Scone Ala Cameron Highland Yang Simple Tapi Sedap. Guna Tiga Bahan Jer, Buat Sendiri Puas Hati!

Share

Rindu nak makan Scone di Cameron Highland tapi waktu PKPB macam ni hanya mampu terliur jelah kan. Tak apa kita doa moga-moga wabak Covid-19 ni cepat-cepat berlalu, bolehlah kita ke sana lagi kan.

Sementara itu apa kata ibu-ibu buat sendiri je  Scone. Tak susah pun, guna resipi yang dikongsikan oleh puan Umie Nurhayati. Dia guna tiga bahan jer, simpe, mudah dan sedap. Jom cuba!

Ni hakak share resepi scone ringkas jerk taw,ade resepi lain juga….tapi ni paling simple n sedap pon sedap….kalaw beli sebiji kat cameron ni rm4 seketui…buat sendiri puas sikit makan ha gitu.

Resepi scone 3 bahan
=====================================
115 mentega (sejuk)
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan krim @ susu segar
* kalaw nak manis korang boh la gula perang sikit (hakak tak boh 😁)

Cara membuat:
“”””””””””””””””””””
1. Gaulkan tepung bersama mentega sehingga jadi macam serbuk roti.


2. Masukkan susu sedikit demi sedikit.
3. Uli sampai jadi doh dan tak lembik.


4. Canaikan doh tipis sikit,dan lipat macam korang lipat baju tu.


5. Uli balik doh n ikut step pertama tu


6. Terap doh guna acuan bulat,kalaw tak ade korang bulat2 kan jela senang.


7. Susun di atas dulang pembakar,tak payah nak jarakkan sangat pon tak apa..depa tak bercinta sangat pon 😆
8. Sapu permukaan scone dengan telur yang dicamput dengan sedikit susu segar.


9. Bakar pada suhu 250° c selama 15 minit @ sehingga bahagian atas keperang2an.


10. Bolehlah dihidangkn nanti,makan bersama jem strawbery,sedikit butter dan krim putar.

p/s jangan bakar sampai garing plak,nanti keras kejung scone korang hakak tak taw yer
Selamat mencuba 🥰