Selalu kita dengar, selagi orang kita sayang masih ada, hargai mereka sebelum mereka pergi selama-lamanya..

Baik ayah atau ibu, kedua-dua mereka merupakan orang pertama yang memberi kasih sayang yang tiada tandingi kepada anak-anak. Bukan itu sahaja, mereka sanggup berkorban apa sahaja demi membahagiakan anak tercinta.

Pemergian insan tersayang ini amat memberi kesan kepada kita yang masih hidup, malah barangan peninggalan mereka menjadi mengganti diri di kala rindu menyapa.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh Tuan Syed Azmi tentang tiga beradik ini mengundang sebak ramai orang apabila mereka tetap mengguna barangan arwah ayah mereka kerana menganggap perbuatan tersebut dapat rasa dekat dengan ayah yang sudah meninggal dunia.

“Sebab Nak Rasa Dekat”, 3 Beradik Bergilir Guna Tuala Arwah Ayah. Undang Sebak, Rata-Rata Kongsi Cerita Yang Sama

Ads

Rumah ni ada seorang ibu tunggal dan 3 anak.
Tapi kat pintu bilik air ada 5 tuala.

Saya pun tanyalah kenapa ada 5 tuala sedangkan ada 4 orang dalam rumah ni.

Yang tuala tengah tu ayah mereka punya yang dah meninggal dunia. Dan itu memang tuala ayah.

Ads

Setiap anak ada tuala masing-masing dan tuala ayah ni anak anak ni gilir gilir guna (ikut mingguan) sebab nak tetap kongsi dengan ayah.
Saya suruh si ibu ni ulang balik cerita ni.

Katanya sekali lagi. Barang ayah mereka macam tuala, kain selimut dan bantal semua anak pakat guna gilir gilir sebab masing-masing nak rasa dekat dengan ayah.

Sayangnya mereka pada ayah mereka. Semua anak masih bersekolah. Tapi satu hari nanti kena letgo jugak. Untuk kita, hargai mereka yang masih ada.

Ads

Perkongsian ini mengundang sebak pengikutnya dan rata-rata bercerita kisah yang sama yang dilalui oleh anak-anak.

“Sebab Nak Rasa Dekat”, 3 Beradik Bergilir Guna Tuala Arwah Ayah. Undang Sebak, Rata-Rata Kongsi Cerita Yang Sama

“Sebab Nak Rasa Dekat”, 3 Beradik Bergilir Guna Tuala Arwah Ayah. Undang Sebak, Rata-Rata Kongsi Cerita Yang Sama

Sumber : Syed Azmi 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI