Sebab Dipinang Ketika Masih Belajar, Ustaz Amal Baca Yassin 40 Hari Dan Solat Istikharah.
Ungkapan “Bercinta Selepas Nikah” sudah tidak asing lagi dalam masyarakat yang kemudian penghujungnya menjadi sebuah cinta yang bahagia.
Baru-baru ini Majalah Keluarga telah memaparkan perkongsian
yang meminang suaminya ketika masih belajar. Membuktikan bahawa tidak salah jika seorang wanita itu dulu yang ‘approach’ lelaki. Malah usia perkahwinan pasangan ini telah 20 tahun dan dikurniakan zuriat penyeri rumahtangga.Terbaru melalui perkongsian di facebook, suami kepada
pula berkongsi bagaimana dia menerima pinangan daripada wanita semasa bergelar pelajar.Inilah yang dikatakan jodoh itu rahsia Allah. Seterusnya ikuti pendedahan suami pendakwah bebas ini bahawa keputusan yang dibuat bukan sebarangan tetapi dengan amalan tertentu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Yang Cari Dan Approach.” Ustazah Asmak Husin Buat ‘Plan Marketing’ Pinang Suami.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Pengalaman ustaz di “approach” ustazah Asmak Husin”
Disebabkan cerita ustazah Asmak viral semalam. Harini ustaz pula dipaksa staf untuk tulis pengalaman di approach ustazah.
Tak tahu lah nak mula dari mana sebab memori orang lelaki ni “short term” bukan long term seperti perempuan.
Awalnya saya tak pernah berhasrat untuk berkahwin muda dan tak terlintas langsung nak kahwin semasa belajar.
Satu hari saya membaca buku tentang tokoh pemikir Islam, terjumpa satu kata-kata ulamak yang menyedarkan saya tentang pentingnya untuk berkahwin.
Tulisnya:
“Lelaki mesti berkahwin, kerana kelebihan lelaki kahwin awal akan menjadikan hidupnya lebih bertanggungjawab dan ada hala tuju yang jelas”
“Dengan perkahwinan kita dapat mencetak generasi pejuang dakwah rasulullah”.
Dari situlah saya mula sedar pentingnya lelaki untuk berfikir serius tentang perkahwinan.
Tapi tak ada lah sampai saya segera mencari calon.
Ketika saya tahun 3 di Universiti Malaya. Adik ustazah telefon saya untuk sampaikan hasrat kakaknya.
Saya memang dah lama kenal ustazah kerana kami satu persatuan anak negeri Kelantan.
Awal tu saya konfius juga nak terima ke tak.
Sebabnya antara ciri-ciri idaman saya bukan isteri dari bidang pengajian agama.
Saya nak cari bidang lain supaya mudah “blend” dengan keluarga saya yang biasa-biasa.
Tapi bila saya fikir balik, saya perlu isteri yang faham agama. Kerana isteri lah yang akan menjadi pendidik kepada anak-anak saya nanti agar mereka dapat menyambung rantai perjuangan dakwah Rasulullah.
Jadi untuk meyakinkan hati yang masih berbolak balik, saya amalkan baca yasin selama 40 hari dan solat istikharah.
Ini bukan amalan nabi. Hanya amalan tok guru dan orang lama-lama untuk dapatkan keyakinan hati.
Bagi saya soal perkahwinan ini isu besar. Yang menentukan masa depan kita & perjuangan Islam. Sebab itu memang minta sungguh2 petunjuk dari Allah dan minta juga nasihat tok saya.
Alhamdulillah akhirnya kami disatukan. Pejam celik dah lebih 20 tahun kahwin. Petang semalam meraikan ulang tahun anak sulong kami yg ke 20.
Semoga sedikit perkongsian ustaz dapat dijadikan panduan & inspirasi buat anak muda lelaki di luar sana untuk serius berfikir soal perkahwinan.
Fakaruddeen bin che omar.
Sumber:
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club