Dalam mendidik anak-anak tidak dinafikan betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu dan ayah. Bahkan jika ingin dibandingkan, besar lagi tanggungjawab bagi seorang ayah sebab ayah adalah pemimpin keluarga.
Difahamkan menurut perkongsian daripada Dr Reza Zainol, anak lelaki bila bermula usia 6-13 tahun, anak lelaki akan mula tertarik kepada lelaki lain yang lebih dewasa. Mereka itu boleh jadi ayah, pakcik, datuk, ayah tiri atau saudara lelaki yang lain.
Pada usia ini juga, ayah menjadi lebih penting kerana anak lelaki mula tersedar yang satu hari nanti mereka juga akan jadi lelaki dewasa.
Akan timbul minat untuk anak belajar bagaimana untuk menjadi seorang lelaki yang sebenar.
Jika lelaki dewasa yang rapat dengannya ialah ayah, dia akan mula mendekati, belajar dan meniru setiap kelakuan si ayah.
Pada waktu ni juga, secara fitrahnya dia bersedia untuk belajar dan mendengar kata-kata dari ayah.
Ambillah peluang ini supaya:
1. Anak lelaki belajar berhujah dan berkata-kata daripada ayahnya.
– Anak lelaki akan belajar, lelaki boleh berhujah dengan tenang tanpa menyakiti sesiapa.
2. Anak lelaki belajar meluahkan perasaan dengan memerhati ayahnya.
– Penting untuk anak melihat cara si ayah mengawal diri ketika dirinya penuh dengan emosi.
3. Anak lelaki perlu lihat ayahnya bersama-sama menguruskan kerja di rumah bersama ibunya.
4. Anak lelaki perlu diajar oleh ayah yang ibunya bukan bibik di rumah. Ibunya perlukan rehat, makan dan tidur yang secukupnya.
5. Yang paling penting, ayah mesti ajarkan pada anak lelaki, wajib hormat pada wanita terutama pada ibu sendiri. Anak perlu lihat ayahnya sentiasa mempertahankan maruah ibunya dalam apa jua keadaan.
Membuka aib wanita, bercerita perkara yang lucah dan mencarut bukanlah ciri-ciri maskulin yang kita nak anak lelaki belajar.
Lantaran itu juga, sebagai ayah berusahalah jadi ayah yang hebat di mata anak-anak.
Ads
1. Jadi pendengar setia setiap kali anak bercerita. Walaupun remeh, tapi itulah terapi bahagia untuk anak-anak.
2. Pandang mata anak bila berbual.
3. Selalu guna nada suara yang lembut bila bercakap.
4. Tetapkan “Bonding Time” dengan anak. Yang penting, kita luang masa yang berkualiti bersama dengan anak.
5. Jadi ayah yang sentiasa kagum dengan idea dan pendapat anak. Anak kita pun nak rasa yang diri mereka bijak di mata ayah.
6. Jaga tutur kata depan anak dan isteri walaupun tengah penat atau marah.
7. Jadi tempat yang selamat untuk anak bercakap, meluah rasa dan bermain.
8. Selalu peluk cium anak tanpa pilih kasih.
9. Rajin ambil dan kumpul gambar anak sebagai kenangan.
Ads
10. Jadi insan yang paling banyak memuji dan menyokong usaha anak walaupun tidak sempurna.
Ibu bapa merupakan tonggak utama dalam mendidik anak-anak. Mereka bertanggungjawab dalam menyediakan pendidikan yang secukupnya selain daripada keperluan harian.
Namun, cara mendidik anak perempuan memang sedikit berbeza dengan cara mendidik anak lelaki. Banyak perkara yang harus dikorbankan. Lebih-lebih lagi jika kesemuanya anak perempuan.
Begitulah yang dilalui oleh saudara Abu Hurairah Asifa yang berkongsi catatan bahawa anak perempuan ini ada cabaran tersendiri untuk mendidik mereka.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Mendidik anak perempuan, kita akan terpaksa mengorbankan perasaan. Anak perempuan, apalagi anak yang pertama, ia “panas” dengan ibunya.
Pada anak perempuan yang pertama, ada saja yang tak kena. Tapi, walau sayang macamana ia pada ayah, kasih ibunya tetap yang pertama. Rahsia mungkin dia bagitahu kita, tapi segala cerita dan peristiwa tetap ibu yang akan tahu segalanya. Maka, dengan anak perempuan, Kita perlu banyak meraikan.
Bagaimana? 1. Raikan dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada sesetengah keadaan, berilah hadiah.
2. Perempuan makhluk perasaan. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan perasaan. Ia menyentuh dan berkesan.
3. Saya hanya membayangkan suatu hari nanti dia akan bakal menjadi seorang Isteri. Jika isteri itu sifat utamanya ketaatan, maka pendidikan untuk dia taat pada Ibu yang pertama, dan ayah yang kedua, bermula dari kami berdua. Ketaatan pada perintah yang baik.
4. Taat anak perempuan kita pada ibu dan ayah, pasti dia juga akan patuh dan taat pada suaminya pula.
5. Paling penting, anak perempuan kena di biasakan untuk berada di rumah. Bukan bermakna tak boleh keluar, tapi biasakan dia suka berada di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang yang kecil tapi besar peranannya.
Bela lembu 10 ekor lagi mudah daripada seorang anak perempuan. Susah kan? Sebab tu siapa yang ada 3 orang anak perempuan, Allah dah siap-siap bina syurga untuk ibu dan ayahnya. Janji menjaga mereka sekuatnya, dapatlah nanti habuan disana. Nak dapat anak perempuan yang baik, lelaki itu mesti baik pada ibunya, mesti baik pada isterinya, dan insyaAllah. Dia akan mendapat anak perempuan yang baik dalam hidupnya. InsyaAllah.
Apa nak masak ya untuk dijamu pada tetamu yang nak datang beraya esok? Apa kata cuba hidangkan Nasi Minyak yang cukup mudah caranya. Dipadankan pula dengan Daging Beriani memandangkan sudah ada daging di rumah kan.
Cukup lengkap sebagai sajian utama. Pasti membuatkan tetamu kekenyangan. Jom tengok resipinya!
– NASI MINYAK SIMPLE –
– 3 cawan beras basmathi
– 1/2 cawan margerin/planta
– 3 1/2 cawan air
– 1 cawan susu cair
– 2 kuntum bunga lawang
– 2 batang kulit kayu manis
– 3 biji buah pelaga
– 2 helai daun pandan
– garam secukupnya
– 1 kuib stok ayam
– Pewarna kuning
BAHAN KISAR:
– 6 biji bawang merag
– 3 ulas bawang putih
– 1 cm halia
BAHAN HIASAN:
– bawang goreng
– daun bawang dihiris
CARA :
1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.
4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.
5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!
– DAGING BERIANI –
– 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
– 1/2cawan minyak
– 1 cawan air
– 125 gm rempah beriani ( agak-agak )
– 2 tangkai daun ketumbar
– sedikit garam
– 2 biji kentang dipotong 4
– sedikit susu cair ( agak2 )
– 2 sudu cili kisar
BAHAN KISAR:
– 7 biji bawang merah
– 5 ulas bawang putih
– 3 labu bawang besar
– 1 1/2 cm halia
CARA :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.
2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan air dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!
– SELAMAT MENCUBA –
kredit: angah izan
–
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semua ibu bapa inginkan anak yang cerdik dan pintar. Justeru terdapat pelbagai kaedah digunakan untuk merangsang minda anak. Salah satunya mengunakan tip yang diguna pakai orang Jepun. Ikuti perkongsian ini.
1. Mereka menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak kanan adalah lebih kreativiti, otak kiri adalah cenderong kepada kira-kira dan fakta.
.
Bila anak kita mula nak tidur ayam, cakap pelahan pada mereka ” mama sayang adik , adik anak yang hebat”. Berikan perkataan yang positif pada mereka. Anak-anak ini akan menyimpan memori imeginasi.
.
2. Biasakan anak bermain warna dan melukis dikertas, bermain tanah liat, menggunting kertas. Biarkan mereka conteng kerana proses ini merangsang otak kanannya. Ada kajian yang menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh bangsa cina dan jepun membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak. Tak salah ikut benda yang baik. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak ini.
.
3. Jangan marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu dengar perkataan “jangan” , jangan itu, jangan ini….sehingga anak-anak itu takut mencuba perkara yang baru. Akhirnya sampai besar mereka sukar bercakap di khalayak.
.
4. Isteri saya selalu menggunakan teknik imagenasi. Perasan tak anak kita selalu cerita perkara dalam imaganasi nya. Layankan. Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imagenasi mereka. Sebenarnya baik untuk melatih otak kanan mereka.
.
5. Satu teknik lagi adalah selalu bermain teka-teki atau masukkan barang dalam kotak dan minta dia teka apa barang dalam kotak itu. Membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan.
.
Semua tip itu hanyalah sebahagian perkongsian cara merangsang anak – anak lebih fokus dan cepat pandai.
.
Adakah anda suka perkongsian ini. Kemahiran berfikir sangat penting. Jangan anak kita berfikir dan membuat perkara pattern. Sehingga besar mereka menjadi orang yang biasa. 80% orang melakukan perkara yang orang biasa lakukan hanya 20% antara kita berani melakukan perkara yang orang biasa tak nak buat.
.
Opp nanti dulu. Membaca tip ini adalah perkongsian ilmu. Maksudnya kita hadamlah dengan baik. Utamakan tip ajaran anak cara islam. Kan..kan..
Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh Tuan Baharuddin Mohamed : Rakan Motivasi Anda
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...