
Melihat perkongsian petua kecantikan di media sosial memang banyak. Dalam banyak-banyak petua tersebut Zuraidah Umbor telah mencuba satu petua yang dikongsikan oleh Sarifa Redzuan II untuk mendapatkan kulit halus licin dengan menggunakan hampas kelapa.
Jom kita lihat keberkesanan petua ini pada Zuraidah yang telah mengamalkannya.
Pagi nie Kak zue nak syer Petua Kulit Wajah Halus dan Licin Dengan Menggunakan Hampas Kelapa
Jika rajin buat petua nie parut jerawat jeragat pwon boleh hilang taw. Boleh juga digunakan sebagai scrub untuk seluruh badan.
Kulit wajah lebih bersih, licin dan lembut.
Balan-bahannya:
7 sudu besar hampas kelapa
Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam halus
2 sudu tepung beras
Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering.
Tara dah siap!
Cara guna:
1. Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati dan scrub muka atau badan
2. Kalau mahu kesan lebih power boleh perah sedikit air limau kasturi atau lemon dan scrublah di badan dan muka.
3. Amalkan seminggu 2-3 kali.
Lebihan scrub boleh simpan dalam peti sejuk
Selamat mencuba.
Wanita Ni Ubah Suai Rumah Flat Dengan Kos RM1300 Termasuk Perabot. Ruang Kecil Nampak Mewah, Kemas & Super Cantik!

Menyewa rumah yang kecil dan sempit bukaannya bukanlah alasan untuk kita membiarkan tidak berhias dengan cantik. Lihat cara wanita cantik ini menghias rumahnya. Sangat hebat!
Seorang pengguna facebook, Siti Mariam Kamsan berkongsi dekorasi yang amat menarik di akaun facebooknya bagaimana beliau mampu mengubah ruang kecil menjadi lebih menarik.
MAKEOVER RUMAH FLATE TO SIMPLE MODERN STYLE
Yeahhh! Akhirnya siap jugak buat kerja gila make over rumah sewa flate ni taww!
Kalau orang cakap rumah sewa je pun beriya kau ni, Oh no! Jiwa aku bukan jenis terima je duduk rumah bersepah, bersemuih. Sakit mata iollss. Nak duduk 24 jam ni uiii
Kerja idea dan pemilihan perabot adalah dari aku. Tapi kerja-kerja pemasangan pula oleh suami tercinta. Tak pernah seumur hidup dia mengecat rumah hari raya ke -2. Nasib PKP memang tiada tetamu datang. Terima kasih sudi melayan bini
Total cost untuk make over ruang tamu ni ialah dalam RM1300 termasuk tv kabinet, chest drawer, sofa bed, tikar getah, beli sikit-sikit sepanjang PKP berlangsung ni bukan sedebuk beli sekaliguss.
Masa mula-mula dapat gambar rumah ni, mesin basuh tu ada kat ruang tamu. Dalam kepala ni banyak kerja aku nk buat ni. Hari pertama masuk rumah tak boleh tidur gaiss pikir cemana nak bagi rumah nampak kemas teratur. Sikit-sikit plan untuk make over ni
Kebanyakan perabot beli dari Shopee & Lazada. Diselitkan sekali details harga kedai Senang korang nk survey nanti.
Sofa ni beli dari Lazada. Kedai berlainan ya. Lampu beli dari shoppe
Sofa bed- RM 199 – Lazada
bench stool- RM 84- Lazada
Frame – RM 70- Next World Deco
Bantal cloud – RM 25
Tempat favourite sebab suka makan! Haha. Karpet tu bawak dari rumah lama .
Lampu nordic- RM 74 – Lazada
Frame – RM 70 – Next Wall Deco II
Meja makan kerusi- Tuan rumah punya
Tikar getah – RM 115 -shoppe
Stool untuk pokok pisang- RM 35 -Shoppe
Daun-daun berjurai ni beli kat Ikea . Memang bawak dari rumah lama kami di Pasir Gudang.
Yes inilah ruang yang dicipta. Ruang untuk anak2 buat kerja sekolah. Dan ruang untuk suami bekerja dari rumah 😘
Partition dari kedai karpet – RM 150
Meja – RM 50
Alas hitam putih – RM 4.90 – ikea
Kerusi – dari tuan rumah
Belakangnya kita susun barang2 keperluan dapur dan mesin basuh. Rak ikea hylis- RM 59
Kitchen mat 2 set – RM 36- shoppe
Kabinet Tv – RM 165- Shoppe
Frame – RM 50 – Next Wall Deco II
Ok ini sangat penting di panggil DROP POINT . Tempt letak kunci . So senang tak payah risau masalah kunci hilang ke hape. Tempat dah disediakan. Sila letak dengan bahagia. Jangan lempar. Pasu tu aku pakai botol sabun mandi dari watson je. Daun monstera beli dari shoppe harga RM 2 tak silap Chest drawer 4 tier – RM 174 -Lazada. Pasang sendiri yang chest drawer ni.
Ok ni dalam kita susun tabung, Al-Quran . Handsanitizer pun letak kat situ.
Letak kasut sekolah anak.
Alhamdulillah tercapai dah impian. Cukuplah untuk sedap mata memandang.
Ok last sekali kalau nak deko muka & rawat muka bagi lagi cun meletupps cantik menarik kau memang debom boleh dapatkan Meeracle dari saya taw! Tiberrrr 🤣
Semoga bermanfaat
Semoga memberi sedikit inspirasi untuk kawan-kawan dekor ruang tamu masing-masing juga.
Ps : Rumah sewa pun boleh deco juga Gambar last sekali wajib tengok.
True,
Siti Mariam Kamsan
Bukan pakar deco
Ubati Mabuk Perjalanan Dengan Minum Air Mujarab Ini, Pasti Membantu!

Ada diantara kita yang mudah alah ketika menaiki kenderaan. Pening dan rasa mual malah ada sesetengah kes yang terus migrain gara-gara berada lama di dalam kereta.
Hal ini pastinya menyulitkan untuk satu perjalanan yang panjang. Malah ada sesetengahnya yang mengelak untuk ke mana sahaja dengan alasan masalah pening dan mabuk ini.
Jangan jadikan ini sebagai penghalang untuk anda bersosial dan mengenal dunia luar.
Ada baiknya anda mencuba petua yang dikongsikan ini. Mana tahu cara ini membantu anda daripada rasa mual, pening-pening kepala dan migran teruk. Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
2 cm halia
Air panas secukupnya
Caranya:
1. Hiris dan ketuk halia.
2. Kemudian didihkan ia bersama air secukupnya.
3. Biarkan mendidih dan biarkan ia suam.
4. Apabila air halia menjadi suam, ambil secawan airnya dan minum sebelum perjalanan.
5. Lebihan jangan disimpan di dalam peti sejuk, sebaliknya bawa bekal sepanjang perjalanan.
6. Minum ketika di dalam perjalanan. Selain baik untuk angin, ia juga mengatasi rasa pening ini.
4 Cara Bantu Atasi Mabuk
Selain minum jus halia ini sebelum perjalanan, jangan lupa lakukan empat perkara ini ketika di dalam perjalanan.
Pastikan anda jangan terlalu memikirkan masalah pening yang bakal berlaku sebaliknya tenang sahaja menghadapi perjalanan dengan gembira. Ini sebaiknya yang dilakukan.
Duduk Kerusi Hadapan
Jika anda sebagai penumpang, pastikan duduk dikerusi hadapan dan hanya fokus pada pandangan hadapan sahaja.
Cara ini sangat membantu. Anda juga disyorkan untuk memandu supaya lebih tumpuan fokus pada jalan.
Elak Telefon Bimbit
Tolong pastikan jangan sekali-kali bermain telefon bimbit, samada menaip pesanan ringkas atau whatapps di dalam kereta. Kepala yang tunduk ke bawah buat anda rasa pening dengan serta merta. Elakkan.
Minyak Angin
Kalau anda jenis yang senang muntah, sebelum mula perjalanan sediakan minyak angin atau sebarang bentuk ubat ‘berangin’ yang boleh menghilangkan pening dan bau yang keterlaluan. Jika terasa mula hendak pening, cepat-cepat. Penting!
Jangan buka tingkap kenderaan kerana bau-bau yang kurang enak seperti asap kenderaan buat anda rasa pening.
Tetapkan sahaja penghawa dingin tetapi jangan dipasang terlalu kuat. Paling penting pastikan anda duduk di kerusi hadapan, sebelah pemandu!
Resipi Keledek Goreng, Rangup Bila Dikunyah, Cicah Dengan Sambal Kicap

Isi Kandungan
ToggleResipi Keledek Goreng, Rangup Bila Dikunyah, Cicah Dengan Sambal Kicap
Keledek goreng memang sedap dinikmati sebagai kudapan petang. Biasanya keledek goreng yang kita beli di gerai-gerai tepi jalan, paling suka sebab tepung gorengan rangup bila dikunyah. Memang sedap tapi kalau nak puas makan, eloklah kalau kita buat sendiri sahaja.
Bagi anda yang tiba-tiba teringin nak makan keledek goreng seperti yang peniaga pisang goreng jual, boleh cuba resipi perkongsian Aiza Shereen ini. Bahan yang digunakan pun tidak banyak. Jom mama kita cuba buat!
RESIPI KELEDEK GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
Ubi keledek – kupas kulit
Tepung gandum
Marjerin
Garam
Minyak masak
Air suam
Serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
- Bersihkan keledek, kupas kulit dan potong keledek panjang-panjang.
2. Untuk bancuhan tepung, satukan tepung gandum, marjerin, garam, minyak masak, serbuk kunyit dan air suam.
3. Jika suka letak gula, boleh letak. Sukatannya agak-agak sahaja ikut sebanyak mana keledek yang anda guna.
4. Bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
5. Panaskan minyak dalam kuali dan biar betul-betul panas. Goreng keledek secara berperingkat.
6. Bila keledek sudah garing keemasan, angkat, toskan dan sedia untuk dihidang bersama sambal kicap.
KHASIAT UBI KELEDEK:
1. Vitamin B6
Ubi keledek mengandungi vitamin B6 yang membantu mengurangkan larutan kimia homosisteina di dalam badan. Homosisteina dikaitkan dengan penyakit degeneratif termasuk serangan jantung.
2. Vitamin C
Vitamin C di dalam ubi keledek penting untuk pembentukan tulang dan gigi, penghadaman, dan pembentukan sel darah. Ia juga baik untuk menyembuhkan selesema dan virus influenza. Vitamin C juga mempercepatkan penyembuhan luka dan menghasilkan kolagen yang membantu mengekalkan keanjalan kulit bak remaja.
3. Anti-oksidan
Memakan ubi keledek membantu melindungi badan dari toksin yang membawa kepada kanser.
4. Zat Besi
Kandungan zat besi di dalam ubi keledek menyokong sistem imun dan memastikannya berfungsi dengan baik di dalam badan. Ia memberikan tenaga, membantu pengeluaran sel darah putih, menentang stres, dan memetabolismekan protein.

5. Magnesium
Ubi keledek merupakan sumber magnesium. Magnesium penting untuk kesihatan arteri darah, tulang, jantung, otot, dan fungsi saraf.
6. Pottasium
Potassium yang diketahui ada di dalam pisang juga turut ada di dalam ubi keledek. Potassium mengawal degupan jantung dan signal saraf. Ia juga melegakan pengecutan otot, mengurangkan bengkak, dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggang.
7. Gula
Rasa ubi keledek yang semulajadi manis tidak bermakna ia tidak baik untuk kesihatan. Ia dilepaskan dengan perlahan ke dalam darah untuk memastikan keseimbangan sumber tenaga.
8. Karotenoid
Warna oren pada ubi keledek menunjukkan yang ia tinggi karotenoid seperti beta karoten dan sejenisnya. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan menggalakkan ketahanan kita kepada penyakit. Ia merupakan antioksidan kuat yang mencegah kanser dan melindungi diri daripada tanda-tanda penuaan.
Kredit resipi & foto: Aiza Shereen