
Mahukan kulit wajah yang berseri dan putih pastinya ada cara yang boleh dilakukan. Selain kurangkan terdedah dengan cahaya matahari, apa kata amalkan menggunakan scrub yang boleh dihasilkan sendiri ini.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang jurumakeup, lihat sahaja kulit wajahnya terlihat bersih, sihat dan berseri.
Untuk itu, jom pelajari cara menfhasilkan scrub ajaib ini.
Jom semak.
JOM BUAT SCRUB AJAIB NI GOJES!
Amal 3x seminggu, mampu buat kulit muka uoalss glowing & putih bersinar. Nak buat kat badan pun boleh!
BAHAN-BAHAN :
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar madu
Sedikit perahan lemon
CARA PENYEDIAAN :
1. Masukkan semua bahan di dalam bekas.
2. Gaul hingga sebati.
3. Letakkan adunan di atas belahan lemon. Ratakan.
4. Ratakan pada wajah dan biarkan sehingga kering sebelum dicuci.
Sumber : Akma Al-qhadri
Tak Salah Pun Kawal Anak Guna Telefon. Ada Orang Perlu. Usah Sindir Jika Itu Pilihan Yang Ada!

Gaget sering kali dianggap sebagai peranti yang mengakibatkan kesan buruk kepada kanak-kanak.
Memang benar jika peranti in digunakan tanpa kawalan. Namun ia juga ada kebaikkannya untuk membantu ibu ayah untuk mengawal anak.
Terdapat pelbagai pandangan negatif berkaitan penggunaan telefon pada kanak-kanak. Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim yang sering berkongsi mengenai keibubapaan.
Ikuti padangan beliau mengenai hal ini.
Tak salah pun. Lain orang lain situasinya.
Kita tak boleh sindir ibu ayah yang guna telefon untuk kawal anak mereka.
Tak salah pun. Lain orang lain situasinya.
Ada orang memang sangat perlu bantuan telefon ni, kalau tak memang boleh gila la hidupnya.
Ada orang tak perlu. Anak-anak mudah di urus, di tegur dan di lentur. Alhamdulillah, syukur rezeki Allah bagi. Tapi usah la di sindir-sindir mereka yang memerlukan bantuan.
Situasi kita tak akan pernah sama dengan orang lain. Malah jauh berbeza.
Ada orang anak seorang sahaja, tapi dia punya temperament mengalahkan jaga anak 10 orang.
Ada orang anak baik-baik, tapi 4 orang dia seorang yang kena jaga. Jangan kata anak, diri sendiri pun kadang tak terjaga.
Ada orang siang bekerja pejabat, malam buat kerja rumah, dalam masa sama ada buat bisnes sambilan pula. 24 jam sehari begini siapa tak stress.
Itu la nampak jalan untuk me-time sebentar pun dah memadai. Tak salah bagi anak main telefon asalkan jelas 2 konsep ni.
Fahami 2 konsep penggunaan gajet cara yang betul.
Pengunaan secara sihat
1. sehari jangan lebih 2 jam
2. pantau konten yang di akses
3. screen break setiap 15 minit
4. sebelum tidur langsung tak boleh
5. bukan alat hilangkan bosan
Pengunaan secara tak sihat
1. melampau screen time nya
2. bebas akses apa sahaja konten
3. langsung tak ada screen break
4. banyak pengaruh negatif
5. jadi ketagihan
Faham 2 konsep ni, tak pernah timbul isu nak kawal anak dengan telefon.
Kadang-kadang dengan ada telefon ni baru dapat ibu ayah di luar sana nak berehat dan nak lena sebentar walau untuk sesaat.
Lain orang, lain situasinya. Manfaatkan telefon tak salah asalkan niat betul untuk kebaikan.
Wallahu A’lam,
Meninjau di ruangan komen, para netizen mempunyai padangan yang sama. Gajet dijadikan peranti untuk membantu mengawal anak seketika.
Apa yang pasti, gajet tidak salah. Cuma kita sebagai ibu bapa kena tahu untuk mengawalnya.
Sumber: Mohd Fhais Salim
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Tak Pernah Maafkan Diriku Tak Temani Tidur Malam Itu.” PU Azman Kongsi Momen Bersama Arwah Ibu, Undang Sebak!

Rindu yang paling sakit adalah rindu pada yang telah tiada. Itulah kata-kata yang sering diungkapkan apabila merindui mereka yang telah pergi buat selama-lamanya. Terutama sekali insan yang paling disayangi seperti ibu kita.
Demikian juga dengan kisah dari Pendakwah Pencetus Ummah (PU) Azman baru ini. Dalam satu perkongsiannya di laman instagram, PU Aman meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana tidak dapat melupakan kenangan pahit bersama arwah ibunya.
Menurut Azman, masih wujud penyesalan dalam dirinya kerana tidak sempat menemani ibunya buat kali terakhir.
“Aku sering lelah tanpa kamu. Dihimpit kenangan. Rindunya tiada penghujung. Orang melihat aku ketawa mak. Tapi jiwa ini sering berkaca menahan tangis.
“Aku tak pernah memaafkan diriku mak kerana tak menemanimu tidur malam itu, kerana ku kira kita masih ada waktu ternyata itu malam terakhir aku mendengar nafasmu.
“Aku pernah menjadi bayi kamu mak. Dan selamanya aku bayi kamu. Dan mak… Aku takkan pernah lupa saat pandanganku tak berkedip melihat papan terakhir menutup pusaramu,” coretnya.
View this post on InstagramA post shared by PU Azman (@puazmanofficial) on
Nak Pastikan Udang Segar Walaupun Disimpan Lama Dalam Peti Sejuk, Guna Petua Ni. Isi Pun Lembut & Tak Lembik!

Menyimpan udang terlalu lama di dalam peti sejuk adakalanya menyebabkan rasanya sudah tidak segar lagi. Malah warnanya juga bertukar kehitaman. Sebab itu, bila dimasak rasanya tidak enak dan berbau.
Untuk ibu-ibu yang nak atasi masalah ini, apa kata cuba perkongsian dari puan Zai Norizah. Dengan menggunakan gula pasir, masalah ini dapat di atasi.
Dulu-dulu bos cina saya bagi petua..
Kalau nak simpan udang tahan lama & fresh isinya..taburkan gula sebelum simpan dalam peti ais..saya ikut petua nie dari dulu..
Memang betul..isi udang tak lembik2 & lembut..
Korang kalau nak cuba..boleh cuba..
Selain kaedah ini, ada juga cara lain yang boleh ibu-ibu praktikkan. En Abah hanya memasukkan air ke dalam bekas berisi udang sebelum disimpan.
Ni cara saya simpan udang untuk kekal fresh, udang direndam air sebelum simpan dlm tempat beku.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club