Adakah ramai antara ibu-ibu tahu bahawa betapa bahayanya penggunaan bahan kimia untuk kawalan serangga perosak dan racun kulat yang digunakan pada tanaman?
Keperluan penggunaan racun tersebut sebagai usaha untuk pastikan tanaman kekal subur dan nampak sempurna tanpa ada kesan dimakan oleh serangga perosak.
Memang benar, bahkan andai kita menanam sayur-sayuran sendiri sekali pun kita mahukan tanaman hidup subur tanpa gangguan serangga perosak.
Caranya bagaimana? Ya kita juga gunakan racun kawalan serangga atau kita juga boleh gunakan cara yang lebih selamat dengan menghasilkan bahan-bahan yang lebih alami seperti penggunaan air cengkih dan sebagainya.
Justeru itu, alangkah bagusnya setiap sayuran yang ingin dimasak atau dibuat ulam hendaklah dicuci bersih. Bukan sahaja sekadar dibilas dengan air namun ada beberapa tips lain perlu dipraktikkan agar sayur-sayuran terjamin kebersihannya.
Hal ini sebagaimana yang dikongsikan di sini dan semoga bermanfaat.
TIPS MEMBERSIHKAN ULAM DAN SAYUR
Bila dah mula makan ulam mentah, rasa ketagih dengan rasa manis, kesegaran dan kerangupan terutama sayur yang ditanam sendiri.
Hari ni petik kailan, kangkung, sawi manis, salad romaine yang ditanam sendiri untuk cicah dengan sambal belacan.
Untuk orang yang suka makan ulam ni cuma kena jaga kebersihan. Selain tu, ambil ubat mencegah cacing secara teratur. Ada tiga cara yang kita boleh gunakan untuk membersihkan sayur.
1) BILAS
– Cuci tangan anda sekurang-kurangnya 20 saat
– Cuci dahulu sayur atau buah yang mempunyai kulit
– Buang label pelekat, kotoran atau busuk pada makanan
– Bilas menggunakan air yang bersih sambil sental. Tujuan menyental adalah untuk menyingkirkan mikrob dan organisma kecil yang terdapat pada makanan.
Sesuai untuk: Epal, pear, kobis, lobak merah dan sebagainya
2) RENDAM
– Penuhkan besen, sink atau mangkuk besar dengan air.
– Rendamkan sayur atau buah dan buat gerakan pusaran untuk membilas makanan itu.
– Rendamkan selama 2-3 minit
– Sesuai untuk: Sawi, kangkung, anggur, oren dan sebagainya
3) RENDAM DALAM LARUTAN AIR GARAM
– Campurkan 1-2 sudu garam ke dalam besen berisi air
– Rendamkan sayur atau buah anda selama 5 minit
– Bilas kemudian sayur atau buah itu boleh digunakan atau di simpan
– Sesuai untuk: Brokoli, bunga kobis, anggur, oren dan sebagainya.
Jangan lupa portion suku suku separuh ya. Sebab risiko untuk menambah nasi lebih lebih tinggi. Ikut piramid makanan. Badan sihat, otak cergas.
Sumber : Enkay Nik Mustaffa
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club