Sebab Minum Air Lemon Setiap Hari Jadikan Suaminya Kurus & Isteri Ni Juga Kongsikan Tips Pilih Lemon Yang Bagus!

Share

Merancang untuk dapatkan berat badan yang ideal sama ada untuk diri kita sendiri mahupun untuk kita anak beranak, elok dicuba dengan cara yang mudah dan yang penting tidak memudaratkan kesihatan.

Salah satu caranya selain perlu bersenam, ramai percaya dengan minum air lemon secara konsisten juga akan menampakkan hasilnya. Ini sebagaimana perkongsian pengalaman seorang isteri apabila melihat sendiri perubahan pada suaminya setelah amalkan minum air lemon secara konsisten.

Ni la air LEMON HALIA yang suami cikpooja dok amalkan secara konsisten….
Alhamdulillahh…Sekarang badan dah segak..Takde lagi peyut gendut dan gemuk
Lawas secara alami…Memang bagus sangat.

Bahan-bahan:

4 biji lemon
4 inci halia
Air 3 liter

Cara penyediaan:

Potong-potong halia dan lemon (buang biji)
(Potong membulat ye)
Masukkan dalam periuk
Masukkan air
Renehkan sampai air bertukar warna kekuningan…
Siap reneh…sejukkan dan masukkan dalam botol dan simpan lam peti sejuk ye.

Cara pengambilan :
Nak minum….minum je…tidak perlu tanya barapa sudu nak minum..sebab cara minum memang tak ada sukatan..depend pada penerimaan perut masing-masing.
Cedok air dia je isi dalam botol na…halia dengan lemon tu payah

Nota kaki
Nak minum waktu bila pun boleh
Yang tak tahan dengan masam…boleh tambah madu
Suami cikpooja tak minum air manis@bergula. Jadi…cepat la berat dia turun.


Tips pemilihan lemon yang bagus
1. Masa nak beli lemon…tekan-tekan kulitnya…jika kulitnya keras..itu bermakna lemon tu berkulit tebal…tak sedap.. dan bila kita rebus nanti rasa dia pahit.
2. Lemon yang bagus adalah lemon yang berkulit lembut dan tidak tebal sangat… insyaAllah berjuicy dan tak pahit bila kita renehkan nanti.

sumber : Cik Pooja via MAHN