Scone Pelbagai Rasa? Tak Perlu Pening, Hanya Guna 4 Bahan Je. Cukup Untuk Satu Keluarga!

Share

Nak cari menu kesukaan seisi keluarga ni memang susah sebab setiap orang mempunyai seleranya yang tersendiri. Tapi, snek yang satu ni pasti boleh masuk dengan selera semua sebab ianya sudah diolah dengan pelbagai rasa yang berbeza.

Scone, snek ala-ala negara barat ini sememangnya dapat menarik minat terutamanya anak kecil mahupun yang remaja. Selalu makan scone dengan jam strawberi je di Cameron Highland, tapi dengan resipi yang dikongsikan oleh Zatil Arip

, pelbagai variasi dan rasa boleh dibuat.

Scone Coklat Cip/Kismis/Savoury

Bahan-bahan:

  1. 2 cawan tepung naik sendiri
  2. 1 cawan susu segar sejuk
  3. 1/2 cawan mentega sejuk bergaram (cold salted butter)

Homemade buttermilk: 1 cawan susu segar + 2 sudu besar jus lemon/limau

Cara Penyediaan:

– Parut mentega masuk terus dalam tepung.

– Bahan savoury: Tumis setengah labu bawang holland, 1 sudu cili kisar dan 2 batang sosej dadu kecil, gula dan garam & lada hitam.

– Ramas sampai jadi serbuk roti. Jika nak buat scone pelbagaiversi, boleh asing siap-siap tepung. Buat 1 cawan untuk savoury, 1/2 cawan untuk kismis dan 1/2 cawan lagi untuk coklat cip.

– Tambah buttermilk dan gaul ala kadar je. Nisbah sukatan buttermilk (1/2 cawan untuk savoury dan 1/4 cawan untuk setiap adunan yang lain)

– Bentukkan jadi doh dan tekan leper setebal 1-2 inci.

– Tekap guna acuan bulat/gelas tanpa ‘twist’.

– Susun atas alas bakar dalam loyang.

– Kacau sebiji telur dan 1 sudu air & sapukan pada permukaan doh.

– Bakar pada suhu 200°C selama 20 minit atau sehingga keemasan.

– Jika sukakan scone pelbagai rasa, sebelum langkah 3, perlu masukkan bahan tambahan pilihan (savoury/kismis/chocolate chips).

Sumber: Zatil Arip