Cara mendidik anak yang betul itu penting. Tapi dalam sibuk mendidik anak, kita mungkin terlepas pandang
Mendidik anak-anak adalah sesuatu perkara yang mencabar. Namun kesilapan dalam mendidik anak kadang-kadang kita tidak sedar.
Biarpun isu yang diulas ini, telah diperkatakan sebelum ini, tapi ia masih ‘valid’ untuk mendidik ibu bapa agar jangan alpa tentang isu ‘anak jadi raja di rumah.’
Kenapa agaknya perkara ini berlaku? Ikut perkongsian Puan Zainab Ngah menerusi facebooknya. Moga jadi iktibar bersama.
IKUTI PERKONGSIAN INI
‘Benar atau tidak. Didik anak menjadi hamba agar ibu bapa tidak melahirkan tuan.’
Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi
+ *Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone*
+ *Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang dibuat cincai2 sebab terpaksa*.
+ *Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja2 perempuan*.
Budaya *anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang.*
Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi “hamba” sedari kecil
+ Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka
+ Mereka tidak diajar untuk memahami bagaimana keadaannya bila di tempat ibu bapa mereka
SEBAB KESIAN PADA ANAK
Alasannya?
+ “Kesian anak tu kecik lagi..”
+ “Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?”
+ “Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je..”
Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk *menjadi “hamba” anak sampai ke tua.*
+ Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak *menyusahkan mak ayah.* Ini terjadi dalam dunia masa kini.
+ Baju laki bini anak beranak mak basuh
+ Makan laki bini anak beranak mak masak
Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa
+ Mereka akan buat secara terpaksa
+ Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka
Dan yang akan menjadi hambanya ialah mak ayah mereka.
+ *Sementara si anak sedap menggoyang kaki*
Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya.
INI KENA BUAT
Bila besar mereka akan mampu berdikari
+ *Usah terlalu kasihankan anak*
+ *Jangan terlalu memanjakan anak*
+ Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
+ Ajar mereka tentang kerja rumah
+ Ajar mereka erti kehidupan
+ *Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan*
+ *Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik*
Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba
Abaikan mulut-mulut puaka mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita
Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA.
Sumber: Zainab Ngah