di luar sana apabila kita menceritakan dengan terperinci segala kebaikan suami.
Maka syaitan akan mula meniup hasutan dan godaan pada fikiran mereka termasuk suami kita juga apabila wujud komunikasi dua hala.
Kadang kala, timbul di benak wanita-wanita di luar sana seperti;
‘Kalau isteri dia meninggal, bolehlah aku ambil peluang mengorat suami dia’.
Saya pernah mendengar ucapan sebegini daripada seorang wanita ketika mereka berbual sesama mereka.
Justeru, puan semua, sembunyikan amal baik suami sendiri. Biarlah kita menjadi saksi untuk suami di Akhirat nanti.
Sumber : Saifuddin Yusof
ARTIKEL MENARIK:“Untuk Bahagia Kita Perlu Membahagiakan…” Cikgu Ni Kongsi Pengalaman Hidup, Jadikan Inspirasi.
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club