Tidak lengkap rasanya kalau makan nasi di waktu tengah hari tanpa ada sayur di dalam hidangan. Paling tidak pun memadai ulam-ulaman yang dicelur, tambah berselera jika digandingkan pula dengan sambal belacan. Memang makan bertambah dibuatnya.
Memastikan sayur dan ulam-ulaman yang dimakan oleh keluarga kita adalah selamat, ada baiknya ketahui cara betul untuk mencucinya seperti mana yang dikongsikan oleh Enkay Nik Mustaffa.
Menurutnya ada beberapa cara yang sesuai dibuat mengikut perbezaan jenis sayur-sayur dan nak tahu detail ini perkongsiannya.
TIPS MEMBERSIHKAN ULAM DAN SAYUR
Bila dah mula makan ulam mentah, rasa ketagih dengan rasa manis, kesegaran dan kerangupan terutama sayur yang ditanam sendiri.
Hari ni petik kailan, kangkung, sawi manis, salad romaine yang ditanam sendiri untuk cicah dengan sambal belacan.
Untuk orang yang suka makan ulam ni cuma kena jaga kebersihan. Selain tu, ambil ubat mencegah cacing secara teratur. Ada tiga cara yang kita boleh gunakan untuk membersihkan sayur.
1) BILAS
– Cuci tangan anda sekurang-kurangnya 20 saat
– Cuci dahulu sayur atau buah yang mempunyai kulit
– Buang label pelekat, kotoran atau busuk pada makanan
– Bilas menggunakan air yang bersih sambil sental. Tujuan menyental adalah untuk menyingkirkan mikrob dan organisma kecil yang terdapat pada makanan
Sesuai untuk: Epal, pear, kobis, lobak merah dan sebagainya
Ads
2) RENDAM
– Penuhkan besen, sink atau mangkuk besar dengan air.
– Rendamkan sayur atau buah dan buat gerakan pusaran untuk membilas makanan itu.
– Rendamkan selama 2-3 minit
– Sesuai untuk: Sawi, kangkung, anggur, oren dan sebagainya
RENDAM DALAM LARUTAN AIR GARAM
– Campurkan 1-2 sudu garam ke dalam besen berisi air
– Rendamkan sayur atau buah anda selama 5 minit
– Bilas kemudian sayur atau buah itu boleh digunakan atau di simpan
– Sesuai untuk: Brokoli, bunga kobis, anggur, oren dan sebagainya.
Tentu ramai yang suka makan kulit ayam. Rasanya yang sangat sedap serta rangup membuatkan ia menjadi kudapan yang digemari ramai.
Biarpun tahu bahawa ia merupakan kudapan yang tidak sihat dengan kandungan lemak yang terdapat pada kulit ayam, namun sekali sekali tentu teringin ingin mencuba.
Baru-baru ini jenama sebuah makanan terkenal pun memperkenalkan kulit ayan sebagai salah satu promosi menu hidanganya.
Bagaimana menarik untuk dicuba dengan perkongsian lelaki ini yang menunjukan satu resipi mengoreng ‘kulit ayam’ tapi uniknya ia bukan mengunakan kulit ayam tetapi mengunakan telur yang disaluti dengan adunan tepung serba guna.
Hasilnya memang rangup, krup krap,. Nak cuba ikuti resipi ini.
Nak makan kulit ayam goreng rasa mcm takut gemuk. . Ni abam sediakan resepi kulit ayam goreng Tapi tak pakai kulit ayam!
Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul. Tatkala insan bernama suami dan ayah yang selama ini menggalas tanggung jawab mencari rezeki buat keluarga pergi buat selama-lamanya, hanya Dia yang tahu betapa peritnya hidup wanita ini sekeluarga.
Kisah wanita ini dimuat naik di ruangan facebook Aiza Syafinaz Aiza dalam memohon orang ramai menghulurkan bantuan dan sumbangan buat keluarga ini.
Menurut Aiza, wanita ini juga senasib dengan dirinya apabila kehilangan suami akibat Covid-19. Wanita bernama Noradilah binti Rani, adalah isteri kepada mangsa kedua covid-19. Arwah juga turut meninggalkan enam anak yang masih kecil. Berikut bingkisan yang dimuat naik oleh Aiza bagi memohon orang ramai membantu keluarga ini.
Maafkan pena bisu ini yg sering menulis hari demi hari…ada waktu nya aku tak bisa memendam rasa… menjeruk hati…. menangis sendiri…😭
Aku mulakan petang Jumaat penghulu segala hari yg mulia ini dgn selawat dan salam kepada Junjungan besar Rasulullah saw….berikan kami syafaat wahai kekasih Allah swt di padang masyar nanti.. 😭
Hari ini aku beroleh kekuatan utk berkongsi kisah duka ini.. hampir 2 hari aku mencari kekuatan dari lubuk hati yg paling dalam….😭
Hampir aku tewas dengan emosi saat aku menulis kisah ini dari hati ke hati… sukar untuk aku bygkan perasaan yg lahir dari hati kami ini…menggigil seluruh tubuh bila mana terpandang wajah ank ank nya yg masih kecil itu… aku terus mendakap Al Quran..ya Allah bantu kami ya Allah..kami balu seorang Pejuang covid yg penuh dosa😭 Malam td bacaan yaasin ku penuh dgn linangan air mata.. sembuhkan semua Pejuang covid.. mak angkat ku Junidah Othman yg masih lg dlm wad icu.. yg telah pergi sebagai syahid tempat kan mereka di syurgaMU ya Rahman ya Rahim..
Kisah dia dan aku hampir sama tetapi tidak serupa…dia berusia 33 thn… manakala aku 34 Tahun. hanya beza setahun…arwah suami ku menyahut seruan ilahi pd usia 36 thn.. mana kala arwah suami nya pd usia 34 thn..suami nya korban ke 2..suami ku korban ke 24.dalam bulan yg sama.😭
Saat aku berada di dlm wad…. hari pertama di dlm wad HKL aku mmg merasa kan sgt derita..luluh.. remuk..berkecai hati..mcm orang yg akan menerima hukuman gantung😭. sudah lah suami pergi tinggal kan aku baru 4 hari…. ayah pula masih di wad hospital permai jb.. kini aku di uji lg dgn di sahkan positif covid19…
Di mana aku ingin berpaut mencari kekuatan.. lg lg keluarga jauh di Johor.. ..mmg mudah utk kalian ungkapkan perkataan redha dan sabar.. tetapi utk menerima nya adalah sgt sukar utk aku.. perpisahan yg terjadi di saat aku tidak bersedia utk lalui semua itu seorang diri..hari pertama di wad aku hanya membayangkan MATI…😭 letak kan tempat kalian di tempat kami…
Salam kemaafan
Tetapi… hati aku di robek pilu.. bila mana seorang wanita menghantar kan messenger di fb n call aku di dlm wad setelah luahan pertama ku bertajuk salam kemaafan tular di media sosial (fb) sebanyak 40ribu org like… n share..itulah luahan pertama ku di fb sbgai pejuang covid19
Aku memohon sahabat fb ku memberikan aku kekuatan.. kecekalan.dan ketabahan .dgn rembesan air mata aku menaip setiap baris kata.. biarpun aku tahu ada yg mengecam.. tetapi itulah shj terapi minda utk memberikan hatiku sedikit kelegaan.ini shj cara aku utk mengelakkan depression….
Terima kasih rakyat Malaysia… kerana doa kalian aku terus Bangkit dan kuat smgt!!!!! kerana Allah maha pengasih dan penyayang… memberi kan izin dan sinar utk aku menulis di saat hati tidak siapa pun mengerti…
Kasih sayang Allah terlalu banyak
Aturan Allah dan kasih syg Allah terlalu byk di saat hati ini sgt rapuh😭 lebih lebih lg di dalam eddah..tidak tahu tgn tgn ajaib mana yg mendoakan sehingga malaikat angkat segala doa2 kalian… terima kasih semua..
seorang yg aku aku kenali sbgai Dila… mengatakan…
“Akk sgt kuat… .sy follow fb akk…. sy dpt smgt drpda penulisan akk.. sy pun seperti akk…. sy balu kepada mangsa ke 2 korban covid… tetapi sy tiada kekuatan utk menulis seperti akk… akk sgt tabah… sy pinjam smgt akk… kalau akak nangis sy pun nangis….beza akk dgn sy.. sy ada 6 org ank yg masih kecil kak….saya berdoa berikan sy smgt mcm akk ya.saya pandang ank ank saya hati sy tak kuat kak…..”
Ibu hebat ini lebih sedih
Allah… Allah..Allah..Allahuakbar.. .aku mendongak ke langit di wad HKL. . aku kesat air mata yg turun laju..ketika aku yg sangat merasa kan derita tetapi Allah hadirkan seorang wanita.. ibu.. isteri solehah ini yg lbh derita… di saat aku kata kan aku yg plg sedih… malah wanita ini… ibu hebat ini lebih sedih tidak terkata.tidak terucap..ya Allah… dia lebih parah ya Allah…dia patut di bantu ya Allah..
Lalu aku skroll fb nya…. Allahuakbar… subahanallah..comel comel ank nya. Dia juga senasib dgn ku… ya Allah maafkan aku kerana menangis… maafkan aku kerana merasakan ujian ini sgt hebat… tetapi ya Allah sbnrnya wanita ini lg hebat… tinggi nya darjat beliau yg kau angkat wanita solehah ini…anak ank juga di sahkan positif covid… dan suami nya masuk ke icu hospital JB pd 13.3. 2020 dan meninggal kan dunia ini pd tarikh 17.3.2020 ( sblum pkp lg)
Berikan sinar pada anak yatim
Wahai rakyat Johor…. . rakyat Malaysia…NGO… persatuan persatuan kebajikan..individual yg luhur budi.. . tolong bantu dia…. tolong pandang wajah ank ank nya….tolong saya kawan kawan….berikan sinar pd ank anak yatim ini…. saya merayu mohon cebisan kasih syg kalian semua utk bantu ibu muda ini…
Ketika dunia menyalah kan kluster tabligh ibu ini tetap sabar… redha.. dan tetap berserah pd Allah… begitu hebat pergantungan nya pd Allah…. ya Allah aku tidak sehebat dia… aku Bangkit kerana dia…Dila awak sgt hebat… ujian ini utk wanita solehah sehebat awak… akk kagum dgn awak.. I’m proud of u dear…. teruskan berjuang utk ank ank… akk janji tak nangis lagi kerana tangisan awak lebih hiba..
Anak ank nya yg masih kecil perlukan pendidikan… perlukan kasih syg kita wahai rakyat Malaysia….tolong bantu ibu solehah ini…
Anak No 1 = 11 tahun
anak No 2 =10 tahun
anak No 3 =7 tahun
anak No 4 =5 tahun
anak No 5 = 3 tahun
anak No 6 =8 bulan
Tolong jangan kecam kluster tabligh
Mari kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mangsa covid ini…. mohon kita buka hati kita utk bantu yg mana kita mampu..tidak byk pun tak mengapa asalkan kita sudi membantu dengan ikhlas .. dia seperti saya… tetapi dia ada Permata Permata hati utk di besarkan seramai 6 org….
lihatlah wajah ank ank syurga nya yg dambakan kasih syg seorang bapa… bapa mereka seorang pendakwah Islam….mengaji setiap hari… menyebarkan dakwah dan syariat Islam..Allahyarham menyambung kerja kerja nabi kita baginda Rasulullah saw…..tolong jgn kecam kluster tabligh lagi.. hentikan wahai rakyat Malaysia…
Salurkan sumbangan anda kepada :
Noradilah binti Rani
Johor Bahru
01041027184812
Bank Islam
Terima kasih🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏
Panjang kan nota bisu ini utk menjadi saham akhirat kita di sana nanti… moga moga kita semua di lindungi… tangan yg menghulur lebih baik drpada tgn yg menerima… mari kita bantu sesama muslim… yg bukan Islam juga boleh memghulurkan bantuan…. Tolong saya kawan kawan😭😭😭😭😭😭😭
Salam takziah kepada semua ahli keluarga MUHAMMAD YUSUF HARON, mangsa korban ke 2 dari Negeri Johor COVID-19 yang telah meninggal dunia pada 17.03.2020. Semoga tabah dan redha atas ketentuanNya..(kes 178)
Jenazah telah selamat dikebumikan di Jalan Surau Bakar Batu,Johor DT
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ…
Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunilah Dia, Maafkanlah Dia, Kasihanilah Dia, Lapangkanlah Kuburnya, Jadikanlah Kuburnya Seperti Sebahagian Dari Taman-Taman Syurga, Berikanlah kekuatan Dan Ketabahan Kepada Ahli Keluarganya.
Ramai diantara kita mengambil kesempatan untuk berdiet di bulan puasa. Lebih-lebih lagi bagi ibu dan wanita-wanita yang mahu tampil cantik bergaya di hari raya.
Ibu-ibu kenalah ambil kesempatan ni kalau nak cantik dan langsing. Walaupun dah berjaya kawal nasi dan makanan lain tetapi berat masih lagi sama dan tak mahu turun. Nak tahu kenapa? Baca seperti yang dikatakan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad ini.
Cara Betul Berdiet Ketika Puasa
Dulu masa kecil saya beranggapan perlu makan banyak untuk mendapat tenaga. Jadi bila berbuka dan sahur banyak masa digunakan untuk membantu emak menyediakan makanan dan banyak juga masa untuk makan.
Rupanya untuk kekal bertenaga, sihat dan bersemangat, kita perlu banyak minum air. Makan ala kadar dengan kurma, susu, mentega, bubur barli.
Tenaga akan didapati dari glycogen yang disimpan di hati dan otot serta lemak yang disimpan dalam sel-sel lemak selama ini.
Patutlah berat sentiasa bertambah walaupun berpuasa dan masyarakat kita yang mempunyai sakit kronik tidak pernah sihat sungguh pun berpuasa.
InsyaAllah kali ini berpuasa dengan cara yang betul, banyakkan amalan dan doa.
#dietdrzubaidi
#ramadhankaremdrzubaidi
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.