Lihat gambar ini, sudah tentu ada yang rindu nak ‘dine in’ bersama rakan-rakan. Inilah me time buat kita semua. Bersembang bersama mengenai kehidupan begitu membahagiakan. Dapat juga berkongsi suka duka serta luahan perasaan kepada sahabat karib.
Tak kira lah lelaki atau perempuan, momen makan bersama teman itu sudah pasti perkara yang dinginkan setelah hampir 3 bulan SOP ketat dilaksanakan yang tidak membenarkan tempat makanan dikunjungi ramai.
Apa yang menarik tular di media sosial, sekeping gambar yang memaparkan sekumpulan wanita kelihatan beratur secara beramai-ramai untuk membayar makanan sedangkan mereka makan semeja berbual mesra. Manakala lelaki dikatakan lebih santai dengan hanya mewakilkan seorang teman untuk membayar bil makanan.
Perkongsian ini mendapat pelbagai komen daripada warganet, masing-masing mempunyai pendapat.
Ikuti perkongsian ini.
Orang pempuan kalau makan ramai-ramai, time nak bayar, kena kira satu-satu. Takleh terlebih terkurang. Balik tu siap ada spreadsheet resit, nak kena kira balik betul ke bayar dengan exact amount. Terlebih kang nak kena claim kat member yang terkurang. Orang laki jugak yang rilek. Cincai kira makan apa, minum apa. Letak duit atas meja. Kumpulkan. Orang last letak duit pergi bayar kat kaunter. Kalau tak cukup, ada la yang tolong topupkan nanti. Kalau terlebih, rezeki si tukang bayar. Terlebih terkurang, kira halal.
Mencipta gaya di laman rumah apabila digayakan bersama basikal lama, juga mampu memberi tarikannya yang tersendiri.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh saudara Adha Arffain. Basikal lama dicat semula dan disaratkan dengan pokok bunga petunia yang merimbun. Nyata nampak begitu memukau.
Untuk anda yang ingin menghias taman rumah, apa kata kita baca perkongsian daripadanya.
DIY BICYCLE PLANTER
Basikal buruk kat rumah jangan buang ye, boleh DIY untuk jadikan hiasan kat laman rumah.
Kat sini saya kongsi kan sedikit deco laman tepi rumah saya guna basikal jepun terpakai.
Saya beli basikal tu RM 100 kat kawan sebab dia dah tak pakai dan beli spray warna putih 5 tin.
Jadi saya just spray warna putih semua, dan tak perlu lah spray perfect sangat pon, asal sedap mata memandang je. Hias dengan bunga-bunga sikit then siap.
Pengacara Nana Mahazan mendedahkan, ibu mertuanya, antara sebab dia memutuskan untuk mengenakan hijab adalah kerana ingin menjadi muslim yang lebih baik.
Menurut ibu kepada sepasang cahaya mata ini, dia pernah mendapat pertanyaan daripada ibu mertuanya mengenai keputusannya untuk berhijab.
“A short story i would like to share will all of you. After my hijrah, MIL asked me (twice), why now i put my hijab on? I answered, i want to be a better servant to my creator.
“And then she said, being a better person isn’t it from the heart, ur attitude, ur behavior? Not how u look right?
“Masa tu macam tak sure nak jawab macam mana sebab betul kan, jadi baik ni is beyond just how we look. It is how we act, apa yg kita buat, cakap, kiranya keseluruhan sebab tu ianya harus selari.
“Istiqomah bukan sahaja dari berpakaian. Amal ibadat. Percakapan. Adab. Tingkah laku,” ujar Nana lagi.
Perkongsian tersebut dimuatnaik Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan menerusi laman Instagramnya.
Justeru, dia harus menjelaskan mengenai perkara tersebut memandangkan ibu mertuanya itu bukan beragama Islam.
Begitupun, Nana bersyukur kerana dikurniakan ibu mertuanya yang sangat memahami dan sentiasa menyokong apa sahaja keputusannya.
“Well susah nak explain sebab my MIL is non muslim kan. Her concern macam tak panas ke? Hehehe.. but i did say, i want to be A BETTER ME. A new version of me yang trying to please my Almighty. Secara keseluruhan.
“Syukur alhamdulillah, MIL saya sgt supportive. Dari dulu. She accepted me for who i am dulu dan sekarang. Rezeki dan nikmat Allah, MIL dan saya sangat baik. Takde masalah.
“I am far from perfect, but i am trying on daily basis to improve myself. To be a better muslim. Doakan,” pohon Nana yang mula berhijab pada Ogos yang lalu.
Setiap kali memandang rimbunan pokoknya yang lebat berbunga dengan warna yang cukup menarik membuatkan hati cukup teruja dan tak jemu mata memandang.
Warna kuning cair, merah jambu, ungu, merah manggis dan putih serta beberapa jenis pokok bunga kertas lain sentiasa buat kita rasa segar mata memandang. Cantik kan! Bunga kertas atau sering juga disebut bunga bougenville sebenarnya dapat tumbuh subur di mana saja.
Jika anda sendiri teringin memiliki rimbunan bunga kertas yang lebat dan cantik, kena tahu bagaimana caranya.
Ini ada 8 tip yang patut anda tahu jika mahu pastikan bunga kertas kita subur dan mengeluarkan bunga yang banyak.
Pokok bunga kertas akan tumbuh lebih subur jika ditanam di atas tanah berbanding di dalam pasu. Ini kerana keupayaan akar mencari nutrien untuk pertumbuhan pokok lebih baik.
Sebolehnya pindahkan pada kawasan tanah jenis sedikit berpasir. Jenis tanah ini mempunyai pori-pori kecil yang berfungsi untuk melancarkan aliran udara. Selain itu, pasir juga mampu menstabilkan kelembapan.
Tapi harus diingat, pokok bunga kertas tidak gemarkan tanah yang terlalu lembap dan air bertakung. Jika jaga dua perkara ini, pokok bunga kertas kita lebih panjang jangka hayatnya disertakan dengan bunga yang lebat.
Untuk hasil yang terbaik dedahkan ia sentiasa pada sinaran matahari terik secara langsung sepanjang hari.
Jangan letakkan baja organik kerana ia akan menarik perhatian semut membina sarang, sebaliknya gunakan baja kimia.
Jangan lupa untuk melakukan pemangkasan untuk percambahan lebih lebat, cepat dan kekal segar. Bunga pun banyak.
Siram dua hari sekali. Sebelum menyiramnya, pastikan permukaan tanah, baik di atas tanah atau di dalam pasu itu kering. Kalau musim hujan, tak payahlah disiram lagi.
Akhir sekali, cantas ranting-ranting sepanjang kira-kira 50 cm ke 60 cm dari batang pokok. Ini akan menggalakkan pertumbuhan ranting baru yang juga akan menghasilkan bunga yang lebat.