Sebagai Anak, Kena Rajin-rajinlah Istighfar Untuk Mak Ayah!

Share

Menyayangi ibu ayah kita selain boleh ditunjukkan dengan cara sentiasa berbuat baik pada mereka, sebagai anak hakikatnya terlalu banyak cara  kita boleh lakukan.

Umpamanya dengan memohon keampunan untuk ibu bapa kita. Bagaimana caranya, ayuh kita baca perkongsian ini.

Hanya dengan istighfar, masa depan kita cerah dunia akhirat insya-Allah. Ada yang bertanya, macam mana nak istighfar untuk mak ayah?

Maksud istighfar adalah memohon keampunan. Istighfar untuk diri sendiri adalah memohon keampunan untuk diri sendiri. Manakala istighfar untuk mak ayah pula maksudnya memohon keampunan untuk mak ayah.

Macam mana nak sebut?

رب اغفرلي ولوالدي

Maksudnya: Ya Rabb, ampunkan dosa aku dan kedua ibu bapa aku.

Tak reti baca atau tak mampu hafal yang Arab? Ungkapkan saja dalam bahasa Melayu. Tuhan itu Maha Faham segala apa bahasa yang kita perkatakan.

Anak soleh itu bukanlah pada jubah dan serbannya. Bukan juga pada mengaji tinggi bertingkat-tingkat sijilnya. Bukan pada pak imam semata-mata. Anak soleh itulah yang sentiasa mendoakan ibu ayahnya tika hidup dan mati.

Itulah.

Sumber : Najmi Farisham,
Sebarkan kebaikan.