Keibubapaan

Scha Al-Yahya Tak Dedah Anak Dengan Make Up “Jangan ‘Kacau’ Benda Yang Dah Elok”

Share

Pelakon cantik, Scha Alyahya yang mempunyai dua orang cahaya mata perempuan berkongsi pandangannya mengenai penggunaan mekap dalam kalangan kanak-kanak.

Bagi Scha, dia sebolehnya tidak mahu mendedahkan dua anak kecilnya itu dengan penggunaan alatan solekan itu selagi belum tiba masanya.

Menurut Scha, anak sulungnya, Lara Alana sudah mula menunjukkan minat terhadap mekap selepas melihat rakan-rakannya mula mengoles kosmetik. Apa yang penting kata Scha adalah menjaga penjagaan kulit.

“Pendekatan Scha membesarkan dua anak perempuan sangat mencabar.

“Saya mulakan di rumah dengan memberitahu mereka that you are strong and you are kind. Bagi Scha dua benda itu sangat-sangat penting.

“Saya seorang yang agak tradisional dan konvensional, pandangan Scha tak perlu lagi. You are fine the way you are. Scha selalu cakap pada Lara Alana, paling penting sekarang ini bukanlah mekap atau produk penjagaan kulit tapi sunscreen.

“Kalau nak pakai, pakai sunscreen. Tak perlu pakai pelembab atau pencuci wajah lagi dan seangkatannya. Bagi Scha kulit mereka masih elok lagi, jadi sebagai ibu bapa jangan ‘kacau’ benda yang dah elok,” ujarnya.

Tidak hanya Lara bahkan kata Scha lagi, anak keduanya, Lyla Amina yang sudah mula menunjukkan minat yang sama.

“Sejak setahun, dua tahun lepas, dia (anak bongsu, Lyla Amina) memang suka mekap. Tak tahulah siapa yang ajar dia.

“Scha selalu berbual dengan Awal, kelainan Scha seorang yang lasak dan tidak suka mekap. Jadi, kami pelik, Lyla ikut perangai siapa?” katanya.

Terdahulu, Scha mendirikan rumah tangga dengan Awal Ashaari pada 4 May 2012. Pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan iaitu Lara Alana dan Lyla Amina.