

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, pihaknya sentiasa memantau berhubung perkara terbabit.
“Setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung kes berkenaan tetapi polis berharap dengan adanya amaran awal menerusi media cetak dan media elektronik, ia berupaya mencegah kejadian sebegini berlaku”
Selepas pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung peluang membuat permohonan i-Lestari daripada akaun dua KWSP sehingga 30 April bagi pengeluaran bermula Mei, difahamkan wujudnya sindiket yang menghantar mesej, panggilan telefon serta mencipta laman sesawang palsu.
Mohd Zakaria berkata, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati.
“Masyarakat perlu berhati-hati dan tidak berurusan dengan individu yang mewakili kelompok atau persatuan. Jangan beri sebarang data yang boleh dimanipulasi oleh penipu (scammer).
“Kita sedang kesan perkara ini menerusi polis bahagian Jenayah Siber dan Multimedia daripada mana puncanya dan ambil tindakan tegas supaya rakyat tidak dimanipulasi,” katanya.
sumber : Sinar Harian
Settle Hutang Loan Rumah Tak Lama, 12 Tahun Je. Rupanya Begini Lelaki Ni Buat!

Pastinya setiap bulan kita akan memperuntukkan sejumlah wang untuk melunaskan pembiayaan loan rumah, mungkin jika ingin dikira-kira ada antaranya sudah puluhan tahun membuat pembiayaan tersebut.
Kita sebagai peminjam, pastinya setelah setiap bulan membuat bayaran di bank beranggapan pasti baki pinjaman semakin berkurangan. Namun menurut Encik Mohd Faizal Rahmat tidak mustahil meskipun sudah 10 tahun membuat bayaran, apabila disemak baki pembiayaan seakan tidak berganjak.
Melihat jumlah tersebut pastinya mengundang rasa geram di hati, baki hutang tidak berkurang dan seakan tidak masuk akal pula untuk segera dilangsaikan hutang tersebut.
Namun tiada apa yang mustahil, hakikatnya sesiapa pun boleh melangsaikan loan rumah dalam tempuh singkat dan tips ini dikongsikan untuk manfaat bersama. Apa yang lebih mengujakan, En Mohd Faizal berjaya melunaskan hutang rumah miliknya dalam masa 12 tahun sahaja.
Ini perkongsiannya.
Korang perasan tak, walaupun lebih 10 tahun buat bayaran bulanan rumah kat bank, tapi tak berganjak pun baki pembiayaannya. Geram je kan bila tengok bank statementnya.
Aku kongsikan macamana aku langsaikan hutang rumah pertama aku ini dalam tempoh 12 tahun. Sepatutnya ikut perjanjian 25 tahun (aku pilih 25 berbanding 30 tahun).
Ilmu ni aku perolehi dari bacaan buku mentor kewangan Azizi Ali. Ikut cara dia, 5 tahun langsai hutang. Dulu pun aku fikir macam tak logik cara beliau. Tapi aku try jerlah. Tak dapat setel 5 tahun, 12 tahun pun kira ok apa.
- BAYAR LEBIH BULANAN – Setiap bulan aku akan bayar extra RM100-150 ke bank. Tapi jika takda lebihan, aku bayar ikut kata bank jerlah. Jangan stress!
- BAYAR LEBIH TAHUNAN – Dulu company selalu bagi bonus tahunan. Duit bonus ni aku extrakan bayar bulanan ke bank. Orang biasa bayar 12 bulan kan, tapi aku bayar 13-14 bulan. Bayar lebih, cepatlah habis!
- BAYAR GUNA KWSP – Tips ni paling banyak membantu. Aku keluarkan duit KWSP (Akaun 2) untuk mengurangkan baki pembiayaan. Kat sini biasanya ada drama sikit dengan pihak bank. Sila maklumkan pada mereka, kita mahu bayar “principal” terus. Barulah kita yang untung!
Aku praktiskan 3 cara ini sahaja. Dalam buku Tuan Azizi Ali tunjukkan banyak tips lagi. Boleh pi cari beli. Cara ini bagi yang nak langsaikan hutang rumah dengan lebih cepat. Jika tak mau, ikut sahaja kata bank. Bayar bulanan seperti biasa. Insyaallah 30-35 tahun setel hutang anda. Apa-apa berlaku pada kita, encik MLTT/MRTT Insyaallah boleh cover.
Gambar ni masa kami gotong royong anak beranak bersihkan rumah setelah penyewa keluar hujung tahun 2020. Rumah dah habis bayar, duit sewa nilah yang jadi pasif income kami. Tahun lepas telah dilepaskan pada pemilik baru demi memburu RUMAH IMPIAN kami sekeluarga. Hutang dah takda, dapat sedebuk, baru syok.
Sumber : Abang Ngah
Bebas Hutang, Hati Tenang!
ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!
Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Usaha Ringankan Tugas Isteri Kita. Mereka Teman Kita Di Dunia & Akhirat, Sampai Syurga” -Ebit Lew

Nak gembirakan hati seorang isteri sebenarnya tidaklah sesusah mana. Cukup hanya menjaga mereka dengan baik dan berikan kasih sayang tulus ikhlas dari seorang suami.
Ringankan beban mereka, tak dapat banyak, sedikit sudah memadai bagi seorang isteri. Inilah pesanan Ustaz Ebit Lew buat semua suami.
Katanya kita mungkin tak dapat menolong semua orang tetapi cuba usahakan untuk menolong isteri, orang paling terdekat dengan kita. Usaha untuk ringankan bebanannya.Win!
Tolong isikan minyak dan pamkan tayar kereta isteri pun, isteri cukup berterima kasih pada suami. Sayang sampai syurga.
Sebak lak..Dah lewat malam tadi jumpa seorang wanita dekat tol dengan 3 orang anak. Dia salah jalan. Macam mana nak pusing semula.
Tanyanya, dekat mana nak beli topup dan jauh tak stesen minyak. Minyak dah sikit. Akak ada waze. Takde lak..
Meh saya tunjukkan. Saya bawa ke depan tu sikit. Akak ikut belakang kereta saya. Sampai dekat stesen minyak dia macam lambat nak keluarkan duit dari beg. Sambil cakap aduh camne yer, kesian sangat tengok wajahnya penat,letih,lesu. Begitulah ramai wanita di luar sana.
Saya kata takper kak, saya dah bayar. Akak isi penuh jer, “ish..takperlah..ish takper kak”. Saya dah niat dah.
Dia tiba-tiba menangis. Sedihlah ustaz, saya memang ada masalah tak ada duit nak isi minyak. Allah takdirkan segalanya kerana Allah sayang kakak.
Saya beri duit raya untuk anak-anaknya. Saya selalu berdoa Allah temukan saya dengan orang yang diuji waktu malam begini. Tak dapat bantu banyak. Dapat bantu sikit dah rasa seronok. Sebab dulu saya selalu rasa begitu, sekarang pun ada juga rasa begitu.
Teringat bidadari di rumah begitulah kadang seorang diri sana sini urus anak dan keluarga. Ramai wanita begitu di luar sana. Mana nak jaga anak. Nak isi minyak. Nak tengok jalan. Anak kecil menangis.
Duit takde. Barang tertinggal, kuatnya seorang wanita. Kadang-kadang terpaksa kuat demi anak-anak dan keluarga tercinta. Semuanya kerana Allah..
Sampai dekat rumah dah lewat juga. Rindu bidadari saya. Sebelum tidur saya tengok sampah jika ada belum buang. Tolong basuh pinggan jika masih belum basuh. Kesian bidadari saya penat jer.
Lepas tu keluar sekejap isi minyak penuh dan pamkan tayar kereta. Kadang-
kadang basuhkan kereta sekali. Selit duit sikit dekat dompet isteri sambil doa ya Allah jagakan bidadariku dan anak-anakku.
Esok bila saya pergi kerja. Dapat mesej dari biadadari saya. “Terima kaseh abang. Ya Allah kenapa susah-susah. I love u abang”.I love u too sayang bidadariku.
Ternampak-nampak senyuman bidadari saya. Itulah kebahagiaan hidup saya. Semuanya anugerah Allah. Kalau kita tak dapat tolong semua orang. Jangan lupa berusaha ringankan tugas isteri kita. Mereka teman kita di dunia dan akhirat sampai syurga.
Sedih bila dapat mesej ada orang belasah isteri dan zalimi isteri. Ya Allah mudahkanlah dan bahagiakanlah bidadariku dan setiap wanita di luar sana. Ampuni dosa kami lelaki dan jadikanlah kami ketua keluarga yang baik.
-Ebit Lew
Kredit: Ebit Lew
“Menangislah! Menangislah! Dihujung Ramadan”-Pesan Ustazah Norhafizah Musa, Ambil Pengajaran!

Pejam celik pejam celik, rupanya kita sudah berada dipenghujung Ramadan. Terasa sayu pula hati ini bila mengenangkan Ramadan bulan yang mulia ini bakal berlalu pergi meninggalkan kita.
Dikesempatan yang ada, berbaki sehari dua ini eloklah kita muhasabah diri dan teruslah bertaubat dan mengumpul pahala sebanyak yang boleh.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Datuk Dr Norhafizah Musa dalam mendidik hati-hati kita di penghujung bulan Ramadan ini.
MENANGISLAH! MENANGISLAH! Di hujung Ramadhan ini, tangisanlah menjadi penawar untuk penyakit hati… tangisan melembutkan hati yg keras… menangislah untuk hati yg masih belum bisa memaafkan… hati yg belum redho… hati yg belum bersyukur… hati yg masih lupa tujuan hidup… hati yg sibuk dgn dunia… menangislah juga utk hati yg dikecewakan manusia… mudah2an jadi kaffarah yg sempurna… menangislah utk hati yg tidak pandai menyayangi dan menghargai …mudah2an dgn tangisan itu mata hati lebih jernih… menangislah utk ramadhan yg telah disia-siakan… mana tangisanmu utk kematian yg semakin mendekat tapi bekalmu semakin menipis… menangislah utk setiap tangisan yg tidak ada makna hanya kerana makhluk … menangislah utk mata mu yg kering tanpa airmata walau rukuk dan sujud di hadapan Allah… Ya Allah berapa banyak tangisan yg akan menyelamatkan… dari jurang hina dan binasa… Ya Rabb kurniakan kami airmata yg Engkau redhoi.
Bersyukurlah andai saat ini Allah datangkan jalan utk menangis kerana kasihNYA kepada kita.
View this post on InstagramA post shared by Ustzh Datuk Dr Norhafizah Musa (@ustazahnorhafizahmusa) on
Sumber : ig @ustazahnorhafiza