Sejak Januari tahun lalu, adik Mohd Shafuan Norazhar cukup kuat dan cekal melawan penyakit Kanser Tulang yang dihidapinya.
Namun Tuhan lebih menyayanginya. Arawh telah menghembuskan nafas terakhir di Wad Onkologi dan Radioterapi Hospital Kuala Lumpur (HKL). Menurut laporan Harian Metro, Allahyarham meninggal dunia di sisi ayah, ibu, ahli keluarga dan juga rakannya.
Menurut ayahnya, Shafuan kritikal selepas menjalani kemoterapi dan keadaannya semakin membimbangkan. Bagaimana pun dia reda dengan pemergian anak kedua dari tiga beradik itu dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan anaknya selain memberi sokongan moral serta bantuan wang ringgit.
“Doktor sudah melakukan yang terbaik, namun Allah S.W.T lebih menyayanginya. Sebagai bapa, saya sedih tetapi reda dengan pemergiannya,” ujar Norazhar lagi.
Kisah arwah Shafuan pernah tular sebelum ini sehingga selebriti bernama Awi Rafaeal turut menziarahinya di hospital sebelum ini. Beliau turut menitipkan salam takziah buat keluarga arwah usai mengetahui tentang berita ini.
28 Mac yang lalu Majalah Keluarga ada menyiarkan kisah arwah Shafuan ini.
RAYUAN BANTUAN BUAT ADIK MOHD SHAFUAN NOR AZAHAR
Untuk pengetahuan semua, Shafuan adalah bekas pelajar SMK Undang Jelebu, batch SPM 2016. Beliau seorang pelajar yang baik, ringan tulang, suka membantu guru, aktif, bersahsiah tinggi dan sentiasa mendapat pujian para guru.
Antara pencapaian, jasa dan sumbangan Shafuan sepanjang berada di SMKUJ adalah seperti berikut:
1) Kadet Koreksional
– Johan Kebudayaan sempena Perkhemahan Kadet Koreksional peringkat Kebangsaan pada 2015
– Menyertai Perkhemahan Kadet Koreksional peringkat Negeri dan Kebangsaan pada 2012, 2013, 2014 dan 2015 (Sejak tingkatan 1)
2) Bola Sepak
– Mewakili Jelebu ke peringkat negeri
3) Sepak Takraw
– Mewakili sekolah ke peringkat daerah
4) Bicara berirama
– Mewakili sekolah ke peringkat daerah pada tahun 2013
5) Pengawas sekolah
Kini, dia sedang terlantar sakit dipercayai menghidap KANSER TULANG dan sedang menerima rawatan.
Dia terpaksa disuntik dengan MORFIN setiap 4 jam sekali untuk mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Kos rawatan dianggar mencecah sehingga RM 70 RIBU.
Menurut ayahnya, Shafuan terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur kerana tak sanggup melihat anaknya itu menderita kesakitan.
Nor Azhar Hussin ,48, berkata, masanya makin singkat dan dia tak boleh tunggu cukup wang untuk membawa anaknya ke hospital.
“Duit masih tak cukup, sepatutnya dia terima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, tapi saya tak sanggup tengok dia sakit.. makin lama makin teruk,” katanya hiba.
Lebih memilukan lagi, ibu Mohd Shafuan lumpuh dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.
“Isteri saya lumpuh di sana.. saya minta anak pertama yang bekerja di Johor cuti untuk menjaga ibunya. Adik ipar juga turut bantu tenggokkan isteri saya.
” Saya juga terpaksa mohon bantuan saudara terdekat untuk bergilir menjaga Mohd Shafuan di hospital.
Mohd Shafuan adalah anak kedua daripada tiga beradik. Adiknya masih bersekolah di tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Jelebu.
Moga Allah memberikan kesembuhan kepadanya dan mengampunkan dosanya sebagai ganti atas segala kesakitan yang ditanggungnya.
Al-Fatihah buat arwah Shafuan, semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Sumber: Harian Metro & awirafael