
Menyayangi ibu ayah kita selain boleh ditunjukkan dengan cara sentiasa berbuat baik pada mereka, sebagai anak hakikatnya terlalu banyak cara kita boleh lakukan.
Umpamanya dengan memohon keampunan untuk ibu bapa kita. Bagaimana caranya, ayuh kita baca perkongsian ini.
Hanya dengan istighfar, masa depan kita cerah dunia akhirat insya-Allah. Ada yang bertanya, macam mana nak istighfar untuk mak ayah?
Maksud istighfar adalah memohon keampunan. Istighfar untuk diri sendiri adalah memohon keampunan untuk diri sendiri. Manakala istighfar untuk mak ayah pula maksudnya memohon keampunan untuk mak ayah.
Macam mana nak sebut?
رب اغفرلي ولوالدي
Maksudnya: Ya Rabb, ampunkan dosa aku dan kedua ibu bapa aku.
Tak reti baca atau tak mampu hafal yang Arab? Ungkapkan saja dalam bahasa Melayu. Tuhan itu Maha Faham segala apa bahasa yang kita perkatakan.
Anak soleh itu bukanlah pada jubah dan serbannya. Bukan juga pada mengaji tinggi bertingkat-tingkat sijilnya. Bukan pada pak imam semata-mata. Anak soleh itulah yang sentiasa mendoakan ibu ayahnya tika hidup dan mati.
Itulah.
Sumber : Najmi Farisham,
Sebarkan kebaikan.
Sedekah Ni Tak Perlu Berkira, Banyak Atau Sikit, Mungkin Asbab Datangnya Rezeki Mencurah Tanpa Kita Sangka.

Apabila seorang muslim itu, bersedekah ia merupakan tindakan mulia yang masuk ke dalam salah satu sunnah yang sangat dianjurkan untuk umat Islam.
Malah setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.
Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.
Oleh itu, setiap Mukmin perlu yakin amalan bersedekah memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa sekiranya ia sentiasa diamalkan dalam hidup mereka. Begitu juga dengan rezeki yang melimpah ruah
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Abang ini setiap kali nampak saya balik rumah mentua pasti dia datang minta duit. Dari zaman saya mula mula kahwin lagi. ketika itu tak perasan yang abang ini ada masalah kesihatan mental. Kat pasar basah juga begitulah. nampak saja saya terus minta duit.
Dari jauh kadang kadang nampak kereta saya terus angkat tangan.
Tak banyak dia minta. Paling banyak RM5. Saya pernah bagi RM50. Kata dia taknaklah,nak RM3@RM5. Saya tanya kenapa taknak RM50? dia jawab aku orang gila RM5 cukup dah.
Pernah kawan sekampung nasihatkan saya. Matt Nanti kau bagi duit,hari hari dia minta duit.Dia tak sihat tu. Susah kau nanti.
Abang ini ada masalah kesihatan mental disebabkan keturunan. Jadi orang tak layan sangat dia. Tapi dia kata taknak dah makan percuma kat warung,nak bayar juga walaupun seringgit. Selalu jalan kaki pergi merata. Kerjanya itulah setiap hari ulang alik kawad.
Saya kata kat member,tak susahlah,bertambah senang adalah. RM5 aku belanja untuk dia mudahan dapat pahala. Ada orang setiap hari habiskan duit RM10 beli rokok itu pasti satu pembaziran Allah tak suka.
Paling saya kagum dengan abang ini adalah sifat taat dia dalam menjaga solat berjemaaah. Bersebelahan rumah mentua saya ini ada surau. Boleh dikatakan Zohor Asar,Magrib Isyak pasti dia ada. Kadang kadang kami berdua sahaja solat berjemaah. Saya imam dia makmum.
Sekarang Walaupun PKP hanya dia saja dapat lesen besar pergi masjid,solat kat masjid,tidur kat tangga masjid. Kita walaupun normal,pergi masjid boleh dapat surat saman. Dia pula yang kata kita ini gila sebab takut nak datang masjid.
Saya selalu sembang dengan dia. Saya kata abang Ahli syurga dah insyaallah. Jawapan beliau buatkan saya termenung panjang.
JANGAN PANDANG RENDAH BIARPUN MEREKA MINTA SEDEKAH
Aku walaupun gila aku kenal Allah. Aku kenal masjid,aku jaga solat sebab orang yang tak jaga solat dia masuk neraka. Nak masuk syurga syaratnya bukan gila,tapi taat perintah Allah.
Fuh sentap ke jantung. Sehingga ke hari ini saya masih ingat kata kata beliau.
Begitulah kawan. Jangan pandang rendah orang begini. Jika nampak mereka jalan kaki tepi jalan,berentilah hulurkan seringgit dua. Mungkin asbab sedekah ini Allah datangkan rezeki mencurah curah dari sumber yang kita tak sangka.
Kadang kadang saya terfikir dia lebih baik dari kita. Dia lebih rapat dengan Allah dalam soal ibadah. Mungkin dosa tak buat dah,tak ambil riba,tak tipu waktu kerja,takyah fikir tanggungjawab keatas anak isteri,tak fikir hutang kereta rumah. Doa dia pasti lebih makbul dari kita. Dan mungkin dia lebih awal dari kita masuk syurga.
“Gila yang sebenarnya adalah apabila kita berjalan diatas muka bumi Allah dengan kesombongan dan riak”
Sumber: Muhammad Hassan
Langsir Lama Boleh Ditebuk Untuk Jadikan Gaya Eyelet. Ni Stepnya Perlu Buat!

Terasa ingin memberi gaya baru pada langsir sedia ada yang sebelum ini dijahit ringkas, apa kata lakukan apa yang dikongsikan oleh Dura ini yang juga merupakan seorang tukang jahit.
Hanya perlu tandakan, gunting dan pasang ring untuk menjadikan langsir tersebut bergaya eyelet yang menarik.
Jom semak apa perlu buat.
Cara-cara tebuk lubang langsir eyelet
Nah belanje hampa cara2 nk buat tebuk bulat langsir ni…..langsir lama yg ketinggalan zaman pon hampa tebuk ja dah jadi baru….tak payah pi upah tebuk kt kedai….tebuk sendri ja….hehehe…..
Step 1 : Sediakan bahan yang diperlukan
Step 2 : Susun ring dengan jarak lebih kurang sama. Cuma untuk langsir bidang 60 boleh letak 8 ring sahaja.
Step 3 : Bulatkan dengan maker.
Step 4 : Kumudian tandakan 1/4 inci, untuk digunting.
Step 5 : Gunting mengikut lakaran tadi.
Step 6 : Ambil ring dan buka ring tersebut dengan menggunakan pisau yang tumpul.
Step 7 : Letak bahagian tajam di bahagian atas.
Step 8 : Letakkan betul di bahagian lubang sebelum dikapit rapat.
Siap
Sumber : Dura
Anak Istimewa Mudah Menjaga? Ikuti Tip Daripada Doktor Ini Khas Untuk Ibubapa

ANAK-ANAK istimewa merupakan anak yang diamanahkan Allah kepada kita untuk dijaga dan disantuni. Ini kerana mereka termasuk dalam kalangan orang yang kurang upaya (OKU).
Tip dari Dr Rozanizam Zakaria ini khusus buat ibu bapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas, tidak kira apa juga keadaan sama ada Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD), disleksia, autisme, kecacatan intelek, cerebral palsy atau apa juga keadaan yang memerlukan penjagaan khusus.
- Belajar
Pastikan anda faham diagnosis anak anda. Dapatkan penilaian dan maklumat daripada doktor yang merawat. Dapatkan maklumat sepenuhnya, secara berperingkat, samaada secara langsung dari doktor atau bacaan yang tepat. Ini termasuk dalam hal rawatan dan pemeriksaan susulan. - Daftarkan
Bagi anak yang sudah/akan bersekolah, pastikan anak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (borang khas JKM yang ditandatangani doktor) sebaiknya pada usia prasekolah. Ini penting untuk bagi memastikan anak mendapat keistimewaan yang dikhususkan untuk mereka seperti elaun khas/kemasukan ke pendidikan khas. - Hantar Ke Sekolah
Bincang dengan doktor dan cikgu tentang penempatan sekolah (akan ditentukan oleh JKN setelah borang diserahkan) sama ada kekal di aliran perdana, aliran khas integrasi atau pusat dalam komuniti. Dalam keadaan macam mana pun anak anda, jangan abaikan pendidikan anak. - Betulkan Perspektif
Letakkan situasi pada perspektif yang tepat. Fahami bahawa tingkah laku dan keadaan anak anda adalah disebabkan kondisi perubatannya dan bukan sekadar ‘perangai’. Jangan rasa malu atau marah dengan perbuatannya. Suatu hari, apabila mereka dewasa, apa yang anda lalui ini mungkin akan menjadi kenangan yang manis untuk anda. - Pilih Pertarungan
Jangan terlalu tertekan dengan perkara yang kecil. Ada kalanya, jalan terbaik ialah berkompromi daripada menimbulkan persengkataan besar. Ada ketikanya anda terpaksa mengalah bila mereka tidak mahu makan/ pakai baju warna oren/ duduk di kerusi. - Jangan Abaikan Sisi Positif
Kekalkan sisi positif anak anda. Tidak kira betapa sukarnya menjaga anak anda, pasti ada sisi indah dalam kehidupannya. Tuliskan semua perkara positif tentang anak anda dan lihat semula tiap kali anda berasa terlalu tertekan. Contohnya, setiap kali anak membuat salah, mesti dia datang peluk ibunya selepas itu. - Jaga Diri
Jaga kesihatan anda. Anda adalah orang yang paling penting dalam hidup anak anda. Maka anda perlu kekal sihat dan kuat untuknya. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup, jumpa doktor bila sakit dan dapatkan bantuan bila perlu. Jangan jadi hero. - Jaga Rutin
Tetapkan rutin yang konsisten seperti waktu makan, bermain, tidur, dan keluar rumah. Anak istimewa mudah terkesan dengan perubahan rutin. Permudahkan urusan mereka dan jangan libatkan mereka dengan terlalu banyak aktiviti dalam sehari. - Bersifat Realistik
Tetapkan jangkaan yang realistik sesuai dengan kemampuan anak anda. Jika anak anda ada masalah autisme, disleksia dan masalah pembelajaran, jangan paksa mereka jadi jurutera/doktor/arkitek bila besar nanti. Biar mereka terokai minat dan kemampuan mereka. - Cipta Makna Kejayaan Sendiri
Cipta makna kejayaan untuk anak anda. Sebagai contoh, seorang ibu perlu realistik dan berpada dengan meletakkan tanda aras berjaya bila anaknya boleh solat, mengaji dan berdikari sendiri. Tidak menjadi pelajar harapan sekolah pun tidak mengapa. Raikan kemampuan mereka dan jangan terlalu fokus kepada apa yang mereka tidak mampu lakukan.
Selalu bersangka baik dengan ALLAH. Setiap yang diatur oleh ALLAH adalah yang terbaik untuk masa lalu, masa kini dan masa akan datang.
Jangan berputus asa untuk terus berdoa, agar ALLAH pelihara anak-anak ini ketika kita masih ada dan bila kita sudah tiada lagi di dunia ini. Anak istimewa ini sebenarnya tiket untuk ibu ayah ke syurga.
Sumber: Dr Rozanizam Zakaria
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club