“Sebagai Anak, Boleh Guna Ikut Suka Apa Saja Kepunyaan Ibu bapa. Tapi Bila Sendiri Punya Belum Tentu….” Jadikan Renungan Bersama!

Share

Apabila kita ingat kembali ketika masih kecil, betapa besar pengorbanan yang dilakukan oleh ibu ayah untuk membesarkan kita. Setiap hari mereka sibuk mencari rezeki dan harta untuk memberi keselesaan dan kesenangan kepada anak-anaknya yang tercinta tanpa ada sedikit pun perasaan ‘berkira’. Semua haknya adalah milik anaknya juga!

Namun bila anak tersebut sudah dewasa dan punya kehidupannya sendiri, adilkah ibu ayah tersebut merasakan diri mereka seakan dipinggirkan dengan penerimaan dan layanan yang diberikan oleh anak-anak mereka?

Ini sepertimana kisah yang dikongsikan di facebook Suamiku Imamku Isteriku, semoga membacanya dapat menjentik hati dan mudah-mudahan kita tergolong sebagai anak-anak yang tahu berbakti kepada orang tua kita, insyallah.

Bezanya ibu bapa dengan anak-anak

Rumah ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa. Anak-anak boleh bebas dalam rumah ibubapa. Makan apa sahaja. Tengok siaran tv ikut suka. Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka..

Tapi,
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak-anak. Tak boleh masak sesuka hati Makan apa yang ada dalam peti ais ikut suka…Buat apa sahaja ikut suka.. Anak tetap akan berkecil hati dengan ibu bapa..

Begitu juga…
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak. Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati. Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah. Kalau rosak semua ibubapa tanggung..

Tapi..
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna. Apatah lagi dengan sesuka hati.
Takut rosak lah. Takut langgar lah. Takut calar lah. Kalau guna pun, pastikan minyak penuh semula. Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kepada anak-anak.

Itulah bezanya ibu bapa dengan anak-anak. Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak.
Tetapi anak-anak belum tentu mengasihi ibubapa….

Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa
Mereka ada masa untuk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan
Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti
Tetapi mereka tiada masa untuk cuti menziarahi ibubapa yang rindukan mereka…
Mereka sayang ambil cuti untuk melawat emak..
Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan
Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin

Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yang ada
Tetapi..Anak-anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta…

Bila isteri bercerita anda tahu apa yang isteri mahukan. Tetapi bila ibubapa bercerita anak-anak buat tak faham apa yang ibubapa mahukan..Ibubapa tidak akan meminta secara terus kepada anak-anaknya kerana ibubapa takut anak akan terasa.

Mudah-mudahan kita tergolong sebagai anak-anak yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti, insyallah..

Sumber: Suamiku Imamku Isteriku

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club